Friday, 1 May 2015 By: Naemah

ANAK ANAK: NILAI BAHAGIA YANG TIADA GANTI

Anak anak anugerah terindah yang Allah hadirkan dalam hidup seorang ibu dan bapa. Benarkan?? Tak siapa dapat menafikan.. Semua yang berkahwin mengharapkan kehadiran cahayamata dalam hidup mereka. Mungkinkah ada yang sebaliknya?? Alasan belum bersedia mungkin ada, tapi untuk melupakan terus kehadiran seorang yang bernama anak, mungkin tidak..

Berbahagialah pada mereka yang Allah hadiahkan untuknya anak anak. Bersabarlah duhai yang sedang menanti, Allah mendengar doamu dan merancang yang terbaik untukmu.. La tahzan!!

Sebenarnya nak mencoret tentang ragam anak anak :):):)

Pasti ramai yang setuju bahawa anak anak memang mempunyai 'perangai' dan 'ragamnya' yang tersendiri. Kadang dia buat kita tersenyum,  kadang buat kita geram dan naik angin.hmm...itulah anak anak.

Anakku baru 2 orang dan masih kecil. Perangai pun macam budak seusianya jugalah..Macam macam hal, macam macam ragam, macam macam aktiviti, tak kenal erti lelah. Setiap hari rumah bersepah dengan mainan, buku dan kertas,  crayon, tak cukup lagi perkakas dapur juga diangkutnya. Hai anak... Kalau sehari tak berkemas, memang macam apalah rumah tu kan...

Aktif itu normal

Anak anak ni memang sangat aktif, sangat tak pandai duduk diam, kecuali tidur. Ada saja benda yang nak dibuatnya. Tinggalkan sekejap mereka di luar dan kita ke dapur untuk memasak atau mengemas, keadaan di luar dah bertukar wajah. Mainan sebakul di keluarkan semua, walaupun nak main hanya satu. Buku-buku berselerak, mengalahkan professor. Kalau tinggalkan mereka dengan pen atau pensel warna atau crayon, dapat tengoklah hasil seni mereka di lantai atau dinding. Perasaan tu faham faham sajalah... Bercampur baur. Hai anak.. Belum masuk bab yang lain lagi..

Nak mudah, nak senang kerja, tinggalkan saja anak dengan televisyen dan segala gadjet. Biarkan mereka leka dengan kartun dan games. Barulah benda lain dia tak sentuh dan tak usik. Kita pun tak perlu mengemas dan buat kerja yang sama berulang kali kan..

Tapi sekiranya begitu tindakan kita, adakah kita merasakan itu adalah cara yang terbaik?? Biarkan saja mereka begitu?? Oh tidak... Memang kerja kita lebih mudah, kerana anak asyik dengan tv dan games, dan rumah tak bersepah, tapi ada sesuatu yang tak normal di situ. Come on lah...dia budak budak. Kalau dia duduk diam diam tak bergerak,  itu tak normal. Kalau dia tak sentuh segala benda di sekelilingnya,  itu juga tak normal. Kalau matanya tak melilau mencari, dan hanya pandang ke satu tempat saja,  itu tak normal juga. Itu bukan budak budak namanya...

Kanak kanak perlu aktif, jalan sana sini, lompat dan lari, pegang dan sentuh benda di sekelilingnya,  dan sentiasa ada kemahuan untuk mencuba sesuatu,  tak kira ianya sesuai untuk dirinya atau tidak, tak kira ummi marah atau tidak. Maka tak hairanlah jika selepas rumah kelihatan seperti kapal pecah, dan suara tangisan kedengaran silih berganti dek kerana mereka sedang meng'explore' segala perkara, tanpa memikirkan bahaya di sekelilingnya. Itu normal k..tapi yalah...kita akan penat sikitlah lepas tu kan :):)

Aku sendiri, ada ketikanya, kalau ada kerja yang nak dibuat di dapur, akan membuka video dan membiarkan mereka leka dengan ipad. Ya, video education dan application dalam ipad pun berbentuk education. Tiada games, tiada kartun yang entah apa apa tu...tapi still rasa tak sedap hati jika membiarkan anak berlama lama dengan alat tersebut. Bimbang minatnya hanya di situ, dan tiada minat lagi dengan aktiviti yang lain. Itu dah tak normallah... 

Usah gusar dan marah

Ibu ibu...sekadar nak menasihati diri sendiri dan semua para ibu dan bakal bakal ibu, janganlah risau, atau marah, atau sakit hati melihat rumah yang bersepah dan tunggang langgang. Kalau itu perbuatan anak anak yang masih kecil, itu perkara biasa. Bukan anda seorang mengalaminya. Itu menunjukkan anda mempunyai anak anak yang sihat dan normal. 

Disiplinkan anak anak

Cuma mungkin...untuk mengurangkan penat kita, boleh melatih anak anak untuk 'menolong' kita mengemas, especially barang permainannya.  Sebelum benarkan mereka bermain, awal awal lagi dah pesan: sudah main nanti kena kemas ye. Pesan berulangkali,  dan setiap hari. Dan saat mengemas barang tersebut, libatkan dia bersama, buat bersama sama, bukan hanya menyuruh dia buat sendiri. Buat begitu setiap hari dan setiap kali lepas main. Insya Allah, anak anak akan jadi biasa dan faham, lepas main kena kemas. Dan kebanyakan masa, ianya berhasil untuk anak anakku, Anas dan Mussaab. Jangan jemu untuk mengajak dan melibatkan mereka dalam aktiviti mengemas, tak terhad pada permainan mereka saja. Kita harapkan dan doakan, suatu hari nanti, mereka akan melakukan sendiri tanpa disuruh dan diiingatkan lagi, insya Allah.. 

Muhasabah

Mungkin juga, di saat geram dan marah dengan tingkah anak anak, ambil masa sejenak untuk berfikir, memang setiap masakah anak anak ini membuat kita marah? Tidak pernah kah dia membuat kita senyum dan bahagia? Sebenarnya kalau diingat dan dikenang baik baik, mereka lebih banyak membuat kita tersenyum bahagia, dan hanya sesekali menguji kesabaran kita dengan sikap keanakannya. Betul kan?? Saat kita geram, kita lupa segala. Dia sering buat kita ketawa, terharu,  dan sikapnya sering membuat kita lupa pada kesedihan dan segala masalah. Dia penyeri hari hari kita, penghibur yang paling membahagiakan.  Kita mengakui hakikat itukan...jadi mengapa perlu marah marah...

Bayangkan...anak anak tiada di sisi. Rumah kemas dan tersusun rapi, tetapi hati kita...terlaluu sunyi. Tiada suara manja mereka, tiada hilai ketawa mereka. Bayangkan mereka sakit tak mampu bergerak aktif, mainan tak disentuh, berbaring dan merengek saja...hati kita seharian dalam kesedihan dan kerisauan.. Mahukah seperti itu??  Tak nak kan...jadi biarlah anak anak membesar seperti kanak kanak normal yang lain. Bermain semahunya, bebas melakukan apa saja dengan kawalan ibubapa, di samping mulut kita tak jemu memberi tunjuk ajar dan nasihat agar mereka tetap belajar menjadi manusia yang beradab dan berdisiplin meskipun diberi kebebasan bermain dan meneroka di alam kecil mereka..

Jadi ibu ibu..termasuk diriku (yang kurang sabar ini). Jangan marah marah pada anak anak. Usah jerit jerit, lagi teruk kalau sampai pukul pukul. Mereka hanya anak kecil yang hanya tahu bermain,  belum mumayyiz, tak tahu baik dan buruk, kecuali terus diberi tunjuk ajar...kalaulah kita menyedari masa kecil mereka ini terlalu singkat, kita pasti menghargainya, kerana suatu hari nanti rumah ini akan kesunyian... Oh, mereka sudah dewasa rupanya. Rindunyaaaaa :'(:'(:'(















0 comments:

Post a Comment