Thursday, 19 November 2026 By: Naemah

KEPUTUSAN PSRA ANGAH

Bulan Februari 2026, Angah terima result UPKK . Alhamdulillah 9A menjadi milik Angah. Ummi bersyukur, gembira dan sudah tentunya bangga. 


Bulan September 2026, Angah menghadapi PSRA pula. Dan hari ini, 19 November 2026, hari keputusan PSRA diumumkan. Lepas dengar sepintas lalu live di facebook JAIS, kemudian ibubapa dapat membuat semakan keputusan anak-anak secara online sekitar jam 12.30pm. Macam biasa, waktu ni anak-anak masih kat sekolah. 


Hari ini ummi tak berdebar sangatlah. Mungkin sebab puasa, rasa lemah semacam. Lagipun ummi dari awal dah bersedia dan terima saja apa saja keputusan Angah. Bagi ummi, antara 2 jelah. Kalau tak Mumtaz, Jayyid Jiddan! Walau hakikatnya ummi mendoakan Angah dapat Mumtaz.


Alhamdulillah, lancar saja masa buat semakan tadi. Angah berjaya dapat Jayyid Jiddan. Tak ada rezeki Mumtaz, tapi tetap Alhamdulillah! Itulah yang terbaik dari Allah untuk Angah. Dan Angah dapat tahu result bila balik dari sekolah pagi. Reaksi Angah tetap biasa-biasa. Tak excited, tak juga kecewa. Terima seadanya, kan!


Tapi andaikata Angah kecewa, sikit pun tak salah! Itu satu perasaan yang biasa dan semua orang akan rasa dalam fasa kehidupan masing-masing. Namun belajarlah untuk tetap terima segala ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas dan reda. Biar ia jadi pembangkit semangat untuk Angah terus berusaha dan mencuba lebih baik di masa akan datang. Kerana di depan hari, banyak lagi exam dan ujian yang Angah akan hadapi. Ummi akan sentiasa mendoakan kejayaan Angah.


Untuk PSRA ini , TAHNIAH ummi ucapkan buat Angah yang dah cuba yang terbaik. Jayyid Jiddan tu pun dah ok sangat! Ummi tetap bangga dengan Angah.


Tak lupa terima kasih buat ustaz ustazah SRIPN yang bertungkus lumus mengajar dan memberikan yang terbaik buat studentnya. Allah saja mampu membalas. Semoga Angah juga tak lupa mendoakan kebaikan buat guru-guru yang telah mendidik Angah tanpa jemu. 


Maka ini juga hari-hari terakhir Angah di SRI Permata Nusaybah setelah 6 tahun menjadi penuntut di sini. Banyak ilmu yang telah dikutip. Semoga kekal di dada dan dapat dimanfaatkan di hari-hari mendatang. Insya Allah.


Tahniah sekali lagi, Angah!

Semoga langkah ke depan lebih baik dan lebih cemerlang. Ameen.  


Ummi tak sempat siapkan kad untuk Angah seperti sebelum-sebelum ni. Sebab result pun dah keluar lambat. Dah dekat waktu Angah balik sekolah. 




Simpan sini;

RESULT UPKK ALONG

RESULT UPKK ANGAH

RESULT PSRA ALONG




0 comments:

Post a Comment