Sudah menjengah 23 Ramadan. Cepat sungguh masa berlalu. Dah nak raya.
Ummi pun kurang mood nak menulis di sini. Jalani hari biasa, rutin biasa. Alhamdulillah syukur, abi ada banyak masa bersama sepanjang Ramadan ini. Hanya seminggu pertama saja ummi agak sibuk dengan tugas hantar dan ambil anak-anak sekolah. Dengan jadual balik sekolah yang sedikit berubah sepanjang Ramadan ini, dan ada pula yang bertembung waktu yang sama, agak penat juga la nak mengejar masa. Nak sediakan juadah berbuka lagi.
Tapi itu untuk seminggu pertama saja. Bila abi dah balik, ummi duduk rumah sajalah pada kebanyakan masa. Abi urus pengangkutan sekolah anak-anak dari pagi hingga petang. Juadah berbuka pun kadang-kadang abi masakkan juga. Dan kadang-kadang beli juga di luar. Pendek kata, banyak rehatlah ummi, bila abi ada. Alhamdulillah.
Bab puasa anak-anak lelaki, takde masalah sebab dah besar semua. Cuma part nak kejut sahur tulah menguji sabar sikit. Suri pula, dah puasa 21/23 hari. Alhamdulillah untuk tahun pertama percubaan, walau kadang dalam keadaan paksa rela. Moga ini jadi latihan untuk Suri jadi lebih bertahan untuk tahun-tahun seterusnya, insya Allah.
Alhamdulillah, setiap malam juga anak-anak akan ikut abi berterawih di surau atau masjid. Suri pun kerap ikut juga. Ummi je yang tak ikut sekali. Solat kat rumah je. Insya Allah bila Nuha dah besar sikit, dah boleh behave kat surau, ummi akan join sekali. Tahun depan mungkin!
Bermula 10 Ramadan terakhir ini abi beriktikaf di masjid Bandar Rinching. Keluar rumah 3-4 pagi, lepas Subuh baru balik dan siap hantar anak-anak ke sekolah. Alhamdulillah, abi ada peluang untuk semua itu kerana belum dipanggil bekerja.
Cuti raya pun dah hampir. Minggu ni dah tamat. Minggu depan 2 hari saja sekolah, dan kemudian akan balik kampung meraikan Aidilfitri bersama keluarga.
Semoga Allah permudahkan urusan kita. Kuatkan kita meneruskan puasa yang berbaki tak lama, bimbing kita dalam memperbaiki ibadah dan beroleh ganjaran istimewa lailatul qadar, dan semoga kita dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama-sama ahli keluarga seluruhnya. Ameen.
0 comments:
Post a Comment