Monday 28 August 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 290817

Hari ini abi terbang ke Bintulu. Anas, Mussaab dan Miqdad berada di kampung, di rumah mek untuk menyambut hari raya Aidiladha. Insya Allah abi akan balik pada hari raya nanti.

Miqdad bangun awal seperti biasa, temankan ummi solat subuh. Lepas ummi solat, susukan Miqdad dan Miqdad lena sekejap. Kemudian masuk ke dapur bersama ummi untuk sediakan breakfast. Abang masih lena. 

Anas bangun jam 7, ummi suapkan Anas dan Miqdad makan nasi. Mussaab juga bangun kemudiannya. Hanya minum susu strawberry dan keropok. Kak zana datang untuk berkawan dengan Anas dan Mussaab. Anas melukis, Mussaab main blocks. Suasana agak kecoh bila abang suka mengusik adik-adik. Miqdad pula tak boleh nak berenggang dengan ummi. Menangis kalau ummi bergerak ke mana-mana. Adoi la.

10 pagi, lepas mandi, Anas dan Mussaab menonton video bersama kak zana. Ummi tidurkan Miqdad dan masak roti cheese untuk Anas dan Mussaab. Miqdad tidur agak lena. Sempat ummi buat kerja yang tertangguh sejak tadi. Mata ummi terasa mengantuk sangat *_* abi masih di dalam penerbangan ke Bintulu.

Jam 11, Miqdad dah bangun. Tak dapat dah ummi nak bergerak bebas. Berkepit dengan Miqdad je. Sambil masak, sambil Miqdad menangis bergantungan di kain ummi. Mencabar betul. Siap makan, suapkan Miqdad, Anas dan Mussaab makan. Kak zana juga makn sekali. Semuanya makan sedikit saja. Lepas makan, kembali menonton video di luar. Abang Faris juga datang. Ummi susukan Miqdad yang masih merengek tak boleh ditinggalkan.

Lepas susukan Miqdad, ummi masuk ke dapur untuk makan. Mencabar juga, Miqdad asyik nak berkepit. Sambil makan, sambil layan Miqdad. Abang-abang leka dengan video dan kawan-kawan. Ummi gorengkan nugget untuk Anas dan Mussaab makan bersama kak zana dan abang faris. 

Ummi solat zohor dan cuba tidurkan Miqdad. Miqdad masih mahu bermain, tapi tak boleh berenggang dengan ummi. Kain yang dibasuh tadi masih belum berjemur. Tak dapat tidak, kena tunggu Miqdad tidur dulu. Tapi ummi dulu yang terlena. Miqdad bermain sendiri, kemudian menangis dapatkan ummi. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad lena akhirnya. Ummi terus bangun dan menjemur kain. Anas dan Mussaab masih menonton video bersama kak zana dan abang faris. Kertas juga bersepah di lantai, sambil menonton sambil melukis juga.

Ummi sambung tidur di sebelah Miqdad. Miqdad terjaga, ummi susukan Miqdad lagi, dan Miqdad tidur bersama ummi. Mussaab juga masuk ke bilik dan tidur.

Jam 4, tinggal Anas keseorangan di luar. Kak Zana dan abang faris dah balik. Anas ambil handphone ummi. Dah bosan, kejutkan ummi bangun. Miqdad dan Mussaab juga bangun. Ummi solat asar. Anas, Mussaab dan Miqdad bermain dan keluar masuk bilik.

Masuk ke dapur untuk makan. Ummi suapkan Anas, Miqdad dan Mussaab. Habis tertumpah makan dan minum. Lepas suap semua, ummi pula makan. Pok muda sampai bersama family. Anas dan Mussaab main dengan sepupu. Meriah rumah mek jadinya. Cik juga datang.

Maghrib, Anas dan Mussaab masih bersama sepupu. Menonton video volcano pula. Miqdad tak merengek seperti tadi lagi. Ada orang yang tolong jagakan Miqdad. Senang ummi nak makan, mandi dan solat.

Jam 8.15, ummi tidurkan Miqdad yang dah mengantuk.  Mussaab pula makan nasi goreng dengan cik. Lepas Miqdad tidur, Anas pula minta roti cheese. Ummi masakkan 2 keping untuk Anas. Kemudian sambung menonton video dan bermain dengan sepupu. Masih tak mahu tidur.

Jam 9.30, Mussaab masuk ke bilik untuk tidur dengan adik. Anas juga masuk ke bilik lepas berkali-kali ummi ajak tidur. Jam 10 lebih, semuanya sudah lena dibuai mimpi. Alhamdulillah.

Semoga esok menjanjikan yang lebih baik dan lebih indah untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. InsyaAllah :)







0 comments:

Post a Comment