Thursday, 7 May 2015 By: Naemah

JAUH TAPI DEKAT


Sekali lagi perkenalkan diri, seorang ibu kepada dua hero kecintaan, Anas dan Mussaab :):):)

Bahagia menjadi isteri dan ibu..syukur Alhamdulillah di atas nikmat kehidupan yang penuh warna warni ini :):):)

Kerana kerjaya,  suamiku terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri. Kerjayanya juga tak memungkinkan kami untuk selalu dekat, dan tak memungkinkan dia untuk membawa kami turut bersamanya.. Kerjayanya nun jauh di lautan. Mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga...insya Allah 

Namun bersyukur juga...dia pergi tidaklah lama. Suatu ketika dulu pernah belayar sehingga berbulan bulan... Akhirnya suami mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya itu, demi untuk lebih dekat bersama isteri dan anak anak. Dia memilih keluarga, walau ku tahu impiannya dalam lapangannya itu bukan setakat itu saja...Terima kasih atas pengorbananmu duhai suami..

Walaupun kini terpaksa berjauhan juga, namun tempohnya tak lama, dan meski jauh masih boleh berhubung. Anak anak juga seakan mengerti abi bukan selalu ada untuk mereka...aku juga meskipun rindu dan risau, namun redha kerana suami berjuang demi rezeki yang halal. Insya Allah... Di samping tak lupa mendoakan dia agar sentiasa dalam perlindungan Allah.

Kadangkala hadir rasa kesian pada anak anak yang berjauhan dengan abinya. Yalah, duduk dengan ummi terkurung sajalah di dalam rumah. Abi takde, sunyi sikitlah rumah,  nak bermain pun dengan ummi dan sesama mereka sajalah, berdua...

Tapi bila dikenang kenang, bukan Anas dan Mussaab saja yang berjauhan dengan abi. Masih ramai yang bernasib sama, tak kurang yang terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lebih lama. Seperti aku katakan,  mereka yang belayar terpaksa tinggalkan anak isteri berbulan bulan. Mereka yang pjj, pun begitu. Mungkin hanya di hari minggu dapat bersama bapa. Yang berpoligami, pun menyebabkan masa terpaksa dibahagi untuk setiap keluarga. Jadi, tak dapat hari hari bersama ayah. Lebih sedih, anak anak yang ibubapanya bercerai dah tentu terpaksa tinggal berasingan dengan ayah atau ibu...yang yatim apatah lagi :,)

Maka bersyukur...Dan usah mengeluh dengan kehidupan yang telah Allah aturkan ini. Meskipun anak anak sering berjauhan dengan bapanya, tak bermakna kasih sayang antara mereka juga menjauh. 

Di samping bapa yang perlu memberikan masa yang berkualiti pada anak anak ketika bersama,  peranan ibu juga penting untuk membuatkan anak merasa dekat dan disayangi ayah. 


Apa yang sering aku praktiskan: pertama, jangan lupa menyebut tentang ayahnya setiap hari. Beritahu atau bertanya abi dimana, abi sedang buat apa, menyatakan rindu pada abi, dan sebagainya..

Kedua, sering memuji ayah mereka. Pujilah apa saja..Abi baik, abi hebat, abi kuat, abi kerja untuk cari rezeki, dan macam macam lagi. Biar anak nampak ayahnya sebagai seorang hero :)

Ketiga, setiap kali suami call atau masej, mesti beritahu anak. Kalau call atau video call, biasa suami akan bercakap dengan anak anak. Kalau masej, tetap bagitau anak, ummi masej dengan abi. Just nak bagi rasa yang walaupun abi takde, masih boleh berhubung dan untuk dia rasa abi dekat je sebenarnya..

Keempat, sehari sebelum suami travel ke tempat kerja, kami dah beritahu berulangkali, esok abi nak 'working on ship' supaya dia set dalam kepala, esok abi dah takde kat rumah..Alhamdulillah anak anak melepaskan abi pergi dengan rela. Tiada tangisan, tiada drama. Mereka seakan faham, dan tahu abi akan pergi untuk beberapa hari dan akan balik semula ke rumah. 

Kelima, setiap hari juga aku akan mengajak anak berdoa untuk abi mereka. Doa, mohon perlindungan dan keselamatan, juga diprmudahkan urusan abi...anak anak menadah tangan, atau sekadar mengaminkan... Aku tahu dia belum mengerti, namun aku mengharapkan anak anak akan biasa dengan doa, dan suatu hari akan sering mendoakan kedua ibubapanya...insya Allah :)

Hmm..mungkin cukup dulu sampai sini. Dah panjang sangat....mood rindu, baru petang tadi suami kembali ke tempat kerjanya :) anak anak pula lena dibuai mimpi..barangkali mimpikan abi :)


Selamat malam semua...semoga Allah memberkati kehidupan kita..ameen







0 comments:

Post a Comment