Sambungan dari catatan lepas:
SETAHUN MENGAMBIL SUNTIKAN PERANCANG
Kini anak yang kecil tu sudah pun berusia 2 tahun 1 bulan. Juga bermakna dah hampir 2 tahun mengambil perancang keluarga (kaedah suntikan/depo). Suntikan pertama ialah pada 6/5/2024.
Setahun yang lepas, dan kini dah sudah hampir 2 tahun berlalu, ada catatan yang berbeza.
Berat badan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah hakikatnya. Huhu.
Bayangkan, masa mula-mula ambik depo ni berat hanyalah 62kg. Selepas setahun, berat naik kepada 64 kg, lebih kurang 2kg sahaja berat bertambah. Dan kini, 2 tahun kemudian berat antara 67-68kg. Lebih kurang 6kg peningkatan berat badan.
Sebelum ni, tak nak kaitkan sangat pengambilan perancang dengan berat badan. Tapi bila baca-baca balik dari penulisan di internet, ianya boleh dikatakan ada kaitannya.
Katanya, sebab suntikan depo ni mengandungi hormon progesteron yang boleh menambahkan selera makan (cepat lapar dan makan lebih dari biasa), menyimpan lemak lebih mudah (terutama di bahagian perut, pinggul dan paha) dan menahan air dalam badan (kadang berat naik kerana air, bukan lemak). Begitulah yang aku baca.
Makanya, kembali kepada ‘aku’- memang sentiasa berselera makan. Makan memang dah tak bersukat, sejak lahirkan yang kecil tu. Bab selera makan ni memang ‘punca’ utamalah berat naik sampai 6kg dalam tempoh ambil suntikan ni.
6kg kenaikan badan ni masih dikatakan normal, namun jika naik sehingga 8-10kg atau lebih, itu hal yang perlu diberi perhatian lebih (mungkin perlu tukar kepada kaedah merancang keluarga yang lain)
Maka langkah yang dicadangkan untuk mengawal berat badan ialah dengan mengawal portion nasi yang diambil (kurangkan dari biasa), banyakkan minum air kosong (jika lapar try minum air dulu, bukan terus makan), lebihkan makanan yang tinggi protein supaya cepat kenyang, dan berjalan sekitar 20-30 minit sehari (aktif bergerak).
Period
Sebelum ni juga dah tulis tentang haid yang dah tak teratur macam sebelum ambil perancang. Dan ianya masih berlanjutan seperti itu, malahan haid semakin jarang datang. Boleh dikatakan dalam tempoh 3 bulan (dari satu suntikan ke suntikan seterusnya), sekali je datang period. Hari tu period bulan November (5 hari period), then next pada bulan Mac (3 hari sahaja period)- hanya sekadar spotting (sangat sedikit darahnya).
Dan itu juga normal untuk yang mengambil suntikan perancang. Ianya kesan biasa depo, dan bukan sesuatu yang bahaya. Jadi tak perlu risau. Tapi jika sebaliknya, jika berlaku pendarahan yang terlalu banyak atau sakit perut yang teruk, itu dah dikira tak normal dan perlu dapatkan nasihat atau rawatan.
Itulah saja 2 hal yang aku nak highlight kat sini selepas 2 tahun mengambil suntikan perancang keluarga. Masalahnya sekarang ialah pada ‘berat badan’ yang rasanya perlu sangat diambil perhatian supaya tak mengundang kepada penyakit yang lain. Berat badan yang bukan saja perlu dikawal, tapi perlu dikurangkan banyakkk untuk dapat BMI yang ideal. Aduhai… mampukah aku?
2 tahun berlalu. Masih dengan kaedah perancang keluarga yang satu ini. Belum rasa nak stop atau nak tukar. Apapun, tetap perlukan nasihat dari yang pakar bagaimana nanti yang akan datang. Untuk yang sekarang, boleh dikatakan ‘normal’ saja walau dengan pertambahan berat badan ini,dan period yang hanya datang sekali sekala.
Semoga diri ini mampu menjaga kesihatan dengan lebih baik. Sungguh, ia perlu kepada azam dan disiplin diri untuk menjaga badan sendiri. Takde sapa boleh tolong…
0 comments:
Post a Comment