Monday, 26 June 2023 0 comments By: Naemah

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USIAKU


Jun 1985-Jun 2023


Alhamdulillah genap usiaku 38 tahun.

Seluruh kesyukuran aku panjatkan pada Allah yang masih meminjamkanku usia dan kudrat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.


Hari lahir tahun ini, berkebetulan jatuh pada musim haji. Dan pada hari dan ketika ini, berjauhan dengan suami yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Masya Allah. Biar jauh, namun aku sangat bersyukur kerana dia antara insan yang terpilih. Meskipun aku tak dapat bersamanya, tetap juga aku bersyukur atas perancangan Allah yang pasti terbaik buat kami.


Apatah lagi jika dibandingkan dengan hari lahirku tahun lalu, di mana pada hari tersebut aku menjalani pembedahan kerana masalah kesihatan. Tahun ini keadaanku jauh lebih baik dan lebih sihat, Alhamdulillah. Namun seiring meningkatnya usia, sudah tentu badan tak segagah masa muda. Itu juga sebagai peringatan buat diri, bahawa sudah jauh kaki ini berjalan di atas dunia ini. 


Pada hari lahirku ini, aku jalani kehidupan yang biasa bersama anak-anak. Siapkan makan minum dan keperluan sekolah mereka, menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, pagi hinggalah petang harinya. Cuma hari ni aku pilih untuk ‘cuti’ memasak (kecuali breakfast la). Nak duduk diam-diam tenang-tenang je, sebelum kembalinya anak-anak ke rumah. Bila semua sudah kembali. Hai, kecohlah satu rumah. Tak ada lagi masa ‘bertenang’ hinggalah semua masuk tidur.


Dan satu hari telah pun berlalu. Hari ini ku tempuh dengan lebih baik, Alhamdulillah. Hari ini juga suamiku di sana berangkat untuk bermalam di Mina, seterusnya esok hari akan bergerak ke Arafah untuk kemuncak haji. Aku percaya, doanya sentiasa ada buatku. Bahkan hari ini menerima ‘surprise’ dari dia yang jauh. Tanda ingatan dan cinta dari dia. 


Alhamdulillah. Bertambah usiaku. Semoga bertambah juga amalku. Dunia hanya persinggahan. Bila-bila masa saja Allah menjemput pergi. Moga sisa usia yang ada ini, dapat aku manfaatkan ke jalanNya. Bimbing hambaMu yang penuh dosa ini ya Allah. 



Ucapan dari yang tersayang. Yang teramat dirindui. 



Minta doa dari anak-anak juga bersempena hari lahir ummi. 



Surprise dari jauh

TQ LOVE ❤️




Tuesday, 20 June 2023 0 comments By: Naemah

PULAU PANGKOR: OUR SHORT VACATION


Catatan kenang-kenangan, sebuah percutian singkat di Pulau Pangkor pada 10-11 Jun 2023.


Oleh kerana pada cuti sekolah yang lepas abi berada di laut, tak dapat nak bawa anak-anak berjalan. Balik kampung pun naik bas je, sebab abi tak sempat hantar. Bila abi balik dari laut, masih berbaki 2 minggu lagi masa untuk bersama keluarga sebelum berangkat ke tanah suci menunaikan haji.


Abi plan percutian ke Pulau Pangkor. Tak jauh sangat perjalanan, 2 hari 1 malam sudah memadai untuk hiburkan anak-anak dan cipta kenangan bersama.


Pagi selepas solat subuh, sekitar jam 6.45 pagi, bertolak dari rumah ke jeti Marina Island. Singgah dulu breakfast di R&R Rawang, sambung perjalanan dan sampai di jeti jam 11.30 pagi. Naik feri pukul 12.15, dan tiba di Pulau Pangkor jam 12.30 (ye, 15 minit je).


Pertama sekali ambil kereta sewa (di jeti tu juga), lepas tu cari kedai makan untuk makan tengahari. Sebelum tu sempat juga la singgah satu kedai, beli mainan untuk anak-anak. Makan tengahari di kedai makan Kak Gee, lepas tu check in Suria Beach Resort (dekat dengan Pantai Teluk Nipah). Masuk bilik dan solat sekejap, lepas tu turun semula untuk aktiviti Island Hopping. Naik bot, dibawa dari satu tempat ke satu tempat, last sekali aktiviti snorkeling. Lebih kurang jam 5.30 petang, balik semula ke homestay. Sebelum naik ke bilik, sambung mandi kolam dulu satu round. Seronok sungguh hari ni dapat main air sepuasnya.


Lepas maghrib, turun semula untuk makan malam. Jalan kaki saja, makan di kedai makan berdekatan dengan homestay dan pantai (Yuen Thai food dan western). Lepas makan ambil angin di tepi pantai, best juga malam-malam lepak tepi pantai. Kat sini juga ada pertunjukan api. Anak-anak terhibur dengan persembahan dibuat. Dah puas tengok pertunjukan api, balik semula ke bilik. Semua dah mengantuk menempuh perjalanan dan aktiviti di sini. Masa untuk berehat.


Esok harinya breakfast di homestay, mandi kolam lagi, dan main di pantai juga sebelum check out dan kembali ke jeti. Lepas check out, menuju ke Kota Belanda (antara tarikan di sini), melihat batu bersurat, membeli sedikit hasil laut (ikan bilis dan sotong kering) di ‘Kedai Hasil Laut Pak Su’ dan akhir sekali singgah bergambar kenangan di Masjid al-Khairiah yang juga dikenal sebagai Masjid seribu doa atau masjid cina. 


Kemudian ke jeti Pulau Pangkor, serahkan kereta kepada pemiliknya. Sempat juga makan tengahari sementara menunggu feri ke Marina Island (pukul 2.15 petqng).


Tiba masanya, kaki melangkah meninggalkan Pulau Pangkor dengan kenangan yang tak akan dilupakan. Singkat saja percutian ini, namun cukup bermakna buat kita sekeluarga. Semoga dengan izinNya, dapat kita cipta lebih banyak kenangan bersma, selepas abi kembali nanti. Insya Allah. 


Terima kasih abi, untuk momen yang kita cipta bersama.


Terima kasih ya Allah, atas nikmat dan rezeki dariMu.



Kenangan di Pulau Pangkor 



Menunggu feri ke  Pulau Pangkor 



Lunch: asam pedas utara, sup tulang dan nasi goreng udang
















Island hopping 






Mandi kolam









Tengok pertunjukan api




Hari ke-2 
 


Breakfast









Main pantai dulu sebelum chek out







Kota Belanda dan Batu Bersurat











Masjid al-Khairiah



Bye! Bye! pangkor!















Saturday, 17 June 2023 0 comments By: Naemah

SELAMAT MENUJU HAJI MABRUR




 Buat suami tercintaku. 

Syukur Allah menjemputmu untuk menjadi tetamuNya. Syukur akhirnya tercapai impian untuk abi sampai ke sana menunaikan rukun Islam yang ke-5. Semoga perjalanan haji abi dipermudahkan, semoga amal ibadah abi diterima, semoga abi beroleh haji yang mabrur.


Dulu kita berimpian untuk tunaikan haji bersama, kan? Tapi takdirNya, abi seorang saja yang ke sana. Ummi setia di sini bersama anak-anak, dan setia menanti kepulangan abi.


Abi tika di sana, pasti sibuk dengan urusan ibadah. Tumpukan sepenuh hati kepada urusan di sana, jangan risaukan anak isteri yang ditinggalkan, pasti Allah menjaga kami dengan sebaik jagaan. Ummi dan anak-anak juga rela dan reda melepaskan abi pergi keranaNya. Di mana juga abi, pasti di dalam jagaan dan lindungan Allah sentiasa. 


Abi tika di sana; doakan semoga Allah kurniakan kesihatan buat kita semua. 


Doakan semoga kita menjadi hamba yang sentiasa lebih baik di sisiNya. 


Doakan semoga kita menjadi ibubapa yang mampu mendidik anak-anak dengan sebaiknya. 


Doakan semoga anak-anak kesayangan kita membesar menjadi hambaNya yang soleh.


Doakan ummi menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati abi, dan ibu yang bijaksana mendidik anak-anak.


Doakan semoga ummi dan anak-anak dapat sama-sama menjejakkan kaki ke sana juga bersama abi.


Doakan semoga disatukan kembali keluarga kita setelah perpisahan ini.


Doakan semoga Allah satukan keluarga kita di dunia dan juga di akhirat.


Pasti banyak lagi list doa abi, untuk keluarga kita, untuk ibubapa kita, untuk keluarga besar kita, untuk negara kita..


Jangan dilupa doa untuk abi sendiri; supaya sihat, supaya dapat sempurnakan ibadah haji, supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga, supaya jadi mukmin yang lebih baik di sisiNya, supaya dapat memimpin keluarga kita menuju syurgaNya…


Ummi memohon maaf atas segala dosa ummi pada abi. Abi yang sangat baik dan banyak bersabar dengan ummi. Maaf dan redalah pada isterimu ini. 


Semoga tenang dan mudah ibadah abi di sana. Semoga mendapat haji yang mabrur suamiku.


Doakan ummi dan anak-anak menjalani kehidupan di sini dengan baik sepanjang peninggalan abi. Insya Allah kita berjumpa lagi dengan izinNya.