Pada 2 Syawal 1447H menerima kehadiran ahli keluarga baru melalui perkahwinan Fakhri (anak saudara) dan Layla.
Dah lama tak ada majlis besar dalam keluarga ini. Dah banyak tahun tak menerima menantu. Yang terakhir dulu (Abrar), kini dah 2 orang anaknya. Selepas itu ahli keluarga bertambah hanya melalui kelahiran, seorang demi seorang. Alhamdulillah, setiap tahun ahli keluarga tetap bertambah.
Dan tahun ini seorang lagi menamatkan zaman bujang. Masih ramai yang beratur di belakang. Insya Allah akan sampai jodohnya, pada masa yang setepatnya.
Tahniah buat Fakhri dan pasangan, Layla atas ikatan pernikahan yang direstui kedua belah keluarga. Semoga Allah memberkati ikatan yang terjalin. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Ameen.
0 comments:
Post a Comment