Tuesday, 25 February 2025 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR NUHA KHADEEJA



Hari ini dalam kenangan.

Ditolak masuk ke labor room selepas 3 hari berturut dimasukkan ubat induce. 3 hari menanggung sakitnya yang Allah saja tahu. Sakit yang sampai menggigil-gigil. Sakit yang duduk cara bagaimana pun tak mengurangkan rasanya. Hanya bergantung kepada ubat tahan sakit yang diberikan setiap beberapa jam.

Hari ini dibawa masuk ke labor room tanpa ada rasa sakit (kesan induce) lagi. Hanya sudah ada bukaan untuk dipaksa bersalin hari ini juga.

Dipecahkan ketuban, dan kaedah induce seterusnya untuk memberi gesaan rasa bersalin, dan lebih kurang 2-3 jam menanggung sakit, akhirnya meluncur keluar si kecil Nuha Khadeeja. Ya, betul-betul meluncur keluar tanpa sempat disambut bidan yang sedang membuat persiapan untuk menyambut dengan lebih ‘proper’. 

Alhamdulillah dengan sekelip mata hilang segala rasa sakit itu. 
Lahir sudah sang puteri pada tanggal 25 Februari 2024, jam 12.42 tengahari.

Dan setahun sudah berlalu. Setahun yang tidak terlalu dirasakan. Dia yang kecil sudah semakin membesar. Alhamdulillah, sihat dan cerdas. 

Semoga puteriku terus membesar menjadi hambaNya yang taat, yang sentiasa menjaga maruah diri dan agamanya. 

آمين

……….

Hari ini Nuha bangun pagi seperti biasa. Selesai abang kakak Nuha, ummi bawa Nuha ke KK Rinching Tengah untuk memenuhi temujanji Nuha. Check up macam biasa dan cucuk vaksin (Nuha nangis sekejap je). Dah selesai, pulang ke rumah.

Alhamdulillah abi masih ada di rumah (belum ke laut). Abi siapkan makan tengahari dan uruskan abang kakak Nuha yang pergi dan balik sekolah bersilih ganti. Sesekali bawa Nuha juga sebab Nuha selalu sangat nak mengikut abi.

Hari ini Nuha tetap jalani hari yang seperti biasa. Alhamdulillah, sihat saja. Makan pun berselera. Perkembangan normal. Syukur atas rahmatNya.

Tapi.. tak sabar nak tengok Nuha melangkah lebih berani. Sekarang ni hanya mampu 2-3 langkah, lepas tu dah tak nak teruskan. 

Takpelah Nuha sayang. Take your time! Insya Allah esok lusa akan mampu berjalan dengan yakin dan seterusnya berlari dan melompat dengan riangnya. Ummi nantikan saat itu.

Nuha Khadeeja sayang, ummi sayang padamu.
Terus membesar sihat dan hidup dengan bahagia, anakku!

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memeliharamu.
Semoga syurga menjadi tujuan dan tempat kembalimu.
Ameen. 


*update pada 26/3/2025*
Usia Nuha dah setahun 1 bulan. Pada usia Nuha setahun 2 minggu macam tu, Nuha dah makin berani melangkah. Lebih berani, lebih gagah, lebih jauh. Alhamdulillah. Syabas puteriku! Dan kini semakin melangkah laju dan cepat, walau seringkali terjatuh. Jatuh dan bangun kembali. Begitulah anak kecil yang tak kenal erti putus asa :)


0 comments:

Post a Comment