Tuesday, 5 November 2019 By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: ANNUAL CONCERT GRADUATION CEREMONY 2019


3.11.2019

Sekali lagi menghadiri majlis graduation day Little Diamond Kindergarten. Yang pertama tahun lepas (2018) meraikan Anas (6 tahun), Mussaab (4 tahun) dan anak-anak Little Diamond yang lain. Dan tahun ini pula hadir untuk meraikan Mussaab (5 tahun) bersama kawan-kawan yang lain. Masih di tempat yang sama  iaitu di MARA Japan Industrial Institute (MJII) Beranang. 


Alhamdulillah majlis berjalan lancar hingga ke akhirnya, sekitar jam 2.30 pm hingga 5.30 pm. Berbanding tahun lepas, majlis hari ini sedikit berbeza. Dengan jumlah students yang lebih ramai, sudah tentu lebih meriah :) mungkin tak menang tangan teachers nak handle dan siapkan semua di belakang pentas. Tapi semua dah buat yang terbaik, dan berjaya hiburkan parents yang hadir. Alhamdulillah. Good job Little Diamonds! 


Memang agak meriah, selain anak-anak di depan yang membuat performance, anak-anak kecil di belakang pun sambung-menyambung ‘berbunyi’ di sepanjang majlis berjalan. Termasuk lah juga Miqdad dan Suri :D tapi tak mengapalah, semua pun faham akan ‘kemeriahan’ ini.  


Mussaab hari ini membuat performance bersama kawan-kawan, sangat terhibur sekali pada hadirin. Mussaab juga bermain piano lagu ‘Old McDonald had a farm’  di pentas, Alhamdulillah Mussaab berani ‘perform’ kat depan. Ummi bangga dengan Mussaab (walaupun sebenarnya ummi tak dengar sangat Mussaab main piano sebab duduk di seat paling belakang dan masa Mussaab main tak ada mic. Tapi Tak apalah sebab ummi tahu Mussaab dah buat yang terbaik) Apapun Alhamdulillah, semua persembahan menghiburkan, ‘kerjasama’ anak-anak kindergarten yang boleh dibanggakan. 


Di samping itu, sangat terkesan dengan special slots yang diadakan pada hari ini. Bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, kagum pada ibubapa kental yang diuji dengan kehadiran anak-anak yang istimewa, dan persoalan tetap berbalik pada diri, apa bentuk sumbangan dan sokongan kita buat mereka? Persoalan untuk direnung dan difikirkan bersama. 


Majlis diakhiri penyampaian ‘scroll’ kepada pelajar 6 tahun dan persembahan terakhir dari semua pelajar. Majlis bersurai.


Hari ini kita melihat mereka sebagai anak-anak comel yang punya karenah dan kaletah tersendiri. Bila direnung lebih jauh, mereka yang berdiri di hadapan kita ini jugalah yang bakal menjadi manusia hebat di masa akan datang, Insya Allah. Sudah tentu dengan azam dan usaha mereka, yang diiringi dengan sokongan dan doa tanpa jemu dari kita, ibubapa mereka. 


Insya Allah tahun depan masuk tahun ke-3 Mussaab di Little Diamond Kindergarten. Dah jadi yang paling senior. Cepat sungguh masa berlalu :) semoga Mussaab akan terus bersemangat, walaupun masih di tempat yang sama. 


Terima kasih tak terhingga buat para pendidik di Little Diamond Kindergarten, yang mendidik Mussaab (dan juga Anas), yang banyak bersabar dengan setiap karenah mereka, dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak didik. Allah saja yang mampu mengganjarinya.



Tak banyak sangat gambar sebab bergilir dengan abi memangku Suri. Antara yang sempat ummi rakam;


Sebelum meninggalkan rumah;






Ready untuk persembahan 



Penonton setia







Performance 








Belajar bahasa isyarat 



Selesai



Ini pula ex-Little Diamond- Anas dan Aqil-  bertugas sebagai penyambut tetamu.




Last year’s:  LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: GRADUATION CEREMONY 2018


0 comments:

Post a Comment