Monday, 3 April 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 040417




Hari ketiga abi di Bintulu. Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi seperti biasa. 

Miqdad bangun awal seperti kebiasaan. Lebih awal dari ummi :) baik saja bergolek tepi ummi dan tak menangis. Selesai solat subuh, ummi turun bersama Miqdad. 

Kemudian Mussaab bangun, diikuti Anas. Mussaab dah breakfast dengan biskut. Ummi gorengkan donat kurma untuk Anas dan Mussaab. Mussaab makan lagi, sambil menonton movie Rio. Miqdad juga baik, duduk bersama abang-abang. Sempat ummi buat sedikit kerja. 

Jam 9 pagi, ummi tidurkan Miqdad. Ummi sambung kerja, Anas dan Mussaab masih menonton video. Jam 9.30, Miqdad dah bangun. Kerja ummi belum selesai. Layan Miqdad dulu. 

Pukul 10, Anas dan Mussaab buat aktiviti puzzles. Sekejap je, lepas tu kecoh ada yang tak kena. Mussaab menangis, Anas merajuk. Miqdad pun tak mahu diletakkan. Ummi minta Anas jagakan Miqdad sekejap,ummi layan Mussaab buat puzzle. Anas menyanyi lagu tepuk amai-amai untuk hiburkan Miqdad. Nyanyi macam abi ;)

Mussaab juga dah ok lepas tu. Ummi masak dan lunch sama-sama. Ummi terpaksa cepatkan suapan bila Miqdad dah mula menangis. Anas dan Mussaab makan berselera berlaukkan sup, ikan goreng dan kicap :D ummi juga suapkan Miqdad sweet potato lenyek. Dah masuk hari ke-4 Miqdad mula makan solid food.

Lepas makan naik ke atas. Ummi susukan Miqdad, dan bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Anas, Mussaab dan Miqdad juga bersiap. Jam 12.50, ke sekolah Anas.

Seperti biasa, ummi masih perlu hantar Anas ke kelasnya di tingkat 3. Kemudian balik bersama Mussaab dan Miqdad. Ummi tidurkan Miqdad, dan biarkan Mussaab menonton video Train. Ummi solat dan tidur bersama Miqdad. Mussaab tak nak tidur.

Jam 3, ummi bangun. Miqdad juga bangun. Semua turun ke bawah. Mussaab minta nak makan. Ummi masakkan burger dan makan bersama Mussaab. Miqdad menanti di sofa. Sesekali dia memanggil, minta perhatian :)

Pukul 4.30, ambil Anas di sekolah. Anas tunjukkan gambar roket yang diwarnakannya. Singgah di gerai membeli pisang goreng dan keropok. Singgah pula di kedai runcit membeli cili. Terus balik ke rumah. Berkelah di halaman rumah, makan sama-sama. Kemudian Anas dan Mussaab berbasikal. 

Jam 6 petang, masuk ke dalam rumah. Anas dan Mussaab mandi. Ummi mandikan dan susukan Miqdad. Miqdad tertidur. Anas dan Mussaab melayan video lagi. Melukis dan bermain mainan juga.

Solat maghrib dan turun ke bawah makan nasi. Cuba call abi tapi abi tak jawab. Lepas makan, naik ke atas dan siap untuk tidur. Miqdad sesekali terjaga menangis. Ummi susukan dan tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab yang sudah sangat mengantuk juga terlelap akhirnya jam 9.30. Rumah dah sunyi sepi tanpa suara ceria anak-anak ummi. 

Semoga lena anak-anak ummi. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik buat kalian. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment