Saturday, 24 March 2018 0 comments By: Naemah

TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 2

Sambungan dari catatan lepas;

Seterusnya catatan hari ke-2 di Phatthalung, Thailand. Hari ini terisi dengan banyak aktiviti, dan hari ini menyambung perjalanan yang panjang lagi untuk kembali ke Malaysia.

Awas! Entri ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang banyak!

Matahari terbit di puncak bukit

Sebaik bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh, kami menikmati pemandangan dan menghirup udara segar di sekitar homestay. Pagi ini dapat melihat jernihnya air sungai yang mengalir di tepian homestay kediaman kami. Anak-anak juga bangun awal dan sempat mengikut mereka yang sudah bersedia untuk ke puncak bukit berdekatan homestay. 

Sempat juga mengunyah roti bakar yang telah disediakan oleh rakan musafir kami. Tiba di puncak bukit, terpegun kami melihat panorama yang sangat indah. Di situ terdapat tasik yang sangat luas, bersama pemandangan bukit kiri dan kanan. Sempat kami melihat dan bergambar berlatarkan matahari terbit, tasik dan bukit. Cantik sekali ciptaan Allah. Tenang dan lapang rasanya hati terpukau dek ciptaan Allah yang sangat indah ini. 





















Bergambar bersama semut merah

Selepas meninggalkan puncak bukit tadi kami singgah pula di kawasan yang berdekatan dengan homestay juga, di mana di sini terdapat banyak replika semut merah. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar sebanyaknya, sebelum balik semula ke homestay.

(Maaf tak mampu membaca setiap bait tulisan yang tertulis. Maka tak mampu nak menghurai lebih lanjut tentang lokasi ini)























Ok sampai di sini dulu cerita pagi ini. Puas bergambar dan berjalan di sekitar tempat ini, kami balik semula ke homestay dan menikmati hidangan breakfast yang disediakan oleh pihak homestay. Katanya dibeli dari orang melayu. Maka halal, insya Allah. Ada beraneka jenis kuih, termasuk nasi goreng dan bubur nasi yang dimasak sendiri. Kami mengisi perut yang sudah kelaparan. Alhamdulillah :)


Our breakfast 





Ok, untuk next aktiviti kita sambung ke entri seterusnya. Insya Allah.




Thursday, 22 March 2018 0 comments By: Naemah

TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 1

Ini adalah catatan kembara kami sekeluarga ke Phatthalung, Thailand selama 2 hari 1 malam
18/3/18-19/3/18

Sebelum tu jom kenal serba sedikit tentang tempat yang bernama Phatthalung ni :)


Sumber-Wikipedia-

Perjalanan kami bermula dari Pantai Cahaya Bulan (Rumah Mak mertua) yang jaraknya lebih kurang 360km ke destinasi. Bersama-sama kami ialah kak Za, birasku dan dua anaknya-8 orang semuanya dari ahli keluarga kami. Kami ke sana dengan menaiki Dimax kepunyaan kak za. 

Kembara bermula pada 18/3/18 jam 9.30 dari rumah mak. Singgah ambil anak kak za di Maahad Tahfiz Tumpat, dan terus ke Pengkalan Kubur untuk urusan imegresen dan menaiki feri ke Tak Bai. Agak lama juga penantian di sempadan. Lebih kurang jam 12 kami menaiki feri dan dibawa masuk ke Tak Bai. Selesaikan pula urusan imegresen dan pengesahan geran kereta di sana. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami ‘lepas’ ke negara seberang tanpa sebarang masalah (sangkut kejap je dekat geran kereta sebab kereta atas nama abang ipar, bukan kak za)


Kembara bermula


















Di Tak Bai, kami singgah di rumah kawan kak za yang juga akan bersama kami ke Phatthalung. Sebenarnya mereka yang plan semuanya dari memilih destinasi, booking homestay dan membeli bahan mentah untuk memasak di sana. Mereka sekeluarga berjumlah 9 orang, menjadikan kami semuanya berjumlah 17 orang, menaiki 2 buah kereta (Dmax dan Alza).

Oleh kerana rombongan mereka agak lambat, kami bergerak terlebih dahulu dan singgah di stesen minyak yang letaknya di daerah Narathiwat di sini kami solat dan makan tengahari. Anak-anak juga sempat bermain di playground yang disediakan. Perhentian ini sangat besar dan selesa. Masjid dan toilet juga bersih. Alhamdulillah. Di sini juga kami berkumpul semua dan meneruskan perjalanan. 



Perhentian 








Apa yang menarik di sini ialah jalan rayanya yang lebar, jauh berbeza dengan jalan raya kita di Malaysia. Pemanduan lancar dan boleh dikatakan ‘tiada kesesakan’ di sepanjang perjalanan. Tol juga langsung tiada. Best kan?

Selepas 3 perhentian, selepas berkali -berkali Anas bertanya ‘bila nak sampai’, akhirnya sampai juga ke destinasi lebih kurang jam 7.30 malam. Oh ya, waktu di Thailand berbeza 1 jam (lewat) berbanding Malaysia. Bayangkanlah perjalanan kami yang sangat jauh! Kami yang hanya mengikut ke mana orang pergi ni, rasa macam tak percaya. Terus terang, memang tak terbayang akan ke mana dan tak tahu jaraknya sejauh ini. 

Sebaik sampai ke homestay, sedikit terubat rasa penat melihat lokasi homestay di pinggiran anak sungai dan suasana hutan yang menenangkan.

Malam ini kami menikmati bbq dan menjamu selera dengan segala hidangan yang ada. Semuanya masak sendiri. Anak-anak yang kelaparan makan dengan sangat berselera. Suasana malam ini agak bingit dengan suara ‘jiran’ homestay yang rancak berkaraoke. Sampai masa nak tidur, terasa stress juga bila belum ada tanda-tanda mereka nak stop bernyanyi. Dalam kepenatan terlelap juga, dan lama kelamaan suara karaoke tak kedengaran lagi. Alhamdulillah. Dapat menyambung lena dengan tenang hingga keesokan harinya.


Di homestay- Baanrimnam Phatthalung 












Hari ke-2, kami memulakan hari dengan menyedut udara pagi yang segar, menikmati pemandangan matahari terbit di puncak bukit, bergambar di sekitar homestay dan kawasan yang berdekatan, menikmati breakfast, mengikuti aktiviti whitewater rafting, mandi sungai, seterusnya makan tengahari dan bertolak pulang ke Malaysia.

Catatan kembara di hari kedua di next entri; 



SCHOOL HOLIDAY: KAMPUNG-SEPINTAS LALU

Bersempena cuti sekolah (17-25 Mac) selama seminggu, kami sekeluarga berpeluang balik ke kampung sekali lagi. Pada mulanya merancang untuk singgah di Ipoh untuk spend masa di maps. Tapi kemudian tukar plan, tak jadi ke Ipoh. Terus balik ke kampung. Anas beria nak jumpa kawan di kampung. Tapi tak bernasib baik juga, bila sepupu semuanya sibuk dengan hal lain dan tak dapat datang ke rumah nenek. Maka frust jadinya. Dah la tak dapat ke mana-mana. Main jelah dengan adik-adik di rumah nenek, dan buat aktiviti biasa iaitu melukis :)

Beberapa hari di kampung, sempat juga ‘berjalan’ di sekitar Bandar Kota Bharu. Sebenarnya kami dah merancang untuk ikut kak Za (birasku) dan kawan-kawannya ke Thailand, sekadar untuk makan angin di sana. Maka urusan penting yang perlu diselesaikan segera ialah untuk mendapatkan border pass memandangkan aku dan anak-anak tak memiliki passport. 

Pada 17/3/18, bergeraklah kami sekeluarga ke UTC Kota Bharu. Kami berada di sana jam 8.30 pagi. Urusan berjalan lancar, walau pada mulanya ada sedikit cabaran. Orang tak ramai, lebih kurang sejam kemudian urusan selesai. Border pass ke Thailand berjaya disiapkan. Alhamdulillah. 

Info: untuk dapatkan border pass untuk anak-anak, yang diperlukan ialah surat beranak, atau myKid yang tertera nama dan ic ibu. Dan perlu menggunakan alamat di Kelantan.


Mengisi borang untuk mendapatkan border pass 

Selesai urusan di UTC, singgah sebentar di KB Mall. Sempat membeli buku di kedai buku SMO, dan suamiku pula membeli pakaian anak-anak di situ. Kemudian tanpa berlengah, terus meninggalkan tempat itu dan menuju ke kedai kain Honyi untuk membeli kain untuk baju raya kami sekeluarga. Di sini juga tak lama, pilih saja warna yang berkenan dan terus membuat pembayaran. 

Sebelum balik ke rumah, singgah pula di pesta makanan halal yang diadakan di perkarangan stadium sultan Muhammad. Di sini kami membeli dan mencuba makanan yang dijual. Agak mahal juga harganya. Kami makan hingga kekenyangan dan bertolak balik.

Di sekitar pesta makanan halal 2018-KB














Balik ke rumah, rehat dan tidur. Sambung pula cerita di petang hari. 

Selepas asar, kami ke Pantai Cahaya Bulan yang letaknya berdekatan dengan rumah ibu mertuaku. Di sana juga sedang diadakan ekspo di perkarangan Perdana Resort. Sebelum masuk ke tapak ekspo, kami sekeluarga ambil angin dan bermain di pantai terlebih dahulu. Anas, Mussaab dan Miqdad seperti biasa excited bermain di pantai. Zawiah (anak saudara) juga datang bersama. 

Dah puas bermain, singgah pula ke tempat ekspo. Banyak juga jualan makanan, pakaian dan lain-lain. Anak-anak berminat untuk bermain permainan yang disediakan di tapak ekspo. Suamiku menemani anak-anak bermain, dan aku hanya memerhati. Bila dah puas bermain dan hari pun beransur gelap, kami menuju pulang ke rumah. 



Di pantai cahaya bulan dan ekspo











































Tamat cerita hari ini. Satu hari yang terisi. Sekurang-kurangnya ada kegembiraan buat anak-anak. Alhamdulillah.

Itu saja yang ‘sempat’ sepanjang berada di kampung. Tak dapat berada lama di kampung. Nanti akan catat perjalanan 2 hari 1 malam di Thailand, dan selepas itu kembali ke Semenyih, walaupun cuti Anas dan Mussaab masih berbaki. Apa boleh buat, abinya dah perlu kembali bertugas. Maka cuti dihabiskan di rumah saja. Tak mengapalah,  di rumah pun best! Insya Allah :)




Monday, 12 March 2018 0 comments By: Naemah

PERTANDINGAN AZAN DAN MEWARNA

Pada 11/03/18 Anas menyertai pertandingan muazzin cilik yang dianjurkan oleh surau al-Mukhlisin yang letaknya di Taman Pelangi Semenyih 2. Surau itu pernah menjadi tempat abi berjemaah ketika kita sekeluarga menyewa di situ pada tahun 2016. Anas juga pernah ke surau tersebut bersama abi. Sejak berpindah tahun 2017, surau itu tidak dijejak lagi.

Baru-baru ini teacher Zeeda memaklumkan untuk masukkan nama Anas untuk pertandingan azan. Ummi meminta persetujuan Anas terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan pada teacher. Anas menyatakan persetujuan, dan nama Anas didaftarkan untuk pertandingan tersebut. Tak sangka juga ummi, Anas dengan mudah menyatakan ya!

Anas praktis azan di rumah dan di sekolah hampir setiap hari. Teacher di sekolah banyak membantu. Ummi juga cuba guide sekadar termampu. Abi jarang ada di rumah, sesekali praktis juga depan abi. Yang pasti Anas kelihatan sangat confident untuk menyertai pertandingan itu. 

Di samping itu, diadakan juga pertandingan mewarna. Ummi daftarkan sekali nama Anas dan Mussaab. 

Maka semalam berlangsunglah pertandingannya. Pertandingan azan bermula pada pukul 10.15 pagi, dan Anas peserta kedua untuk kategori 6-8 tahun. Alhamdulillah azan Anas smooth dan lancar tak ada yang tersangkut. Anas dari awal hingga sudah, tak kelihatan langsung nerveous. Ummi jadi lebih tenang bila tengok Anas berkeyakinan seperti itu. 

Sebaik diumumkan keputusan, Anas hanya mendapat hadiah saguhati. Alhamdulillah. Masih tetap ummi bersyukur dan bangga. Pada ummi, sudah yang terbaik pada usia Anas sekarang. Jika difikirkan balik, ummi pun tak menyangka Anas ada keberanian untuk tampil di khalayak seperti itu. Anas happy dan senyum saja dari awal hingga sudah. Tambahan pula bila bersama kawannya Aqil, yang juga peserta pertandingan itu (Anas dan Aqil wakil Little Diamond). Keduanya dapat saguhati, tapi keduanya happy dan suka sangat dapat hadiah :D 

Pada jam 2.30 pula diadakan pertandingan mewarna di tempat yang sama. Mussaab turut menyertai. Sangat ramai peserta. Mussaab mewarna hingga kepenatan. Alhamdulillah skill mewarna Mussaab semakin improve. Walaupun tak color habis, tapi dah kurang yang terkeluar. Tak seperti sebelum ni. Anas mewarna hingga siap. Anas sentiasa yakin yang hasil warnanya sudah cantik :D yelah, cantik. Dan masih boleh improve lagi supaya lebih cantik. 

Anas dan Mussaab keduanya dapat hadiah saguhati. Aqil pula dapat tempat ke-3 untuk kategori 4-7 tahun. Lukisan Aqil terang dan lebih kemas. Tak mengapa, Anas dan Mussaab boleh cuba lagi di masa yang akan datang. Insya Allah masih ada chance untuk menang. 

Apapun Alhamdulillah atas segalanya. Anas dapat pengalaman baru, membantu membina keyakinan diri untuk berada di khalayak. Insya Allah jika ada peluang lagi, Anas akan sertai lagi dan akan usaha lebih lagi untuk persembahkan yang terbaik. 

Ini juga merupakan penyertaan kedua Anas dan Mussaab dalam pertandingan mewarna. Yang pertama ialah pada tahun lepas di sekolah Little Diamond. Masa tu belum berdaftar di Little Diamond lagi. Baru berkenalan saja :) Tak sangka pula akhirnya tekad ambil keputusan untuk sekolah di situ. Alhamdulillah. Insya Allah sudah pilihan yang terbaik untuk Anas dan Mussaab. 

Tamat sudah cerita semalam. Hari ini perlu diteruskan, dan akan mencipta cerita baru pula. Doa ummi, semoga Allah akan sentiasa merahmati kehidupan anak- anak ummi, Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga akan diberi peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih bijaksana dan dikurniakan sebanyaknya ilmu yang bermanfaat. Insya Allah. 


Gambar di sekitar majlis pertandingan;