Monday, 4 May 2015 By: Naemah

BAHAGIA DAPAT MEMBAHAGIAKAN


Bahagia... Bagaimana rasa bahagia itu. 

Alhamdulillah...pada yang sedang menikmati bahagia di hatinya. Bahagia itu sukar untuk digambar kan dengan kata kata atau tulisan. Setiap insan punya hak untuk merasakan bahagia, kerana Allah mencipta bahagia untuk dinikmati setiap insan. 

Bahagia itu juga bukan bererti kita bebas dari ujian atau musibah.  Boleh saja, orang yang sedang berhadapan dengan pelbagai cubaan hidup itu untuk merasakan bahagia di hatinya. Ya, meskipun sedih dan pedih, hatinya tetap damai dan tenang. Meskipun dalam kesempitan,  dia tetap merasakan kelapangan.  Oh..beginilah bahagia..hanya yang layak dapat menikmatinya. 

Sumber kebahagiaan itu pastinya dari Allah. Cintai Allah, maka bahagia menjadi milik kita. So simple kan...tapi betulkah semudah dan sesimple itu. Hanya kita yang tahu jawapannya.  Sejauh mana kita mencintai Allah?  Benarkah cinta,  dan apakah bukti cinta? Jika hati masih cenderung kepada maksiat dan dosa, apakah wujud cinta Allah di hati? Sama sama renungkan, diriku juga anda semua..

Usah bertanya mengapa hati sentiasa gelisah,  hidup penuh keluh kesah, masalah datang bertimpa timpa, hingga hidup penuh kebuntuan.. Ada pula insan yang punya segala, harta kekayaan,  wang berjuta,  mahu apa saja dapat. Tapi hati juga tak pernah rasa puas. Kosong...mengapakah?? Jawabnya,  nilailah sendiri tahap cinta kita kepada Allah, dan bagaimanakah hubungan kita dengan Allah..Akan ditemui jawapannya...insya Allah.

Sumber kebahagiaan itu juga adalah dengan membahagiakan insan lain. Sifir mudahnya, kita beri kita dapat. Kita bahagia kan orang lain, kita dapat memiliki bahagia. Betul ke? Cubalah...pertama, bahagiakan insan insan yang dekat dengan kita dulu. Suami, anak anak, ibubapa, adik beradik, dan sesiapa saja. Masalahnya kita (termasuk diriku), hanya mengharapkan diri kita dibahagiakan, tanpa ada usaha untuk membahagiakan mereka. Mengharap dan terus mengharap. Tak dapat, rasa kecewa dan hati tak bahagia. Sampai bila mesti begitu ya..Mengharap tanpa memberi..

Sama samalah...kita memberi dan terus memberi, tanpa jemu dan penuh keikhlasan. Bahagia akan sendirinya hadir, melihat kebahagiaan insan yang kita berikan bahagia untuknya. Insya Allah..

Suami dan isteri, sering mengharapkan diri dibahagiakan pasangan..Bagaimana pula usaha untuk membahagiakan pasangan. Ramai kecewa dan tak bahagia kerana pasangan tidak memberi layanan seperti yang dimahukan. Apakah kita juga sudah sebaik mungkin dan seikhlas mungkin memberikan layanan yang terbaik buat pasangan. Sekali lagi..kita mengharap, tapi tidak memberi. Kita memberi, tapi tanpa keikhlasan...mungkin..

Bayangkan.. Apa rasanya saat suami dan anak anak menikmati juadah istimewa dari kita yang memasak seikhlasnya dari hati. Mereka makan dengan penuh kenikmatan dan senyuman. Bukankah kala itu hati kita terbuai bahagia..  Begitu juga saat kita melihat anak kita gembira, excited dan asyik sekali bermain dengan mainan idamannya sejak sekian lama, dan hari ini kita berusaha membelinya dan menghadiahkan untuknya.  Bahagiakan...melihat dia begitu seronok dan asyik senyum saja. Dan sesekali pulang ke kampung menjenguk orang tua, menolong apa yang patut, berbicara dengan mereka, mendengar cerita dan luahan mereka...bahagiakan..kerana melihat wajah mereka yang keriangan menerima kepulangan anak anak. Kan??? Pernah rasa tak??

Yang di atas itu hanya sekadar contoh yang sangat simple, tapi anda faham kan?? Kita akan bahagia dengan membahagiakan orang lain. Berbagai cara boleh dilakukan untuk membuat orang lain bahagia. Boleh jadi, perkara yang sangat kecil pun boleh mencipta bahagia di hati insan lain. Kucupan dan pelukan ikhlas seorang suami mampu membuatkan isteri tersenyum bahagia. Kepulangan seorang anak mampu membuatkan ibu bahagia. Senyuman ikhlas yang kita lemparkan buat rakan sekerja atau jiran tetangga juga mampu membuai perasaannya. Anak kecil yang menerima gula gula atau coklat juga akan riang bahagia. Dan kita, sebagai insan yang memberi bahagia itu, tidakkah juga akan menikmati bahagia juga...

Sebagai kesimpulannya,  yang pertama dan yang terutama, cintailah Allah yang hanya DariNya dapat kita nikmati bahagia yang sejati. Tingkatkan rasa cinta dengan sedaya mungkin mentaati segala perintahNya. Solat 5waktu, tutup aurat dengan sempurna, bersedekah, berbakti pada ibubapa, menjaga lidah, dan segalanya yang makruf, dan meninggalkan terus segala laranganNya..insya Allah,  bahagia menjadi milik kita.

Insan yang bahagia, dah tentu akan menyebarkan bahagia buat insan lain. Bahagiakan pasangan, anak anak, keluarga, jiran tetangga, dan sesiapa jua. Maka bahagia akan berganda lagi...insya Allah.. 

Ayuhlah, kita semua...perbaiki hubungan dengan Allah, betulkan niat dalam setiap perbuatan, dan berusaha membahagiakan insan di sekeliling kita..

Insya Allah..








0 comments:

Post a Comment