Saturday, 1 April 2017 By: Naemah

PERMULAAN APRIL INI

Siap berangkat ke Klia


020417: musafir suami tercinta untuk menyambung tugasan setelah lama bercuti. Menaiki teksi seawal jam 6.30 pagi menuju ke klia dan akan terbang ke Labuan buat kesekian kalinya. Semoga Allah menjaga dan melindunginya. Insya Allah.

Anak-anak masih hanyut dibuai mimpi di saat abi berangkat pergi. Hari ini akan meneruskan hari tanpa abi di rumah. Untuk beberapa hari, akan merindui abi yang jauh. 

Sudah biasa, sudah selalu. Memang kerjayanya menuntut kami untuk selalu jauh. Tetapi setiap perpisahan sentiasa menjanjikan pertemuan. Alhamdulillah, terubat rindu di hati.

Kali ini juga hendaknya begitu. Tenang melepaskan dia pergi, kerana percaya pada pertemuan selepas ini. Kerana percaya ada yang Maha Kuasa yang sentiasa menjaganya. Kerana percaya ada hikmah di setiap takdir yang Allah tentukan.

Hari ini juga akan sibuk dengan rutin biasa, tanpa suami di sisi. Sebagaimana sebelum ini aku mampu lakukan, insya Allah kali ini juga sama dan lebih baik.

Setiap kali melepaskan dia pergi, hanya doa yang mengiringi. Semoga Allah sentiasa menjaga dia untuk kami. Semoga selepas perpisahan ini akan ada lagi pertemuan. Semoga diberkati rezeki, dan semoga keluarga kecil kami ini akan sentiasa bersatu dan hidup dengan cinta dan rahmat Allah.

Aameen

0 comments:

Post a Comment