Tuesday, 15 August 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 160817




Hari ini Miqdad bangun awal seperti biasa. Bangun sekali dengan ummi. Kemudian Mussaab, dan akhir sekali Anas. 

Ummi suapkan Miqdad nasi goreng. Tapi mungkin pedas, Miqdad cuma makan sedikit. Mussaab pula, ada saja yang tidak kena pagi ni. Menangis dan membuat hal yang menguji kesabaran ummi. Abi sabar melayan Mussaab. Mungkin Mussaab masih kurang sihat. Berselera makan disuap abi. Maafkan ummi. Ummi sedar, Mussaab juga mahukan perhatian dan mahu dimanja. 

Anas pula tak menjamah makan sejak bangun. Asyik di depan tv. Ajak makan juga menolak. Jam 9, masih tak makan breakfast. Ummi tidurkan Miqdad yang dah berjaga dari awal pagi tadi. Anas dan Mussaab melayan tv, channel cbeebies. Abi bersiap untuk ke Klang kerana ada urusan di sana.

Jam 10, abi bertolak pergi. Miqdad juga dah bangun dari tidur (tidur sekejap sangat). Anas dan Mussaab makan donat sambil menonton lagi. Miqdad juga main sendiri. Mussaab menangis terjatuh dari meja ketika main lompat-lompat. Menangis sekejap. 

Lepas makan donat, Anas dan Mussaab mandi. Lama di bilik air. Apa lagi, main air lah kerjanya. Miqdad asyik mendengar alunan al-quran di tv sambil tunggu abang siap mandi. 

Dah siap mandi, menonton tv dan main. Ummi cuba tidurkan Miqdad lagi, tapi tak berjaya. Miqdad masih cergas dan tak mengantuk. Ummi cuba masuk ke dapur untuk memasak. Hanya sempat kopek bawang. Miqdad menangis mahu ummi. Abang-abang pun sekejap layan, sekejap tak layan :)

Akhirnya Miqdad tidur juga jam 11.30. Ummi cepat-cepat memasak. Masak sardin je hari ni :D Sebab stok lauk dah habis. Lepas masak, cuba suapkan Anas dan Mussaab makan, tapi keduanya tak nak makan. Frust ummi dibuatnya :(

Jam 1, abi balik. Siap dengan lauk dan keperluan yang dibeli di Tesco. Miqdad juga dah bangun dari tidur. Anas dan Mussaab seronok dapat air susu coklat dan strawberry. Anas isi perut dengan susu sebelum ke sekolah. Jam 1.15, bertolak ke sekolah Anas. Mussaab dan Miqdad tinggal di rumah bersama abi.

Lepas hantar Anas, ummi balik. Mussaab dan Miqdad tengah main air di bilik mandi dengan abi. Ummi ambil Miqdad dan pakaikan baju. Semua naik ke atas. Abi solat zohor. Kemudian, bersedia untuk tidur. Miqdad dah tak mengantuk. Riang bermain bersama Mussaab. Ummi cuba lelapkan mata. Dapat juga tidur sekejap. Lepas tu terjaga bila Miqdad menangis. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad tertidur akhirnya, jam 3.30.

Bila ummi bangun, Miqdad juga bangun. Mussaab langsung tak tidur. Leka dengan mainannya. Semua turun ke bawah. Miqdad dah mula meragam entah apa sebabnya. Hanya mahu didukung. Suap makan juga tak nak. 

Abi ajak ke Nilai untuk beli kerepek. Jam 4.30, ambil Anas di sekolah dan terus ke Nilai. Miqdad masih dalam keadaan serba tak kena. Ummi dan abi dah mula risaukan Miqdad. Mussaab pula ceria, berlawak jenaka di dalam kereta. Anas mengadu lapar. Mahu segera balik untuk minum air susunya. Lepas solat asar dan beli kerepek, abi beli lagi susu coklat dan strawberry untuk Anas dan Mussaab yang tak berhenti meminta dari tadi. 

Selesai urusan, bertolak balik ke rumah. Miqdad masih seperti tadi. Sekejap tidur di pangkuan ummi dan bangun menangis lagi. Ummi agak, Miqdad sakit perut memandangkan dah beberapa hari Miqdad cirit-birit (tak teruk sangat). Ummi risau juga, mungkin makanan yang disuap tak sesuai untuk Miqdad. Ummi rasa bersalah :( 

Abi nak singgah makan di kedai tomyam beranang, tapi keadaan tak mengizinkan. Tambahan Miqdad nampaknya masih begitu, abi batalkan niat untuk makan di situ. Terus balik dan makan di rumah saja. 

Jam 7, abi potong rambut Anas dan Mussaab menggunakan mesin yang baru dibeli. Agak mencabar, masing-masing tak beri kerjasama :) 

Lepas mandikan Miqdad, ummi sapukan minyak di perut Miqdad dan di celah paha yang kemerahan. Mungkin kerana sakit dan tak selesa di situ, buat Miqdad menangis. Kesian Miqdad :( lepas mandi, keadaan Miqdad dah semakin baik. Dah tak menangis dan merengek lagi. Miqdad layan lagu a ba ta di komputer bersama Mussaab. Anas pula melukis.

Lepas isyak, ummi tidurkan Miqdad. Kemudian Anas dan Mussaab. Badan Anas panas, dan mengadu sakit perut. Mussaab pula asyik menggaru di badan. Ada bintik-bintik halus di badan. Kata abi, mungkin campak. Allah. Kesiannya anak-anak ummi. Hati ummi dah tentu risau dan hilang semangat bila anak-anak sakit. Ummi jadi takut. Syukur esok abi masih ada. Lusa abi akan ke Bintulu. Ummi harapkan anak-anak ummi akan kembali sihat dan ceria seperti biasa.

Jam 11.30 malam, Anas menangis panggil ummi. Segera ummi naik. Alhamdulillah kerja di dapur dah selesai. Tinggal abi seorang melayan bola di depan tv. Abi juga sibuk berkemas di bawah. Ummi temankan Anas tidur sekali lagi. Badan masih panas, cuma tak terlalu panas. Anas mengadu sakit perut. Ummi sapukan minyak dan tak lupa nasihatkan dia untuk makan makanan berkhasiat. Yelah, Anas langsung tak nak makan sayur dan buah. Nasi juga langsung tak makan hari ni. Yang ummi fikirkan, ini semua salah ummi. Ummi tak berjaya buat anak-anak ummi gemarkan makanan berkhasiat :(

Jam 12, Anas, Mussaab dan Miqdad sedang hanyut dibuai mimpi. Semoga bermimpi yang indah semuanya. Jangan menangis lagi ya sayang. Semoga lena hingga esok pagi. Semoga sihat, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Ummi sayangkan anak-anak ummi semuanya. Sangat sayang. Maafkan segala kekhilafan ummi.

Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah :')







0 comments:

Post a Comment