Thursday, 22 March 2018 By: Naemah

TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 1

Ini adalah catatan kembara kami sekeluarga ke Phatthalung, Thailand selama 2 hari 1 malam
18/3/18-19/3/18

Sebelum tu jom kenal serba sedikit tentang tempat yang bernama Phatthalung ni :)


Sumber-Wikipedia-

Perjalanan kami bermula dari Pantai Cahaya Bulan (Rumah Mak mertua) yang jaraknya lebih kurang 360km ke destinasi. Bersama-sama kami ialah kak Za, birasku dan dua anaknya-8 orang semuanya dari ahli keluarga kami. Kami ke sana dengan menaiki Dimax kepunyaan kak za. 

Kembara bermula pada 18/3/18 jam 9.30 dari rumah mak. Singgah ambil anak kak za di Maahad Tahfiz Tumpat, dan terus ke Pengkalan Kubur untuk urusan imegresen dan menaiki feri ke Tak Bai. Agak lama juga penantian di sempadan. Lebih kurang jam 12 kami menaiki feri dan dibawa masuk ke Tak Bai. Selesaikan pula urusan imegresen dan pengesahan geran kereta di sana. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami ‘lepas’ ke negara seberang tanpa sebarang masalah (sangkut kejap je dekat geran kereta sebab kereta atas nama abang ipar, bukan kak za)


Kembara bermula


















Di Tak Bai, kami singgah di rumah kawan kak za yang juga akan bersama kami ke Phatthalung. Sebenarnya mereka yang plan semuanya dari memilih destinasi, booking homestay dan membeli bahan mentah untuk memasak di sana. Mereka sekeluarga berjumlah 9 orang, menjadikan kami semuanya berjumlah 17 orang, menaiki 2 buah kereta (Dmax dan Alza).

Oleh kerana rombongan mereka agak lambat, kami bergerak terlebih dahulu dan singgah di stesen minyak yang letaknya di daerah Narathiwat di sini kami solat dan makan tengahari. Anak-anak juga sempat bermain di playground yang disediakan. Perhentian ini sangat besar dan selesa. Masjid dan toilet juga bersih. Alhamdulillah. Di sini juga kami berkumpul semua dan meneruskan perjalanan. 



Perhentian 








Apa yang menarik di sini ialah jalan rayanya yang lebar, jauh berbeza dengan jalan raya kita di Malaysia. Pemanduan lancar dan boleh dikatakan ‘tiada kesesakan’ di sepanjang perjalanan. Tol juga langsung tiada. Best kan?

Selepas 3 perhentian, selepas berkali -berkali Anas bertanya ‘bila nak sampai’, akhirnya sampai juga ke destinasi lebih kurang jam 7.30 malam. Oh ya, waktu di Thailand berbeza 1 jam (lewat) berbanding Malaysia. Bayangkanlah perjalanan kami yang sangat jauh! Kami yang hanya mengikut ke mana orang pergi ni, rasa macam tak percaya. Terus terang, memang tak terbayang akan ke mana dan tak tahu jaraknya sejauh ini. 

Sebaik sampai ke homestay, sedikit terubat rasa penat melihat lokasi homestay di pinggiran anak sungai dan suasana hutan yang menenangkan.

Malam ini kami menikmati bbq dan menjamu selera dengan segala hidangan yang ada. Semuanya masak sendiri. Anak-anak yang kelaparan makan dengan sangat berselera. Suasana malam ini agak bingit dengan suara ‘jiran’ homestay yang rancak berkaraoke. Sampai masa nak tidur, terasa stress juga bila belum ada tanda-tanda mereka nak stop bernyanyi. Dalam kepenatan terlelap juga, dan lama kelamaan suara karaoke tak kedengaran lagi. Alhamdulillah. Dapat menyambung lena dengan tenang hingga keesokan harinya.


Di homestay- Baanrimnam Phatthalung 












Hari ke-2, kami memulakan hari dengan menyedut udara pagi yang segar, menikmati pemandangan matahari terbit di puncak bukit, bergambar di sekitar homestay dan kawasan yang berdekatan, menikmati breakfast, mengikuti aktiviti whitewater rafting, mandi sungai, seterusnya makan tengahari dan bertolak pulang ke Malaysia.

Catatan kembara di hari kedua di next entri; 



0 comments:

Post a Comment