Monday, 21 August 2017 By: Naemah

RUMAH TERSUSUN VS RUMAH BERSEPAH

Kalau ditanya, semua orang mahukan rumah kemas, cantik dan tersusun indah. Tapi nak rumah cantik dan kemas, dah tentulah kena rajin, bukan kerja nak lepak dan releks je kan??

Especially mak-mak yang ada anak kecil. Alahai. Susah nak tengok rumah kemas. Lepas kemas sekejap sepah balik. Kemas lagi, sepah lagi. Non stop aktiviti berkemas ,:)

Tapi, mak-mak ni bukan robot. Ada masa penat juga, sebab bukan kerja kat rumah tu nak berkemas je kan. Nak masak lagi, nak jemur kain lagi, nak clearkan sampah sarap lagi, dan macam-macam. 

Sebenarnya paling senang nak diamkan anak, agar tak membuat sepah ialah dengan membiarkan mereka leka dengan tv atau gadjet. Dapat 2 benda tu memang tak ingat dunia dah. Fokus dan asyik sekali. Rumah pun tak bersepah-sepah, sebab anak-anak dah jadi kurang berminat untuk bermain dan explore perkara di sekelilingnya. Nampak tak betapa tv dan gedjet tu dapat memukau perhatian anak-anak kita?

Tapi demi memikirkan kebaikan anak-anak, takkan setiap masa kita nak biarkan mereka asyik menatap skrin? Agak tidak normal bagi seorang kanak-kanak untuk duduk diam tanpa aktiviti fizikal. Kalau tak aktif, bukan budak-budak namanya kan?

adalah lebih baik jika kita hadkan masa menonton dan masa mereka bersama gadjet. Padaku, bukan langsung tak boleh. Kerana teknologi juga, jika betul caranya akan sangat bermanfaat.

Bila mana kita memilih untuk menjauhkan anak-anak dari tv dan gadjet, maka kita perlu bersedia merelakan mereka bebas bergerak, melakukan aktiviti, berimaginasi, selongkar sana sini, dan sebagainya. Atau mungkin kita sediakan ruang untuk mereka berkreativiti. Kalau bolehlah :D

Bila mereka mula 'bekerja', maka kita faham rumah yang kemas akan jadi kelam-kabut. Kadang tak terjangka oleh kita, apa yang mereka ingin lakukan. Mereka sibuk, kita juga sibuk. Akhirnya, pemandangan rumah kita dah jadi pemandangan yang menyakitkan mata. 

Sesekali boleh join mereka membuat aktiviti bersama, alangkah lebih baik. Tetapi kita ada komitmen yang lain juga kan. 

Dalam situasi seperti ini, ibu-ibu memang perlu banyak bersabar dan bertenang. Mungkin ada masanya kita penat, kita rasa tak larat nak kemas dan uruskan semua.

Ya, kalau tak boleh, biarkan dulu. jangan paksa diri melakukannya, nanti buat badan lebih penat dan hati kian panas. Adakala kita hanya perlu membiarkan sahaja. Bila hati kembali tenang, letih pun dah kurang, sama-sama kita ajak anak-anak kita mengemas apa yang mereka sepahkan. Ajakan tak semestinya bersambut positif. Namun, teruskan sabar, dan teruskan memohon kesabaran dariNya. Ini semua hanya di ketika usia kecil mereka. 

Muhasabah ini tak lain, adalah untuk diriku sendiri yang kadang-kadang tak mampu bersabar dengan sikap anak-anak yang aktif dan gemar explorasi sana sini. Ada ketika marah-marah, paksa diri dan mereka berkemas sambil membentak. Allah. Betapa sukar menjaga sabar bila diasak dengan kepenatan dan masa yang tak terkejar.

Kesimpulannya, rumah kemas dan rumah bersepah memberi gambaran yang berbeza, dan bermacam. Namun jika rumah kita bersepah kerana anak-anak sedang aktif mengexplore dunia, maka ibu-ibu perlu banyak bersabar dan bertenang.  Insya Allah satu hari mereka akan mengerti dan tak sepahkan rumah lagi. Dan itu juga tugas kita untuk disiplinkan mereka dan sentiasa ingatkan mereka. 

Insya Allah. Sama-sama kita doakan. 




0 comments:

Post a Comment