Satu post sebelum beraya :)
Alhamdulillah dah sampai kampung pada 17/3/2026 (27 Ramadan 1447H). Sehari awal dari cuti sekolah. Anak-anak terpaksa ‘cuti’ sehari demi nak elak jem, dan untuk spend lebih masa kat kampung sebab nanti terpaksa balik awal juga ke rumah (abi dah nak kerja).
Alhamdulillah dah berbuka di rumah mek (27 Ramadan) dan dah berbuka di rumah nenek (28 Ramadan). Hari ini menyambung puasa (29 Ramadan) di rumah nenek juga. Mungkin hari terakhir puasa, mungkin juga tidak. Sama-sama kita tunggu pengumuman malam ini.
Hari ni abi dah ready nak bakar lemang. Semalam dah siap cari buluh, potong dan siap cuci. Nenek pun dah siap rendam beras pulut pagi tadi. Santan dah beli, tempat bakar lemang dah siap set up, tinggal nak isi beras dan bakar je. Insya Allah, menjadilah lemang raya tahun ni.
Kat rumah nenek tahun ni tak ramai yang balik beraya. Hanya family kita yang ada setakat hari ni. Maybe akan balik nanti family Mak Long dan Mak Ngah. Sebab tahun lepas semua dah beraya kat sini (kecuali family kita yang tak dapat balik), tahun ni giliran beraya di rumah keluarga mentua masing-masing pula. Ada yang balik KL, ada yang beraya di Sarawak, ada yang beraya di Negeri Sembilan, dan ada di Kelantan juga. Sebab adik beradik ramai (10 orang), masih tetap ada yang beraya bersama nenek, walaupun tak ramai.
Hari ni tentunya dalam keadaan tertanya-tanya ‘adakah esok raya’? Banyak suara yang menyatakan kemungkinan esok dah raya. Cuti sekolah pun diawalkan sehari. Tapi tak kisah la, raya esok atau lusa, tetaplah kita akan beraya juga. Insya Allah raya kita tetap bermakna juga.
Hari ni kita cuba berpuasa sebaiknya. Jika hari ini yang terakhir, moga hari ini adalah yang terbaik yang mampu kita buat. Semoga Allah terima puasa kita dan segala amalan kita. Ameen.
0 comments:
Post a Comment