Kini berada di bulan Jun 2026.
Terimbas kembali kenangan Jun 2022. 4 tahun dah berlalu. Detik aku berdepan dengan ujian ‘sakit’ hingga perlu dirawat di hospital, perlu menjalani pembedahan, dan terpaksa berjauhan dengan anak-anak untuk beberapa hari. Perit rasanya ujian itu.
Lepas sakit tu, keadaan aku jadi lebih baik. Sebab sakit tu beri banyak pengajaran, terutamanya bab kesihatan diri yang perlu dijaga dan dihargai.
Sebelum sakit, memang berat badan ni tak terkawal. Makan berselera, apa adanya. Boleh telan semua. Tambahan pula sebelum tu PKP berbulan-bulan. Duduk rumah saja, bergerak dalam rumah saja. Mana tak ‘sihat’nya badan ni.
Lepas sakit, masa tu juga dapat tahu ada kencing manis (dengan hba1C 9), dah start kena makan ubat kencing manis. Memang lepas tu jaga betullah makan. Diet sihat, berat badan banyak turun, bacaan hba1C semakin baik dan baik, sampai tahap selamat untuk mengandung semula. Masa tu seronoknya rasa, boleh konsisten jaga diet, berat badan turun, badan rasa ringan.
Dan kemudian Allah takdirkan diri ini mengandung lagi. Mengandung yang Alhamdulillah mudah dan tak bermasalah sampailah lahirnya si bongsu ini.
Dan lepas tulah, aku di’uji’ lagi. Lepas bersalin, tiada disiplin lagi dalam berdiet. Dengan menyusu badan, lepas tu ambil suntikan perancang pula, rasa lapar tu jadi lebih kerap. Portion makan dah tak terkawal lagi. Makan tak beringat!
Setahun pertama lepas bersalin, berat dah makin naik walaupun beberapa kg sahaja peningkatan. Masuk tahun kedua, makin laju dan banyak naiknya. Hampir nak kembali ke zaman berat sebelum sakit dulu (ataupun dah memang sama).
Dan yang menyedihkan juga, bacaan hba1c pun dah start naik sikit demi sikit sejak bersalin. Kini dah lepas border ‘selamat’ dah walaupun jauh lagi dari bacaan masa mula-mula dapat kencing manis dulu.
Bukan tak ada cubaan berdiet, masalahnya tak berjaya. Tak mampu konsisten dan berdisiplin dalam bab makan, macam dulu. Tak mampu dah…
Ya Allah, risau sangat diuji dengan masalah kesihatan lagi. Usia pun makin bertambah. Kalau sendiri tak mampu nak jaga diri, siapa lagi nak tolong jagakan. Tak ada siapa.
Semangat datang dan pergi. Awalnya memang semangat nak jaga makan. Dah jumpa makanan, jadi lupa diri. Padahal bukanlah jenis yang suka kejar makanan viral. Tapi tulah.. sentiasa kalah dalam bab makan. Cenderung itu ambil lebih. Itulah punca utamanya
Jun ini, ketika hati diingatkan lagi dengan pengalaman sakit dulu, datanglah balik semangat nak berdiet macam dulu. Nak kurus macam dulu, nak sihat macam dulu.
Semoga Allah kentalkan hati ini. Tak salah menyimpan azam lagi, walaupun sering saja kecundang. Tak salah ingin terus mencuba, walaupun sering sampai separuh jalan saja.
Mudah-mudahan akan sampailah waktunya nanti, diri ini tak kalah lagi dengan ‘nafsu’ yang membawa kepada kemudaratan diri.
Dan Jun ini juga, merupakan bulan kelahiranku. Dah nak masuk 41 tahun.
Kepada yang membaca hingga ke titik ini; TOLONG DOAKAN AKU SIHAT-SIHAT SENTIASA.
0 comments:
Post a Comment