Saturday, 3 March 2018 By: Naemah

HOMESCHOOLING: SEIMBAS LALU 2017

Entri ini bertujuan untuk highlight kan secara ringkas tentang pembelajaran Anas dan Mussaab di rumah sepanjang tahun 2017. 

Tak seperti tahun-tahun sebelum ini, ummi masih ‘sempat’ nak menulis secara spesifik tentang tajuk homeschooling anak-anak. Tapi tahun 2017 seperti tiada sebarang update yang berkaitan. Alasannya, sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak kecil. Baby blues barangkali ,:D

Mungkin juga kerana Anas dah masuk sekolah, semacam rasa, tugas mengajar tu dah diserahkan pada guru di sekolah :)

Pun begitu, secara tak langsung Anas dan Mussaab masih belajar juga di rumah ‘sesuatu’ yang di luar silibus sekolah.

Di sini sedikit catatan dan ringkasan update tentang pembelajaran tahun lepas (2017), agar dapat dirujuk semula pada masa akan datang :) Anas ketika ini berusia 5 tahun dan sudah bersekolah di Genius Aulad, dan Mussaab pula 3 tahun.

Tahun 2017 tak meletakkan sebarang target dan tiada jadual khusus untuk Anas dan Mussaab belajar. Main hentam saja mengikut kesesuaian masa. Dan kebanyakannya Anas dan Mussaab dapat dari video di YouTube.


Al-Quran dan Iqra’ 

Al-Quran sentiasa menjadi prioriti dalam mengajar anak-anak. Jika tak digerakkan oleh kita sebagai ibubapa, nak harap pada siapa lagi. Ya, di sekolah pun boleh. Tapi takkanlah nak serahkan pada sekolah semata kan?

Untuk Anas, ummi ajarkan dia al-Quran di rumah, dan di sekolah dia belajar iqra’ dari iqra’ 1. Tahun lepas Anas berjaya khatamkan bacaan juzuk amma, dan mula membaca surah al-Baqarah pada bulan 11, 2017.  Tahun ini masih meneruskan bacaan surah al-Baqarah.

Bacaan iqra’ pula berjaya sampai ke iqra’ 4 sehingga akhir tahun persekolahan. 

Tahun 2017 tidak menekankan hafazan di rumah, hanya di sekolah. Doa-doa harian juga dia belajar di sekolah.

Mussaab pula, tahun 2017 masih tidak menekankan bacaan al-Quran mahupun iqra’. Sesekali mengulang pengenalan huruf Hijaiyah yang dia masih tertukar.


Aqidah, Tauhid dan Akhlaq

Yang ini juga Anas dan Mussaab belajar secara tak langsung dengan banyak berpesan dan bercerita tentang kekuasaan Allah. Tak kiralah, tengah makan, di atas kereta, lepas solat, tengah lepak, lepas mereka berakhlaq baik atau sebaliknya, dan apa jua situasi yang sesuai, pesan dan pesan. 

Selain itu ada juga dibelikan buku-buku khas yang berkaitan seperti ensiklopedia al-Quran, kisah-kisah dari al-Quran dan banyak lagi. Sesekali membelek dan membaca buku bersama, dari situ mereka belajar bab ketuhanan dan menanam kepercayaan pada kewujudan dan kekuasaan Allah. Tentang akhlaq baik dan buruk, tentang syurga neraka, tentang hakikat alam yang sementara, dan sebagainya. 

Dalam bab ini, perlu sentiasa dipesan setiap masa dan perlu kepada praktikal dari ibubapa sendiri, bukan sekadar mengajar dan berpesan semata ;)


Topik-topik tertentu;

Tahun 2017 sempat Anas belajar tajuk-tajuk baru seperti sains dan pengetahuan Am. Belajar melalui video di YouTube, buku-buku di rumah dan discussion bersama secara tak formal.

Antara topik yang dipelajari ialah tentang natural disasters seperti earthquakes, volcanoes, typhoons, hurricane, tsunami, tornado, thunderstorms, dan yang berkaitan. Belajar juga tentang galaxy dan alam semesta seperti meteor, comet, kejadian siang dan malam, air pasang surut secara ringkas, dan lain-lain. Sambil dia belajar dia akan melukis, dari lukisan dapat agak kefahamannya dalam sesuatu topik yang dipelajari. Setiap kali ada berita terkini tentang bencana alam, memang akan alert dia dan akan ada sedikit discussion untuk dia lebih jelas. Sebab dia berminat, memang fun dan interaktif berdiskusi dengan dia. Selalunya abi yang lebih detail explanation nya :)

Mussaab juga sama-sama belajar, just faham istilah-istilah tertentu. Dapat juga, tapi sesuai usia, tak sampai lagi ke tahap kefahaman Anas :)

Anas juga belajar tentang country of the world, menghafal peta dunia dan nama-nama negara, bendera setiap negara dan sebagainya. Alhamdulillah sesuatu yang bermanfaat untuk dia, yang sangat obses dengan world map, dah pandai membaca peta dunia dan ‘berinteraksi’ dengan peta dunia. Teringin sangat dia nak jejak negara -negara yang dia pelajari :) insya Allah, jika direzekikan Allah. Anas tawan dunia dan bawa Islam bersama ya!

Untuk negara Malaysia pula Anas berjaya hafal setiap ibu negeri kesemuanya, dan kedudukan setiap negeri di dalam peta Malaysia.


Mathematics

Math dipelajari di rumah sejak anak-anak masih kecil. Bermula dengan numbers hingga kepada operasi tambah dan tolak. 2017, Anas dah boleh buat operasi tambah dan tolak, tapi masih belum mampu mencongak. Tahun ni juga belum ajar Anas Mental Arithmetic, tapi dah ada pendedahan pada pengenalan abacus.

Matematik juga dipelajari secara santai, dari buku dan segala bahan yang ada, dan sesekali buka buku untuk buat latihan yang simple.

Mussaab pula sehingga 2017 dah mengenal numbers dan mampu mengira 1-10. 

Mungkin setakat ini saja update tentang homeschooling sepanjang 2017. Sekadar penerangan sepintas lalu, sebab memang tak mampu nak bercerita lebih detail memandangkan tiada catatan rapi tentang pembelajaran tahun lepas :) masih ada yang tertinggal dan tak tercatat di sini. Apa boleh buat, ummi pun dah ingat-ingat lupa :D

Insya Allah tahun ini akan lebih rajin dan lebih fokus untuk mengajar anak-anak di rumah. Selain apa yang mereka belajar di sekolah, di rumah juga harapannya menjadi tempat anak-anak mendapat sebanyaknya ilmu dunia dan akhirat. Insya Allah.


Antara buku yang menjadi rujukan di rumah 










Antara lukisan yang terhasil dari kefahaman dan imaginasi :)

























0 comments:

Post a Comment