Monday, 11 November 2019 By: Naemah

WEEKEND: TAMAN BOTANI PERDANA DAN TUGU NEGARA


(10/11/19)



Sekolah Anas bercuti pada hari Jumaat (8/11/19) sempena hari Maulidur Rasul. Sambung dengan cuti weekend, dapatlah 3 hari cuti sekolah. Ini juga weekend terakhir suamiku di rumah sebelum menyambung tugasnya minggu depan, dan juga minggu seterusnya. 


Apa lagi, merancanglah kami suami isteri konon-konon nak bawa anak-anak berjalan jauh sikit, sebab nanti bila abinya dah kerja memang tak akan ke mana-mana lah. Lepas satu plan, satu plan.. Langkawi lah, Johor lah, Cameron Highland lah... last-last semua tak jadi. Mungkin sebab tak ada ‘feel’ nak bercuti sangat. Tambahan pula nak cari tempat yang sesuai untuk bawa Suri yang masih kecil ni.


Akhirnya Jumaat dan Sabtu berlalu dengan begitu sahaja. Tinggal Ahad, nak tak nak kena ‘keluar’ juga dari rumah ni. Kena bawa jugak anak-anak lihat dunia luar :D dan last minute punya plan, kami bawa anak-anak jalan-jalan KL saja. Taman Botani Perdana/Taman Tasik Perdana menjadi pilihan. Lagipun dah lama tak ke sana. Selepas itu kami singgah pula melawat tugu negara yang letaknya tak jauh dari Taman Botani. 


Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi. Singgah dulu breakfast di kedai makan berdekatan pasar Semenyih. Kemudian terus bertolak ke Taman Botani Perdana.


Di hujung minggu begini, memang tempat ini menjadi pilihan penduduk di sekitar KL untuk datang beriadah dan beraktiviti bersama keluarga. Di sini juga terdapat taman permainan yang luas, yang sentiasa menjadi tarikan pada anak-anak kecil untuk bermain. 


Hari ini seperti yang sudah dijangka, tempat ini menjadi tumpuan ramai warga KL yang datang atas pelbagai tujuan. Ada yang buat birthday party dan family day, ada yang datang berjogging dan berbasikal, ada yang bawa anak-anak bermain di playground, ada yang sedang buat photoshoot graduation dan perkahwinan berlatarkan landskap yang memang cantik di sini, dan bermacam tujuan lain lagi 


Sebaik sampai kami bergambar di sekitar rumah kartun dan komik Malaysia yang letaknya di pintu masuk Taman Botani. Selepas itu berjalan terus ke playground untuk lepaskan anak-anak bermain. Agak jauh dan berpeluh-peluh juga nak sampai ke sana, sebab kawasan ni sangat luas, berbukit, dan ‘segar’ dilitupi pepohon menghijau. 


Namun hari sudah panas, anak-anak tak bermain lama. Masing-masing sudah kepenatan berjalan tadi. Kami meninggalkan Taman Botani Perdana sekitar jam 10.30 pagi. Mulanya Anas mengajak ke planetarium, tapi abinya bawa melawat Tugu Negara. First time datang sini. Abinya bercerita sedikit sebanyak tentang Tugu Negara dan sejarah kemerdekaan malaysia. 


Di sini juga tak lama. Kami meninggalkan tempat ini jam 11 pagi. Niat untuk ke planetarium ditangguhkan dahulu. Semua dah penat berjalan. Kami decide untuk terus balik ke rumah. Lagipun tadi memang plan nak ke Taman Botani je. 


Sampai di Semenyih, singgah lunch di Restoren McDonald. Alhamdulillah kenyang semua, balik rumah boleh terus berehat.


Sekian catatan perjalanan di hujung minggu ini. Next 2 weekends, suami tak ada kat rumah . Kami anak-anak beranak akan ‘bersembunyi’ di rumah sajalah jawabnya. Dan lagi 2 minggu sekolah dah mula bercuti. Bila abinya dah balik, insya Allah akan balik kampung dan bercuti di kampung pula. 


Alhamdulillah untuk masa berkualiti bersama keluarga di hujung minggu ini. Sekali-sekala dapat berjalan dan makan kat luar... Moga jadi kenangan indah buat anak-anak :)



Foto hari ini;





























0 comments:

Post a Comment