Saturday, 7 November 2026 By: Naemah

CUTI DEEPAVALI-KAMPUNG MENJADI TUJUAN


Bermulanya cuti sempena Deepavali pada 7-10 November 2026. Alhamudulillah, inilah peluang untuk balik kampung. Abi pun ada, maka kampunglah tujuan utama kita.


Tapi cerita balik kampung kali ni sedikit berbeza. Abi balik dulu dengan Anas, Mussaab, Miqdad dan Nuha pada hari Khamis (5 November), bergerak selepas tunaikan solat Maghrib. Miqdad dan Mussaab ‘dicutikan’ esok harinya. Abi sengaja nak balik awal untuk elak kesesakan di jalan. 


Manakala ummi dan Suri, balik kampung menaiki bas pada 7 November. Sebabnya, Suri tak nak balik awal, nak join sambutan hari kanak-kanak di sekolahnya. Terpaksa la ummi tunggu dia. Terpaksa la, Abi beli tiket bas untuk ummi dan Suri. 


Semalam, menempuh perjalanan yang panjang bersama Suri. Naik bas di Hentian Kajang pada pukul 9 pagi, dan menempuh kesesakan di jalan, dan akhirnya tiba di Kota Bharu pukul 8.30 malam. Hampir 12 jam perjalanan. Penatnyaaa…


Dan hari ni berkumpul di rumah nenek dengan suasana yang amat meriah. Hampir semuanya ada. Yang paling jauh, dari Sarawak pun balik bercuti. Masing-masing dah tentulah enjoy dapat bertemu sepupu semua. Memang saat-saat yang dinantikan. 


Nanti akan ke rumah mek pula. Cuti tak lama pun. Lepas tu akan bergerak balik ke Semenyih semula. Banyak lagi hal kat sana. Belum cuti sekolah lagi. Tak boleh balik kampung lama-lama. Insya Allah next month balik lagi, bila cuti akhir tahun dah bermula.


Alhamdulillah untuk kepulangan hari ini. Dapat ziarah bonda yang masih ada, biarpun dalam keadaan uzur. Semoga Allah rahmati sentiasa mek dan nenek. Dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang ramai. Juga satu rahmat. Terima kasih ya Allah. 


Semoga cuti Deepavali ini memberi maknanya yang tersendiri. Bukan sekadar perjalanan pulang ke kampung, tetapi tentang kesempatan untuk kembali kepada akar, bertemu insan tersayang dan menghargai waktu yang masih Allah pinjamkan.



Sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah bertemakan ‘Kampung People’


Tunggu grab untuk ke Hentian Kajang



Bas Sani Express (Kajang-Kota Bharu)



0 comments:

Post a Comment