Monday, 5 March 2018 0 comments By: Naemah

HOMESCHOOLING: FEBRUARI-AL QURAN, IQRA’ DAN HAFAZAN

Update yang lepas: 

Ini pula update pembelajaran al-Quran dan hafazan (Anas) dan Iqra’ dan hafazan (Mussaab) sepanjang February 2018.

Anas: Al-Quran dan hafazan 

Anas meneruskan bacaan al-Quran seperti biasa, satu ayat setiap hari. Adakalanya lebih dari satu ayat, bila hari sebelumnya ‘bercuti’. Bacaan baik, Alhamdulillah seperti sebelum ini juga. Masih belum betul-betul lancar, dan perlu terus konsisten membaca dan fokus pada bacaan agar tak tertukar baris, dan cepat menyambung dari satu huruf ke huruf seterusnya. Insya Allah akan terus diperbaiki hingga benar-benar lancar membaca al-Quran.

Kini sudah sampai ke surah al-Baqarah ayat 102.


Ayat yang panjang- dibahagikan kepada 3 bahagian


Hafazan pula, masih meneruskan hafazan surah An-Naba'. Juga satu ayat hafazan setiap hari.

 Alhamdulillah sudah berjaya menghafaz dari ayat 1-38 sepanjang Januari-Februari. InsyaALlah akan complete 40 ayat dalam masa terdekat dan akan teruskan hafazan surah An-Naziaa't pula.






Mussaab: Iqra' dan Hafazan

Mussaab juga berjaya meneruskan bacaan Iqra' menggunakan buku Iqra' genius. Kini sedang membaca iqra' 2 page 48. Alhamdulillah.


Current page Mussaab 


Hafazan pula, Mussaab mengulang baca surah al-Fatihah dan An-Naas setiap hari sepanjang Februari. Masih belum lancar keseluruhannya, namun ada peningkatan dalam hafazannya. InsyaAllah bulan Mac akan sambung hingga ke surah al-Falaq.


Tracker Al-Quran, Iqra' dan Hafazan




Jumlah stickers yang berjaya dikumpul untuk bulan Februari 




Untuk bulan Mac pula :)
.
.
V



Masing-masing excited setiap kali menerima sticker sebagai reward buat mereka yang meluangkan masa untuk membaca al-Quran, Iqra dan hafazan.

Anas berjaya mengumpul sebanyak 39 stickers, dan Mussaab sebanyak 36 start stickers untuk bulan Februari. Alhamdulillah :)

Secara keseluruhannya, ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan, apabila masing-masing komited meluangkan masa untuk belajar al-Quran, Iqra dan hafazan. Perlahan-lahan melangkah tak mengapa, yang penting adalah istiqomah. Insya Allah satu masa akan menikmati hasilnya.

Ada masanya Anas dan Mussaab terpaksa ‘bercuti’ pada hari-hari tertentu, contohnya bila travel jauh, outing sampai malam, tak sihat badan, bercuti atau balik kampung, dan pada masa-masa kekangan yang lain. Namun sebolehnya diusahakan agar tiada gap yang terlalu lama, takut nanti dah ‘tiada hati’ nak meneruskan. Insya Allah, ummi akan istiqomah mengajak dan mengajar demi untuk jadikan anak-anak ummi celik dan faham al-Quran semuanya. 

Sungguh, masih jauh perjalanan kita.
Saturday, 3 March 2018 0 comments By: Naemah

KISAH PAK CIK MERABA AMOI

Saja nak menulis tentang isu viral hari ini. Biasalah zaman media sosial ni, terlalu banyak cerita viral, hingga orang tak boleh beza ianya cerita benar atau tidak. Asal boleh share! 

Kisah pakcik berjubah dan berkopiah yang meraba amoi berskirt pendek atas lrt, tentu semua orang (yang ada akaun fb, ig, Twitter dan seumpamanya) tahu tentang kes viral ini. Ia tular beberapa minggu lepas. Kali pertama membaca kisah pak cik ini, terasa amat tak sedap hati melihat penampilan pak cik yang jelas malambangkan ‘muslim’. Dalam perkongsian itu, wajah pak cik dikaburkan, dan langsung tak jelas wajahnya. Aku tak berminat untuk melihat video yang dikongsikan. Dalam hati, masih tak mahu percaya! Buruk sangat nampaknya akhlaq seorang Muslim yang disebarkan. Percayalah, hati sedikit sebanyak rasa tercalar.

Dan itu bukan perkongsian pertama dan bukan satu-satunya. Masih ada yang ringan jari menekan butang ‘share’ dan terus menghentam, mengutuk, mengata. Ditambah pula dengan commenters yang lain, bertambah pedas, bertambah sedap, secukup rasa menghukum ‘pak cik’. Sedih! Namun buat tak tahu sajalah, tak ada discussion lanjutan dengan suami atau dengan sesiapa. Hingga kisah itu dilupakan seketika.

Hari ini di’up’kan lagi kisah ‘pak cik’ yang kononnya meraba amoi tersebut. Kali ini dengan kisah yang sedap didengar, lantas memberi rasa lega luar biasa dalam hati. Ia adalah pengakuan dari saksi yang berada dalam lrt bersama ‘pak cik’ ketika hari kejadian, dan ketika video pak cik dirakam dan ditularkan. Lega, bila dia menyatakan bahawa kisah pak cik itu adalah ‘fitnah’ semata.

 Dan hari ini aku mula ‘berani’ untuk menonton sendiri video viral tersebut. Demi Allah, aku tak melihat pada video itu sebagaimana yang dijajakan ceritanya sebelum ini. Aku tak melihat cubaan untuk meraba atau menyentuh peha si amoi.  Aku masih sepenuhnya bersangka baik pada ‘pak cik’. Dan hari ini juga Allah tunjukkan wajah sebenar ‘pak cik’ pada aku. Aku jatuh kesian. Dahsyatnya fitnah! Kerana video ini Islam terfitnah lagi. Bukan saja dari non Muslim, bahkan dari Muslim sendiri :(

Perkongsian terbaru ini dikongsikan dan diviralkan oleh netizen yang percaya bahawa ‘pak cik’ tak bersalah. Tambahan membaca coretan ustaz Ebit Lew yang kenal rapat dengan pak cik ini, aku bertambah yakin, pak cik tak bersalah! Kesian pak cik kan!

Namun yang negatif, masih memilih untuk negatif. Masih mahu menghentam dan menghina. Masih tidak mahu percaya pada kebenaran. 

Aku membayangkan bagaimana jika fitnah seumpama ini terkena pada ahli keluarga sendiri. Aibnya bila ‘cerita buruk’ kita dijaja oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Kami berlindung dari semua itu ya Allah.

Kisah ‘pak cik’ ini patut dijadikan pengajaran bersama. Betapa penting untuk mencari kebenaran (bertabayyun) ketika menerima sesuatu cerita atau berita. Bukan terus berkongsi dan menyebarkan tanpa mengesahkan bahawa ia benar atau palsu. Please, stop dulu dan fikir dulu sebelum share apa-apa ‘berita terkini’! 

Dalam menyebarkan kisah orang, fikir dulu aib orang dan ahli keluarganya. Jika benar ia salah, fikir dulu jalan yang lebih bijaksana untuk menegur sebelum disebarkan cerita aib sebegini. Bagaimana jika kisah aib kita juga nanti dijaja serata dunia dunia? 









DIARI ANAKKU: 040318







Hari ini abi berada di Labuan, buat pertama kali untuk tahun ini setelah sekian lama abi tak dihantar bertugas di sana. Semoga dipermudahkan urusan abi.

Hari ini Anas, Mussaab dan Miqdad bangun sekitar jam 7 pagi. Miqdad yang pertama, kemudian Mussaab dan yang terakhir Anas. Terus mandi dan berpakaian. Kemudian turun bersama ummi. Ummi masakkan nasi goreng untuk breakfast, Anas buka tv dan buka channel YouTube kegemarannya. Mussaab dan Miqdad tumpang menonton dan membuat hal sendiri.

Lepas masak, ummi suapkan Mussaab dan Miqdad makan. Anas asyik melukis, tak nak makan lagi. Ummi biarkan saja Anas dengan lukisannya. Lepas makan, Mussaab dan Miqdad main berdua. Anas masih dengan video dan lukisannya. Sambil menonton, sambil melukis. Abi whatsapp dari Labuan, bersiap untuk ke laut menaiki helikopter.

Jam 9, Anas breakfast dan siapkan worksheet abacus-formula (6+4). Alhamdulillah Anas berjaya siapkan, tinggal 4 set worksheet lagi sebelum masuk ke topik baru. Mussaab dan Miqdad bermain bersama sambil menonton video Hijaiyah dan Alif dan Sofia. 

Selesai teman Anas, ummi susukan Miqdad untuk tidurkan Miqdad. Tapi Miqdad masih tak nak tidur. Mussaab makan koko crunch, Anas sambung menonton video. 

Jam 10.15, abi whatsapp lagi, tak dapat ke laut hari ini. Kapal yang dijadualkan sampai hari ini dijangka lambat. Maka kerja abi ditangguhkan dulu, dan akan ke laut pada esok hari. Hari ni rehat dulu ya abi. Semoga dipermudahkan urusan esok hari. 

Jam 10.30, ummi siap untuk memasak. Anas, Mussaab dan Miqdad di biarkan di luar dengan hal sendiri. Sekejap makan, sekejap bermain dan menonton tv, ruang tamu dah bersepah. Meja makan juga dah berterabur dengan makanan dan air tumpah. Miqdad panjat sampai ke meja makan. 

Tengah bermain, Miqdad terjatuh dan menangis. Ummi tangguhkan kerja memasak, bawa Miqdad ke bilik untuk susukan dan tidurkan Miqdad. Miqdad tenang kembali, tapi tak nak tidur juga. Sambung main lagi. Ummi sudahkan kerja memasak.

Jam 12, ummi suapkan Mussaab dan Miqdad makan tengahari. Anas masih kenyang, tadi dah makan honey star. Mussaab hanya makan sedikit, dah kenyang juga katanya. Miqdad makan berselera, tapi kemudian menangis tak tahan pedas. Alahai kesiannya. Tak sangka pula lauknya terlebih pedas. Ummi pangku Miqdad dan susukan Miqdad. Miqdad terlena akhirnya. Ummi letakkan Miqdad dalam bilik. 

Anas  menonton dan melukis. Mussaab main sendiri. Anas makan nasi bersama ummi. Sedikit juga, dah kenyang. Kemudian main bersama Mussaab seketika. Lepas tu mengadap tv sambil melukis lagi. Mussaab layan perasaan di sofa. Senyap saja, rupanya sedang menggunting sarung sofa. Tarik nafas panjang ummi dibuatnya. Hari tu dia cucuk dengan pen hingga berlubang, hari ni dia tambah lagi koyakan pakai gunting. Nanti serahkan pada abi untuk respon yang macamana ,:)

Ummi naik ke atas, tinggalkan Anas dan Mussaab di bawah. Kemudian Mussaab juga naik dan berbaring di sebelah Miqdad. Katanya nak tidur, tapi kemudian keluar balik, masuk ke bilik lain dan leka dengan buku dinosaur. Anas masih setia di bawah melayan video dan melukis. Ummi cuba lelap kan mata di samping Miqdad yang masih lena. Ummi pesan pada Mussaab untuk masuk ke bilik jika dia mengantuk. Mussaab mengiyakan dan menyambung aktivitinya sendirian. 

Ummi tidur hingga jam 2.30. Mussaab ulang alik masuk dan keluar bilik. Kemudian turun ke bawah bersama Anas. Miqdad juga bangun. Ummi bawa Miqdad turun. Lepak di sofa sambil menonton video bersama. Abi whatsapp sekali lagi, katanya nak terbang ke laut dah. Semoga dipermudahkan urusan abi di sana. Insya Allah.

Jam 4, ummi goreng keropok lekor, dan makan bersama. Anas makan sedikit nasi dan ayam. Kemudian sambung buat hal masing-masing. Hampir masuk waktu asar, hujan turun dengan lebat. Tadi janji nak main bubble, tak jadilah nampaknya. Lepas asar, semua keluar bermain di luar. Hujan masih renyai. Ummi biarkan saja Anas, Mussaab dan Miqdad bermain, sementara ummi mengemas rumah yang bersepah. Kemudian ummi keluar temankan Anas, Mussaab dan Miqdad yang riang bermain di luar. Mussaab dan Miqdad dah basah kuyup. 

Jam 6, masuk ke dalam rumah dan mandi. Kemudian turun ke bawah semula. Ummi masakkan nasi goreng dan suapkan Anas, Mussaab dan Miqdad. Lapar semuanya. Dah hampir masuk waktu maghrib. Anas buka video lagi. Ummi solat maghrib dan tidurkan Miqdad. Mussaab dah terlena di sofa. Kepenatan seharian tak tidur dan bermain saja. 

Ummi ajar Anas baca al-Quran dan teruskan hafazan. Anas tunggu ummi selesai solat isyak, dan kemudian masuk ke bilik untuk tidur. Ummi angkat Mussaab naik ke dalam bilik. Ummi temankan Anas hingga Anas terlena akhirnya jam 9.30 malam. Alhamdulillah.

Semoga lena tidur semuanya anak ummi. Esok bangun awal ya, nak pergi sekolah :) semoga esok menjanjikan yang lebih baik dan lebih indah untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga Allah menjaga abi yang jauh. Insya Allah. 

HOMESCHOOLING: SEIMBAS LALU 2017

Entri ini bertujuan untuk highlight kan secara ringkas tentang pembelajaran Anas dan Mussaab di rumah sepanjang tahun 2017. 

Tak seperti tahun-tahun sebelum ini, ummi masih ‘sempat’ nak menulis secara spesifik tentang tajuk homeschooling anak-anak. Tapi tahun 2017 seperti tiada sebarang update yang berkaitan. Alasannya, sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak kecil. Baby blues barangkali ,:D

Mungkin juga kerana Anas dah masuk sekolah, semacam rasa, tugas mengajar tu dah diserahkan pada guru di sekolah :)

Pun begitu, secara tak langsung Anas dan Mussaab masih belajar juga di rumah ‘sesuatu’ yang di luar silibus sekolah.

Di sini sedikit catatan dan ringkasan update tentang pembelajaran tahun lepas (2017), agar dapat dirujuk semula pada masa akan datang :) Anas ketika ini berusia 5 tahun dan sudah bersekolah di Genius Aulad, dan Mussaab pula 3 tahun.

Tahun 2017 tak meletakkan sebarang target dan tiada jadual khusus untuk Anas dan Mussaab belajar. Main hentam saja mengikut kesesuaian masa. Dan kebanyakannya Anas dan Mussaab dapat dari video di YouTube.


Al-Quran dan Iqra’ 

Al-Quran sentiasa menjadi prioriti dalam mengajar anak-anak. Jika tak digerakkan oleh kita sebagai ibubapa, nak harap pada siapa lagi. Ya, di sekolah pun boleh. Tapi takkanlah nak serahkan pada sekolah semata kan?

Untuk Anas, ummi ajarkan dia al-Quran di rumah, dan di sekolah dia belajar iqra’ dari iqra’ 1. Tahun lepas Anas berjaya khatamkan bacaan juzuk amma, dan mula membaca surah al-Baqarah pada bulan 11, 2017.  Tahun ini masih meneruskan bacaan surah al-Baqarah.

Bacaan iqra’ pula berjaya sampai ke iqra’ 4 sehingga akhir tahun persekolahan. 

Tahun 2017 tidak menekankan hafazan di rumah, hanya di sekolah. Doa-doa harian juga dia belajar di sekolah.

Mussaab pula, tahun 2017 masih tidak menekankan bacaan al-Quran mahupun iqra’. Sesekali mengulang pengenalan huruf Hijaiyah yang dia masih tertukar.


Aqidah, Tauhid dan Akhlaq

Yang ini juga Anas dan Mussaab belajar secara tak langsung dengan banyak berpesan dan bercerita tentang kekuasaan Allah. Tak kiralah, tengah makan, di atas kereta, lepas solat, tengah lepak, lepas mereka berakhlaq baik atau sebaliknya, dan apa jua situasi yang sesuai, pesan dan pesan. 

Selain itu ada juga dibelikan buku-buku khas yang berkaitan seperti ensiklopedia al-Quran, kisah-kisah dari al-Quran dan banyak lagi. Sesekali membelek dan membaca buku bersama, dari situ mereka belajar bab ketuhanan dan menanam kepercayaan pada kewujudan dan kekuasaan Allah. Tentang akhlaq baik dan buruk, tentang syurga neraka, tentang hakikat alam yang sementara, dan sebagainya. 

Dalam bab ini, perlu sentiasa dipesan setiap masa dan perlu kepada praktikal dari ibubapa sendiri, bukan sekadar mengajar dan berpesan semata ;)


Topik-topik tertentu;

Tahun 2017 sempat Anas belajar tajuk-tajuk baru seperti sains dan pengetahuan Am. Belajar melalui video di YouTube, buku-buku di rumah dan discussion bersama secara tak formal.

Antara topik yang dipelajari ialah tentang natural disasters seperti earthquakes, volcanoes, typhoons, hurricane, tsunami, tornado, thunderstorms, dan yang berkaitan. Belajar juga tentang galaxy dan alam semesta seperti meteor, comet, kejadian siang dan malam, air pasang surut secara ringkas, dan lain-lain. Sambil dia belajar dia akan melukis, dari lukisan dapat agak kefahamannya dalam sesuatu topik yang dipelajari. Setiap kali ada berita terkini tentang bencana alam, memang akan alert dia dan akan ada sedikit discussion untuk dia lebih jelas. Sebab dia berminat, memang fun dan interaktif berdiskusi dengan dia. Selalunya abi yang lebih detail explanation nya :)

Mussaab juga sama-sama belajar, just faham istilah-istilah tertentu. Dapat juga, tapi sesuai usia, tak sampai lagi ke tahap kefahaman Anas :)

Anas juga belajar tentang country of the world, menghafal peta dunia dan nama-nama negara, bendera setiap negara dan sebagainya. Alhamdulillah sesuatu yang bermanfaat untuk dia, yang sangat obses dengan world map, dah pandai membaca peta dunia dan ‘berinteraksi’ dengan peta dunia. Teringin sangat dia nak jejak negara -negara yang dia pelajari :) insya Allah, jika direzekikan Allah. Anas tawan dunia dan bawa Islam bersama ya!

Untuk negara Malaysia pula Anas berjaya hafal setiap ibu negeri kesemuanya, dan kedudukan setiap negeri di dalam peta Malaysia.


Mathematics

Math dipelajari di rumah sejak anak-anak masih kecil. Bermula dengan numbers hingga kepada operasi tambah dan tolak. 2017, Anas dah boleh buat operasi tambah dan tolak, tapi masih belum mampu mencongak. Tahun ni juga belum ajar Anas Mental Arithmetic, tapi dah ada pendedahan pada pengenalan abacus.

Matematik juga dipelajari secara santai, dari buku dan segala bahan yang ada, dan sesekali buka buku untuk buat latihan yang simple.

Mussaab pula sehingga 2017 dah mengenal numbers dan mampu mengira 1-10. 

Mungkin setakat ini saja update tentang homeschooling sepanjang 2017. Sekadar penerangan sepintas lalu, sebab memang tak mampu nak bercerita lebih detail memandangkan tiada catatan rapi tentang pembelajaran tahun lepas :) masih ada yang tertinggal dan tak tercatat di sini. Apa boleh buat, ummi pun dah ingat-ingat lupa :D

Insya Allah tahun ini akan lebih rajin dan lebih fokus untuk mengajar anak-anak di rumah. Selain apa yang mereka belajar di sekolah, di rumah juga harapannya menjadi tempat anak-anak mendapat sebanyaknya ilmu dunia dan akhirat. Insya Allah.


Antara buku yang menjadi rujukan di rumah 










Antara lukisan yang terhasil dari kefahaman dan imaginasi :)

























HOMESCHOOLING: CABARAN DI SEBALIK TABIR

Aku pernah bercita-cita untuk homeschool anak-anak sepenuhnya. Kalau boleh, tak nak hantar anak-anak ke  sekolah. Kerana banyak hal yang negatif aku dengar tentang sekolah zaman sekarang. Kalau boleh, semua nak ajar sendiri, atau carikan guru untuk ajar mereka di  rumah untuk subjek-subjek tertentu. Konon-kononlah kan.

Tetapi, itu sekadar impian masa lalu. Atas rasa sedar tahap kemampuan diri, hari ini anak-anak dihantar ke sekolah seperti anak-anak orang lain. 

Namun tak bermakna niat untuk mengajar anak-anak di rumah dilupakan terus. Dengan masa dan kemampuan terbatas, hari ini aku teruskan juga niat untuk homeschool anak-anak, walaupun bukan sepenuh masa.

Seperti yang di dalam catatan lepas, tahun 2018 fokus homeschooling ialah dalam pelajaran al-Quran, Iqra’, hafazan dan mental arithmetic. Di samping subjek sampingan yang lain, yang kadang-kadang diajar secara spontan :)

Di sini sekadar ingin menulis tentang cabaran homeschooling padaku yang mempunyai 3 anak, 6 tahun, 4 tahun, dan hampir 2 tahun. 

Hakikatnya pada aku, homeschooling tak semudah yang disangka. Jika anak-anak sudah besar barangkali tak mencabar sangat. Tapi jika bersama anak-anak yang masih kecil dan belum memahami kondisi kita, amatlah mencabar. 

Antara cabaran;

Pertama, jadual mengajar dan kehendak si kecil yang selalu datang serentak. Contoh, waktu mengajar al-Quran biasanya dah tetapkan selepas waktu maghrib. Masa ni memang perlu betul-betul berikan tumpuan pada memperbetulkan bacaan al-Quran Anas, Iqra Mussaab dan juga hafazan mereka. Kalau tak buat malam ni, tertangguh sehingga malam esoklah jawabnya.

Tetapi dalam sela masa ini juga, jika datang kehendak yang kecil nak menyusu, nak minta dilayan dia membaca buku dan sebagainya, maka sangatlah mencabar saat ini. Tak dilayan, menangislah dia. Ada ketika juga dia sengaja akan mengganggu abang-abangnya dengan menarik buku dan al-Quran yang sedang dibaca. Meleret masa di situ. Kadang-kadang menyusu sambil mengajar. Kadang-kadang perlu tangguh dulu untuk beri perhatian hanya pada dia :)

Kedua, mood anak-anak yang tak menentu. Ada ketikanya senang diajak untuk belajar. Ada ketikanya juga, berkali-kali seru nama dan memanggil baru nak bergerak. Walaupun mereka dah faham bila masanya mereka perlu belajar dan bila boleh bermain atau membuat aktiviti lain, tapi masih ada ketikanya mereka ber’excuse’ nak lepaskan diri. Bab ni memang kena tegas, no excuse kecuali kalau tak sihat.

Ketiga, bila balik kampung atau bercuti. Kalau bercuti, kebiasaannya memang bercuti betul :) ummi lupa, anak-anak apatah lagi. Begitu juga bila balik kampung, anak-anak banyak habiskan masa dengan bermain. Bila di kampung, memang out of control. Apatah lagi kalau bersama sepupu mereka, jarang-jarang sekali dapat duduk dekat dengan mereka. Main tak henti. Ada jugalah sesekali dapat ‘tangkap’ mereka untuk duduk mengaji atau siapkan worksheet. 

Itulah antara cabaran homeschooling buatku yang beranak 3 ini. Tidak mudah, tapi perlukan tekad dan usaha. Allah saja yang mengerti apa rasaku bila berhadapan dengan saat sukar untuk memberi perhatian pada pelajaran anak-anak. 

Namun aku tetap pegang pada prinsip, anak-anak aku perlu dididik oleh tanganku sendiri. Mungkin aku tak mampu untuk berikan semua, tetapi setakat mana yang aku mampu, akan aku cuba meskipun adakala berhadapan dengan cabaran tertentu.

Alhamdulillah, perlahan-lahan berjalan, anak-anak ada pencapaian sendiri di rumah. Tak perlu bandingkan dengan sesiapa, anak-anak kita takkan sama dengan anak orang. Percayalah, dengan usaha segalanya tak mustahil. 

Insya Allah, akan aku cuba dan berusaha untuk tetap mendidik anak-anak dari rumah, sekadar ilmu dan kemampuan yang aku ada. Semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan untukku dan anak-anak.


‘Masa belajar’








HOMESCHOOLING: MENTAL ARITHMETIC-ASAS JARI 3 DAN KUMPULAN 10

Ini adalah sambungan dari entri yang lepas:

Anas sudah semakin maju ke hadapan dalam pelajaran Mental Arithmetic. Alhamdulillah :)

Sudah masuk ke bab asas jari 3, kumpulan 10 (tanpa formula) dan kumpulan 10 (dengan formula). Anas juga konsisten membuat latihan di dalam worksheet setiap hari, memandangkan dah sampai ke bab yang lebih susah, dan perlu biasakan dengan soalan yang lebih banyak. 

Sehingga ke tahap ini, Alhamdulillah Anas berjaya memahami dan menguasai topik dengan baik. Worksheet berjaya disiapkan, meskipun kadang-kadang tanpa pantauan ummi (just cek jawapan dia lepas dia siapkan). Yang masih perlu dibetulkan mungkin dalam bab penggunaan jari, bila dia tak berapa nak ikut rule seperti yang diajar dalam bab awal iaitu asas jari. Tapi dari segi pergerakan manik abakus, boleh dikatakan sudah mahir. Ada juga sesekali tersalah jawapan, biasalah careless sikit ,:) 

Kini hampir setiap hari Anas luangkan masa untuk membuat latihan dalam worksheet. Sedang membiasakan diri dengan abacus. Sudah betul cara pengiraan, tapi tetap perlu lebih latih tubi agar lebih cekap dan cepat lagi. Sekarang ni banyak ikut rentak dia saja. Sambil buat latihan kadang-kadang sambil menonton video, sambil makan dan minum, siap minta break lagi. Ummi pun ikut jelah, yang penting worksheet berjaya disiapkan. 

Alhamdulillah untuk sehingga hari ini. Lepas worksheet terakhir dan sebelum masuk bab baru ni, dia minta ‘cuti’ 3 hari. Oklah, ummi bagi cuti :) lagipun tengah sibuk (kononnya) untuk praktis azan dan mewarna untuk pertandingan hari ahad ni. Dan tengah nak usaha untuk habiskan hafazan surah an-Naba’, ayat terakhir. Alhamdulillah. Moga mudah semuanya. 


‘Tekun’ menyiapkan worksheets. Di rumah dan kampung













MIQDAD: APPOINTMENT DI KLINIK OFTALMOLOGI

Pada 1/3/18, aku dan suami membawa Miqdad ke klinik oftalmologi di HRPZ, Kota Bharu untuk memenuhi temujanji Miqdad. Selepas operation mata Miqdad pada 14/12/17, kini tibalah harinya untuk dibuang tiub kecil di dalam mata Miqdad.

Kami datang ke hospital seawal jam 8 pagi untuk membuat pendaftaran. Klinik masih lengang dan masih belum dipenuhi dengan pesakit lain. Ingatkan, dapatlah jumpa doktor lebih awal dan boleh cepat balik ke rumah. Tapi rupanya tidak juga. Agak lama dan agak jemu menanti, dari jam 8 hinggalah jam 11 pagi, barulah nama Miqdad dipanggil. Ketika itu Miqdad yang tadinya lena sebentar sudah bangun dan sudah mula meragam. Dipangku meronta, diletak juga menangis. Dah lapar dan bosan agaknya berada lama di situ. Tapi apa boleh buat.

Sebaik nama Miqdad dipanggil, kami terus masuk ke dalam bilik doktor yang bertugas. Kali ini dengan doktor lain, yang belum pernah kami berurusan. Dia bertanya hal Miqdad dari awal hingga akhir. Doktor ini juga yang membuang tiub di dalam mata Miqdad. Miqdad dibungkus dengan kain dan dipegang kedua tangannya. Dia menangis dan cuba meronta. Sedikit ubat bius dititis ke dalam matanya, dan dengan mudah doktor menarik keluar tiub halus berukuran lebih kurang 3cm (agak-agak je). Bungkusan kain dibuka, dan aku memangku Miqdad yang masih dalam tangisnya. Kesian Miqdad. Masih fobia agaknya. Namun Alhamdulillah selesai sudah urusan Miqdad. Miqdad perlu hadir satu lagi temujanji 4 bulan yang akan datang. Semoga itu adalah temujanji terakhir Miqdad di klinik ini. Insya Allah.

14/12/17-1/3/18, lebih kurang 2 bulan setengah masa berlalu. Teringat ummi pada kejadian cemas itu. Ummi tak lepas dari rasa sedih dan rasa bersalah. Dari detik ia terjadi, hingga detik melihat wajah Miqdad selepas pembedahan dan hari-hari yang seterusnya. Allah merawat hati ummi dengan kasih sayangNya. Allah kembalikan kesihatan mata Miqdad dan tidak meninggalkan sedikit pun cela. Tak tahu bagaimana ummi nak luahkan. Betapa hebatnya kasih Allah pada kita. Allah menguji, dan Allah merawat keresahan hati. 

Syukur pada Allah yang Maha Kuasa. Namun pada Miqdad, tetap ummi ingin nyatakan, maafkan ummi! Atas segala kesakitan yang Miqdad terpaksa tanggung, maafkanlah Ummi yang gagal menjaga dan melindungi :,( Ummi sayang Miqdad. Dan sayang semua anak ummi. Baik-baiklah semua ya. Tak sanggup ummi nak melihat situasi yang seumpama itu lagi.

Ya Allah. Lindungilah Anas, Mussaab dan Miqdad. 
Aameen.



Miqdad yang masih ceria dan lincah bermain di jam pertama di klinik.


Abi juga kebosanan menanti. 2 kali turun naik untuk isi syiling di meter parking :)