Monday, 15 February 2016 0 comments By: Naemah

DI RUMAH BARU INI



Sudah berada di bulan Februari 2016. Hampir 2 bulan sudah kami sekeluarga bermastautin di rumah sewa baru yang bertempat di Semenyih.

Alhamdulillah anak anak lebih suka dan lebih bebas bermain di sini. Rumah juga lebih besar dan selesa. Pastinya ada sedikit perbezaan buat kami.

Di sini jiran kebanyakannya melayu, tak seperti dulu yang kebanyakannya india. Baru berkenalan dengan jiran depan rumah. Jiran kiri dan kanan masih tak bertegur sapa. Maklum saja, masing masing pasangan yang bekerja. Awal pagi sudah keluar, malam baru balik rumah. Memang belum ada kesempatan untuk kenal. Di hari minggu pun agak sukar untuk berkebetulan jumpa kat luar rumah. Insya Allah, suatu hari nanti diizinkan Allah untuk berkenalan dengan jiran kami ini.

Di rumah baru ini juga aku dan suami mula mengajar anak anak untuk tidur di bilik sendiri. Dah siap belikan katil buat Anas dan Mussaab. Masih belum biasa, dan perlu banyakkk bersabar. Malamnya memang akan tidurkan mereka di katil masing masing sebelum aku masuk tidur. Tapi kadang kadang terjaga dari tidur Anas dah ada di tepi di dalam bilik kami. Hampir setiap malam meskipun dah dipesan setiap malam juga. Yang adiknya pula, akan terjaga 2-3 kali satu malam, menangis dan minta disusu. Maka kerapkali juga la berulang ke bilik mereka untuk tidurkan si kecil. Sabar jelah... Insya Allah mereka akan jadi biasa dengan bilik mereka nanti. 

Di rumah ini juga suami decide untuk memelihara kucing. Kucing parsi betina yang berusia 2 bulan menjadi pilihan suamiku. Mulanya agak berat untuk aku bersetuju dengan permintaannya, tapi tengokkan kesungguhan suamiku, dan disokong pula oleh Anas, aku akhirnya bersetuju. Masih dalam tempoh nak membiasakan diri dengan kehadiran si comel ini. Semoga ianya dapat dijaga dengan baik. Risau juga, dulu pernah bela arnab tapi tak lama bila ditakdirkan arnab itu mati :,(
Semoga Allah menjaga si comel yang diberi bama Olly ini.

Di sini juga, tahun baru dan di rumah baru ini aku ditakdirkan hamil lagi selepas mengalami keguguran pada bulan Disember 2015. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan hanya padaNya. Kini kandungan masuk minggu ke 6. Tak dinafikan, rasa risau dan bimbang itu tetap ada di hatiku mengenangkan pengalaman lepas. Namun, hanya pada Allah aku berserah dan berdoa. Semoga ini rezeki buat kami. Sesungguhnya aku rindu untuk hamil dan melahirkan si comel lagi :) insya Allah.

Itu saja antara coretan sepanjang di tempat baru ini. Masih terlalu baru di taman pelangi semenyih 2 ini. Tapi aku sukakannya. 

Dah agak lama tak update blog ni. Bila dah berhenti, terasa malas pula nak menulis. Insya Allah cuba gagahkan dan rajinkan diri. Tulis yang baik baik dan bermanfaat :)

Insya Allah


Thursday, 4 February 2016 0 comments By: Naemah

I LOVE U

I love you

Saying those words sincerely in the beginning of a marriage is easy. It is new and exciting. You are with your newly-wedded spouse and you are happy.

Give it a few years.

After all the bad habits pop up and after all the fights break out, it is not as easy to say those words anymore.

But that is when those words matte the most.
If you can still say those words, after all those years being together, then you have truly learned what is true love and how to love.

Happy old couples don’t stay together because they don’t fight. Happy old couples don’t stay together because they their physical beauty last. Happy old couples don’t stay together because they’re both angels.

Happy old couples stay together because despite what they know about each other and despite all the good, the bad and the ugly that they have witnessed in each other, they still say, “I love you”.

And they mean it


Aiman Azlan
Tuesday, 26 January 2016 0 comments By: Naemah

GOOD BYE RIA PRIMA APARTMENT

Apartment Ria Prima tempat mastautin kami sekeluarga selama setahun. Bermula Januari 2015 hingga Disember 2015. 

Hari ini apartment itu sudah kami tinggalkan. Walaupun cuma setahun, tetap menyimpan kenangan yang banyak buat kami. Terutamanya buatku dan anak anak memandangkan masa kami lebih banyak di apartment ini berbanding suamiku yang banyak di tempat kerjanya.

Di sini, Anas membesar sebagai kanak kanak berusia 3 tahun dan di sini dia belajar banyak perkara dari hafazan, baca quran, reading, lukisan, belajar tentang 4 seasons, vehicles, planets, weather dan banyak lagi. 

Dan di sini, Mussaab memulakan usia di umur 1 tahun dan riang bermain dan belajar bersama along. Dari cakapnya pelat tak difahami, kini lebih bijak menyusun kata. Apa yang along belajar, adik juga belajar sama. 

Dalam setahun di sini, stadium kajang menjadi tempat riadah kami yang kerap dikunjungi. Sesekali ke restoren sate kajang yang letaknya bersebelahan dengan stadium. Selain itu, kerap juga ke Taman Tasik Perdana walaupun letaknya agak jauh dari rumah. Antara lain, kami juga ke icity shah alam, ioi mall, putrajaya, taman pertanian, planetarium, dll.

Di sini juga kami kerap berbelanja di Diy (metro kajang) dan pasaraya Mydin jalan semenyih atau Tesco kajang.

Itu antara kenangan sepanjang tinggal di apartment ria prima. Boleh dikatakan kerap keluar, ketika suamiku ada di rumah dan sepanjang masa berkurung ketika suami bekerja nun jauh di lautan :)

Kenangan di sini akan tetap tersimpan rapi di ingatan. Ia pengalaman buat pertama kali tinggal di rumah jenis apartment dan pertama kali juga berjirankan bangsa india :)







KAJANG-SEMENYIH

Dah masuk tahun baru 2016. Dah lama juga tak update blog ni. Awal tahun yang agak busy, kerana bulan ini berpindah rumah lagi. Dari Kajang, kini kami bermastautin di Semenyih pula. 

Sebenarnya urusan pindah barang masih belum selesai. Angkut sikit demi sikit dengan kereta. Bawa barang yang penting dulu, dan tinggal yang berat untuk diangkut dengan lori. Kajang- Semenyih tak jauh sangat. Dalam 10km saja jarak rumah lama dan rumah baru. Jadi, tak sukar untuk ulang alik. Pun begitu, agak memenatkan juga. Kesian suamiku, dia jugalah yang paling banyak buat kerja mengangkut.

Alhamdulillah kini tinggal di rumah yang lebih besar dan selesa. Anak anak seronok di rumah baru kerana bebas bergerak dan berlari di dalam rumah. Dari apartment, ke rumah teres 2 tingkat pula. Pasti banyak bezanya. 

Berpindah ke rumah baru ini juga, menyebabkan banyak keperluan rumah yang terpaksa kami beli memandangkan rumah sebelum ini fully furnished, dan rumah sekarang unfurnished. Banyak juga la keluar duit untuk urusan pindah rumah kali ni. 

First time ke Ikea Damansara membeli keperluan rumah kami. Dari meja makan, perkakas dapur, hingga ke set bilik tidur anak anak. Banyak berhabis di sini. Kesian suamiku :)

Semoga kehidupan kami di sini akan lebih baik. Semoga dapat berkenalan  dan mesra dengan jiran jiran juga. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aameen



JANUARI YANG BUSY

Januari 2016 memang bulan yang sangat busy buat kami sekeluarga termasuk anak anakku :)

Pertamanya, dah tentu kerana urusan pindah rumah kami yang baru selesai. Barang barang sudah habis diangkut, tinggal nak berkemas kat rumah baru ni je... Rasanya barang tak banyak sangat. Tapi agak memenatkan juga. 

Dalam bulan ini juga kami sibuk mencari barang keperluan rumah memandangkan rumah baru kami ini unfurnished. Ke ikea membeli meja makan, katil dan almari anak anak, meja belajar, rak tv dan dapur, dan lain lain. Dek kerana banyak keluar, aku juga kurang masuk dapur bulan ni. Tak masak sangat sebab banyak makan kat luar :)

Dalam sibuk dan penat, sempat juga kami pulang ke kampung menjenguk orang tua dan adik beradik. Kebetulan abang iparku sedang dirawat di hospital USM, kami pergi menjenguknya dan tak lupa mendoakan kesihatan buatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan menanggung. Semoga diberi kesihatan buat abang din dan semoga diberikan kekuatan serta ketenangan buat kak za yang tabah dan setia di sisi suaminya. Pasti ada hikmah di sebalik ujian ini. Juga peringatan dan muhasabah buatku dan semua yang masih sihat. 

Hingga akhirnya pada 23/1/12 urusan rumah sewa selesai. Kunci rumah lama diserahkan kepada tuan rumah, dan kami  kini menetap di rumah sewa baru di Taman Pelangi Semenyih 2. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat berehat sedikit, walaupun barang barang masih tak tersimpan dengan sempurna. Nak kemas dan susun balik, pasti agak mengambil masa juga. Takpelah, perlahan lahan... 

25/1, mak mertua datang bertandang. Kebetulan nak daftarkan adik ipar yang bongsu tu di UIA pada keesokan harinya. Mak tinggal di rumah kami untuk beberapa hari sebelum terbang pulang ke kota bharu. 

Di akhir januari ini juga, suami dan anak anak demam pula. Sekali selesema dan batuk batuk. Masing masing letih dan tak bermaya. Mungkin kerana cuaca yang agak panas sekarang ni. 

31/01, kami sekali lagi pulang ke kampung. Bertolak jam 6 petang dari Semenyih dan tiba di kampung legeh jam 2 pagi. Sekali lagi berjalan jauh, dalam keadaan anak anak masih kurang sihat. Semoga Allah memberikan kesihatan buat kami sekeluarga. Kata suamiku, nak ambil udara segar di kampung. Insya Allah akan kembali sihat semuanya. 

Itulah dia cerita sepanjang Januari ini. Agak memenatkan dan jarang lekat di rumah. homescooling Anas pun entah ke mana. hafazan juga terhenti seketika. insya Allah ummi akan buat schedule baru untuk tahun 2016 ini. 


Saturday, 16 January 2016 0 comments By: Naemah

SUAMI DAN ISTERI

Suami dan isteri,
Memikirkan betapa singkatnya waktu,
Memikirkan ajal yang bakal menjemput,
Mungkin aku yang pergi dulu, 
Atau mungkin dia...

Tidak tahu berapa lama lagi akan hidup bersama,
Tidak pasti siapa yang akan meninggalkan siapa,
Yang pasti, isteri mahu pergi dalam keredhaan suaminya,
Suami mahu pergi dalam keadaan sudah melaksanakan tanggungjawab
 dan amanah Allah dengan sebaiknya..

Ketahuilah, hidup ini terlalu singkat,
Untuk terus bersengketa dan bermasam muka,
Untuk biarkan salah sangka melunturkan cinta..

Entah esok masih punya waktu lagi,
Untuk suami dan isteri jalani hidup bersama,
Saling bergurau senda dan mengukuhkan cinta..

Entah.. Tak siapa tahu
Entah berapa lama lagi...

Hargailah selagi ada..


Sunday, 3 January 2016 0 comments By: Naemah

TAHUN BARU: 2016




Selamat tahun baru 2016 kepada semua. Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk terus  melangkah di tahun baru ini, yang pasti punya pahit dan manisnya tersendiri. Semoga akan terus melangkah gagah di tahun baru ini.

Azam tahun baru??
Pastinya mahu menjadi yang lebih baik dari tahun lalu. Menjadi isteri dan ibu yang membahagiakan suami dan anak anak, menjadi hamba Allah yang taat dan lebih berusaha mencari keredhaanNya. Insya Allah..

Tahun ini berpindah rumah lagi. Dari Kajang ke Semenyih pula :) insya Allah ini rumah sewa terakhir sebelum dapat tinggal di rumah sendiri yang masih belum siap. Insya Allah.. Andai diberi usia lagi di masa yang mendatang. 

Tahun ini, Anas berusia 4 tahun dan Mussaab pula 2 tahun. Dah besar anak anak ummi :) Alhamdulillah syukur di atas anugerah tak ternilai ini. Syukur ada mereka yang sering menghiburkan hatiku..

Usia perkahwinan juga baru menjengah 5 tahun. Alhamdulillah dan syukur atas ikatan cinta ini. Aku dan dia masih bersama, saling mencintai dan berusaha menjadi pasangan yang terbaik dan membahagiakan. Semoga Allah panjangkan jodoh ini hingga ke syurgy. Ameen...

Semoga di tahun baru ini, kita akan terus diberi kekuatan dalam menempuh segala ranjau dan duri. Semoga dipermudahkn segala urusan. Aameen