HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday 13 November 2018

LITTLE DIAMOND GRADUATION CEREMONY 2018




11.11.2018


Hari ini merupakan hari istimewa ‘Little Diamond Graduation Ceremony 2018’ yang bertempat di MARA Japan Industrial Institute (MJII) Beranang. Letaknya tak jauh dari rumah, sekitar 4km sahaja. 


Hari ini juga merupakan hari graduasi Anas yang akhirnya menamatkan pengajian di peringkat tadikanya :) Alhamdulillah. 


Tahun lepas Anas sudah menyertai majlis seperti ini di Genius Aulad buat pertama kalinya: 

GENIUS AULAD: LITTLE IHTIFAL & GRADUATION 2017


Dan ini adalah yang kedua kalinya, di sekolah yang berbeza, pada suasana yang berbeza juga. Namun keduanya memberi erti besar dalam perjalanan dan kembara ilmu Anas, Insya Allah. 


Alhamdulillah tahun ini abi dapat bersama menghadiri majlis ini. Hampir abi tak dapat datang kerana perlu bertugas, tapi akhirnya Allah takdirkan abi dapat datang juga melihat Anas ‘konvo’ dan menyaksikan persembahan Anas dan Mussaab (Alhamdulillah, sebab tahun lepas abi tak dapat hadir pada hari tersebut. Untuk tahun ni, ummi pun tak berapa mengharap sangat, faham sangat kerja abi)


Majlis bermula jam 2.30 petang. Tapi kebanyakan ibubapa dah sampai awal sebab anak-anak perlu berada di sana jam 1.30. Ada parents yang datang hantar anak dulu, then datang balik kemudiannya. Dan ada yang pilih untuk stay sehingga majlis bermula. 


Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Principal Little Diamond Kindergarten (Teacher Zeeda), kemudian perasmian oleh VIP (guess who?) iaitu 4 orang 6 years student di Little Diamond Kindergarten (Anas, Aqil, Airisya dan Harraz), wow sangat kelainan di sini :D Terasa betapa mereka ini (yang bakal meninggalkan Little Diamond tak lama lagi) sangat diraikan.


Ok, tamat perasmian dan ucapan selamat datang dan bacaan al-Fatihah (juga dari 6 years students), ibubapa kemudiannya dihiburkan dengan persembahan anak-anak dari kelas yang berbeza. Majlis hari ini bertemakan ‘What a beautiful weather ‘, dan persembahan masing-masing adalah berpandukan tema tersebut. Ada persembahan mengikut kelas (4,5, dan 6 tahun) dan ada juga persembahan daripada semua gabungan kelas. Ada juga persembahan piano yang dimainkan oleh Anas dan Alexander (ummi tak tahu pula Anas kena main piano), ada sessi untuk ibubapa memberikan pandangan dan pendapat, dan selingan pengumuman dan makluman dari teacher Zeeda.


Persembahan anak-anak memang menghiburkan, tapi bak kata teacher Zeeda ‘lets kids be kids’ maka ibubapa dan hadirin tak boleh lah mengharapkan persembahan yang ‘perfect’ dari anak-anak. Lagi pula, mereka mungkin kesuntukan masa untuk membuat preparation (minggu sebelumnya tu  ramai pula yang tak datang sekolah kerana tak sihat) 


Namun ia tetaplah sajian yang terbaik daripada anak-anak Little Diamond semua. Comel dan sweet :) 


Akhir sekali ialah penyampaian sijil kepada pelajar 6 tahun. Mereka inilah abang/kakak ‘sulung’ Little Diamond Kindergarten yang berjumlah 4 orang semuanya. Mereka ini bakal meninggalkan Little Diamond Kindergarten dan akan menyambung perjuangan di sekolah rendah pilihan masing-masing pada tahun depan.


Majlis berakhir sekitar jam 3.30 petang. Tiba sessi bergambar, dan majlis bersurai. Kami meninggalkan MJII hampir jam 4 petang, terus menuju ke rumah. Alhamdulillah berakhir sudah program hari ini. 


Sekali lagi syukur sehingga apa yang telah Anas dan Mussaab lalui sehingga ke tahap ini. Anas menamatkan fasa 6 tahun pertamanya, Mussaab pula bermula dengan ‘tadika pertama’nya di Little Diamond Kindergarten. Tahun depan pasti berbeza. Anas sudah melangkah ke tahun satu, Mussaab pula akan bersendirian ke sekolah tak lagi ditemani abangnya. 


Walau apapun situasinya, langkah dan perjuangan perlu diteruskan. Hari mendatang mungkin akan lebih mencabar, tetapi anakku, ummi percaya kamu mampu mengharung segalanya, bersama doa restu ummi dan abi, bersama petunjuk dan kekuatan anugerah DIA.


Teruskan perjuanganmu anakku! 













Alhamdulillah 

No comments:

Post a Comment