Wednesday, 13 May 2015 By: Naemah

DIA SENTIASA ADA UNTUKKU

13/05/15

Hari ini kesihatan agak kurang baik..bangun pagi pagi lagi mata dah berpinar pinar, kepala pusing.. Bangun tu pun dah agak lewat untuk solat subuh (terlupa kunci jam :/ ) bangun tu tak boleh nak terus ke bilik air disebabkan kepala yang tengah pusing ni. Allah... Tak tahu nak buat macamana, suami takde.. Anak anak masih tidur, Alhamdulillah. Duduk dulu lah di katil, bagi kurang pening sikit. Rasa dah ok sikit, terus ke bilik air, berwuduk dan solat subuh. Kepala masih pusing, saat sujud Allah saja yang tahu. Makin kuat rasanya... Tapi sengaja aku lamakan sujud, mudah mudahan diberi kelegaan. Lepas solat, rasa tak daya nak buat apa dah...masuk semula ke bilik, baring, pejam mata...anak anak masih lena..syukur..

Saat itu, Allah saja yang mengerti hatiku. Resah gelisah dibuatnya..kala suami tiada di sisi ini, bagaimana kalau sesuatu terjadi pada ku. Kalau tiba tiba pitam ke apa, macamana lah anak anakku?? Perkara ini lah yang sering aku takut kan. Takut, kerana mereka masih terlalu kecil. Mereka bergantung harap pada ummi seorang, di kala abi jauh... Hati aku penuh dengan kebimbangan. Hanya pada Allah aku meletakkan seluruh pengharapan. Berdoa, agar tiada yang buruk terjadi pada ku. Agar dikembalikan kesihatan, agar dapat menjaga dan menguruskan anak anak seperti biasa. Doa penuh pengharapan...kerana aku yakin Allah sebaik baik Pelindung dan Penjaga. Di kala diri tiada siapa siapa..

Anak anak bangun mengejutkan ummi. Saat mata dibuka, masih terasa denyutan di kepala. Allah...masih belum hilang. Anak anak dah memulakan hari mereka. Terfikir nak mandi kan mereka, nak masak lagi, kerana mereka masih kecil dan perlukan aku untuk semua itu. Berdoa lagi, semoga Allah permudahkan. Buka mata, senyum pada anak anak, dan cakap pada Anas;ummi sakit kepala, ummi nak rehat kejap..A lhamdulillah, dia angguk faham, keluar main dengan adik. Aku cuba tenang tenang kan diri, cuba kuat, untuk bangun dan meneruskan hari bersama anak anak. Keluar duduk di sofa sekejap, kemudian dah rasa kuat sikit masuk ke dapur. Syukurlah sinki dah clear kan semalam.  Capai saja mana yang rasa boleh makan cepat. Alhamdulillah  ada kuah kari lebih yang dah difrozen, panaskan makan dengan roti canai segera, dan goreng nugget sikit. Cukup lah untuk Sarapan 3 beranak. Makan tengahari pun lauk tu jugalah, just tambah ikan goreng. Alhamdulillah...

Di waktu pagi memang kurang aktif, kepala masih berdenyut, duduk duduk join anak anak. Tengok mereka main, dan buka video untuk mereka tonton. Itu saja lah untuk mereka...nak lebih lebih memang ummi tak larat. Dalam hati tak putus berdoa, semoga hilang sakit kepala ni, dan tak melarat larat. Kalau sakit kepala biasa tu just telan panadol, rehat kejap oklah...ni pening yang lain. Tak tahu nak rawat macamana. Pernah sekali dua diserang pusing kepala macam ni. Tapi dah lama dah dia tak menyerang. Aku pun tak tahu apa puncanya..

Masa terus berlalu, terasa makin baik. Walaupun kepala rasa macam tak betul lagi, tapi Alhamdulillah dapat buat apa yang patut dibuat. Anak anak pun dapat diuruskan seperti biasa. Alhamdulillah..syukur sangat. Dan malam ni...sempat lagi update blog :D yalah..anak anak dah tidur. Ummi masih sendiri melayan perasaan. Memikirkan apa yang telah dilalui hari ini. Sedih ada, sebak ada, syukur ada..Sungguh...hanya Allah yang mengerti. 

Satu pelajaran penting yang aku dapat rumuskan, ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA. DIA Sebaik baik Pelindung, sebaik baik Penjaga. Aku sedar kala aku tak punya siapa untuk mengadu dan meminta pertolongan, Dia sentiasa ada untukku. Mendengar doaku, Dan jeritan batinku yang ketakutan. Aku sedar Allah menjagaku bersama anak anak. Dan aku tahu Allah menjaga suamiku...

Buat suamiku juga, aku mendoakan di saat sukarnya di sana, dalam pengorbanan Dan perjuangannya untuk sesuap rezeki, semoga Allah sentiasa ada untuknya untuk menjaga dan melindunginya. Meski kami tak selalu bersama, Dan dia tak selalu Ada untukku, namun aku tetap tenang kerana Allah Akan sentiasa Ada untukku Dan untuknya. Dan aku percaya doa suami sentiasa mengiringi, seperti aku juga yang mendoakannya di kejauhan ini..

ALLAH.. TAK PERNAH AKU KECEWA DENGAN MELETAKKAN SELURUH PENGHARAPAN PADAMU. Semoga suamiku juga di dalam lindunganMu. Ameen

0 comments:

Post a Comment