Saturday, 3 November 2018 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 031118




Hari ke-3 abi di Bintulu. Abi masih di laut, masih belum selesai kerjayanya. Hari ini juga hari minggu, Anas dan Mussaab tak bersekolah. Semuanya bangun lewat sedikit berbanding hari biasa. Mussaab yang pertama bangun ketika ummi sedang solat. Kemudian Anas dan Miqdad. Semua mandi dan siap berpakaian. Turun ke bawah, Anas leka sebentar mengexplore ‘Google Earth’ dalam hp ummi. Anas dan Mussaab makan biskut sementara ummi masak bihun goreng. Kemudian Anas buka tv, menonton video ‘country ball’ pula. 


Breakfast jam 8.30 pagi. Agak lambat, semuanya dah kelaparan dan makan berselera. Lepas makan, masing-masing buat hal dan aktiviti sendiri. Anas melukis, Mussaab menulis, Miqdad ‘membaca’. Pilihan masing-masing. Ummi kemas dulu apa yang patut.


Jam 9.30, sama-sama buat aktiviti membentuk vehicles menggunakan paper crafts yang dibeli di Mr Diy. Agak mencabar juga, nak lipat, nak gam semua. Miqdad pula asyik nak ‘tolong’ sama. Bila dah dapat yang siap dia main sampai rosak dan koyak. Hai. Sabar jelah. Mussaab yang paling tekun membuat vehicle pilihannya. Sekali, Miqdad rosakkan terus diterkam dan digigitnya Miqdad. Menangis keduanya. Ummi angkat Mussaab dan tenangkan Mussaab. Ummi minta Anas pujuk Miqdad yang menangis teresak. Kesian keduanya, ummi tahu Mussaab dah penat buat. Miqdad pula pastinya tadi terkejut dengan respon Mussaab, dan sakit digigit Mussaab. Bila Mussaab dah tenang ummi dukung dan susukan Miqdad yang masih teresak menangis. Alhamdulillah ummi masih boleh tenang, masih boleh nasihatkan Mussaab dengan baik, lepas satu part kekecohan pagi ini ,:) Mussaab meminta maaf dan memeluk Miqdad. Mussaab ‘ redha’ vehicle yang dia buat dah rosak :) Mussaab ambil kertas kraf yang lain pula dan menyambung aktiviti.


Anas kurang berminat untuk buat bersama sebab dia rasa susah, selalu tak menjadi. Anas siapkan 2 page latihan mental Arithmetic. Mussaab cuba pujuk Miqdad dengan membuat lego untuk Miqdad. Lepas tu buka tv, tengok channel Cbeebies sambil menyambung aktiviti. 


Jam 12, ummi memasak. Mussaab masih tak berganjak dengan aktiviti vehiclenya. Siap tampal pada kertas lagi :) Anas dan Miqdad menonton tv, kemudian Anas juga cuba buat bersama Mussaab.


Jam 12.30, makan tengahari bersama. Ummi suapkan Mussaab dan Miqdad . Semuanya makan berselera. Mussaab yang pertama siap, masih ingin menyambung ‘kerja’nya. Anas dan Miqdad juga siap makan, menonton dan membuat hal masing-masing.


1.30, naik ke atas. Ummi solat , Anas dan Mussaab menyambung lagi aktiviti tadi di atas pula. Paper craft masih berbaki. Nak siapkan semua ni sampai ke petang lah jawabnya. Lepas solat dan tolong Anas dan Mussaab bentukkan vehicle, ummi tidurkan Miqdad dan tidur bersama Miqdad. Anas ambil Hp ummi dan explore apps ‘Google Earth’ lagi. Merata negara dia ‘pergi’ menggunakan apps tu. Dia memang seorang yang suka menghafal peta dunia :D 


Jam 3.30 Mussaab masuk ke bilik, bosan tak tahu nak buat aktiviti apa lagi. Katanya tak ada orang nak kawan dengan dia. Yelah, ummi dan Miqdad tidur, tinggal Anas saja di bawah, mungkin Anas tengah layan video. Mussaab memang tak layan sangat video, apa yang Anas tengok, selalunya tak menepati minat dia. 


Selepas asar ummi turun ke bawah, Miqdad masih lena. Bersepah lantai dengan segala peralatan dan kertas. Gunting, cawan, alat tulis, cebisan-cebisan kertas, gam, pensel, dan segala macam. Rupanya tengah buat aktiviti dua beradik ni. Katanya baru lepas tengok rancangan yang mengajar kraf di channel Cbeebies. Apalagi, terus selongkar cari bahan dan buat macam yang dalam tv tadi. Buatlah nak. Asal bahagia.


Jam 5, Miqdad bangun dan menangis. Ummi bawa Miqdad turun. Miqdad join sekali abang-abang. Mussaab yang tadinya buat pencil case, sekarang dah tukar jadi roket pula. Mussaab yang kreatif dan sukakan aktiviti, apa pun boleh jadi. Sampai Anas pun minta dia buatkan untuknya juga. Lepas tu Miqdad juga nak. Siap 3 buah roket hasil tangan Mussaab. Rumah dah bersepah macam apa dah. 


Jam 6.30, makan sama-sama. Lepas tu kemaskan apa yang sempat saja, azan Maghrib dah berkumandang. Abi ‘menegur’ dari cctv. Abi baru balik dari laut, malam ni bermalam di hotel seperti biasa. Insya Allah esok boleh jumpa abi. Kemudian semua naik ke atas, mandi dan berpakaian.


Lepas ummi solat maghrib, video call pula dengan abi. Berebut semuanya nak pegang Hp. Bercakap dengan abi sekitar 10 minit. Lepas tu tamatkan perbualan dan sambung main. Malam ni ‘bercuti’ tak baca al-Quran, insya Allah malam esok sambung baca lagi. 


Selepas solat isyak, turun ke bawah makan madu. Ummi sapu sampah di lantai, Mussaab kutip lego yang bersepah merata. Dah selesai, semua naik ke atas dan bersedia untuk tidur. Anas dan Mussaab lelap lebih awal, sangat mengantuk langsung tak berehat di siang hari. Miqdad yang terakhir lena. Belum pun jam 9.30, semua sudah hanyut dibuai mimpi. Alhamdulillah :)


Oh ya, hari ni langsung tak keluar rumah. Pintu  berkunci dari semalam langsung tak dibuka. Mungkin sebab cuaca hujan dan sejuk, tak terasa nak keluar rumah. Seharian hanya habiskan masa di dalam rumah. Mana tak bersepah rumah :D


Apapun tetap bersyukur dengan apa yang telah dilalui bersama hari ini. Alhamdulillah Anas, Mussaab dan Miqdad sihat cergas dan ceria saja. Itu sudah cukup membahagiakan ummi. Semoga hari esok tetap akan menjanjikan yang lebih baik untuk kalian. Semoga bermimpi indah semuanya malam ini. Insya Allah esok akan bertemu abi lagi. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kita ini. Aameen 


















0 comments:

Post a Comment