Saturday, 26 August 2017 By: Naemah

DEMAM SATU FAMILY

Cerita minggu lepas: First time demam satu family. Tapi syukur, bukan demam serentak. Mussaab yang mula start demam, esoknya Anas, lepas tu ummi dan abi (hari yang sama), dan yang terakhir Miqdad.

Mussaab demam pada malam hari. Panas badannya, tapi tak terlalu panas, dan dia pun tak meragam. Elok je main. Cuma makan je tak berselera. Esoknya panas dah kurang. Tapi naik bintik-bintik kecil di badan Mussaab, di bahagian dada. Demam  makin kebah.

Malam seterusnya Anas pula yang demam. Macam Mussaab juga, demam biasa yang tak menyebabkan dia meragam dan masih aktif bermain. Ada sekali/dua dia muntah. Esoknya dah makin sihat. Esoknya lagi naik juga bintik di badan. Risau juga, tak tahu bintik apa. Bintik halus dan kecil. Di badan Mussaab dah makin hilang. Anas pula makin banyak di badannya. Ada yang membesar kemerahan. 

Seperti biasa, bertanya pada birasku Dr Nasibah. Katanya bintik biasa je, yang akan hilang lepas beberapa hari. Alhamdulillah bintik tu makin hilang. Lepas tu tangan Anas pula menggelupas teruk. Entah apa sebabnya. 

Lepas hari Anas demam, ummi dan abi pula diuji demam pada hari yang sama. Allah, dah lama tak diuji dengan demam. Lemah, lemau, lembik, semua rasa ada. Abinya juga terbaring je kerjanya seharian. Tekak juga sakit dan perit. Telan panadol dan rehat. Anak-anak buat hal sendiri. Namun sesekali minta dilayan juga. Ummi dan abi layan dalam lemah.

Esoknya demam ummi dah makin baik. Abi masih pening dan panas badan. Dan hari ini juga perlu kembali bekerja. Pergi juga dengan badan lemah. Berehat di hotel la jawabnya. Alhamdulillah ummi dah sihat, hari ni boleh uruskan anak-anak dengan baik biarpun keseorangan. 

Beberapa hari lepas tu Miqdad pula demam. Panas badan dan kurang aktif. Tak meragam sangat, tapi sukar nak ditinggal untuk buat kerja. Tinggal sekejap-sekejap boleh lah. Bila abi dah balik, abi pula yang tolong jagakan Miqdad bersama. Abi pun dah sihat. Alhamdulillah :)

Sekarang semuanya dah sihat. Alhamdulillah. Dah balik kampung pun, untuk raikan aidiladha :)

Bila dikenang balik, takdir Allah tetap yang terbaik. Ujian tidak sihat badan ini hanya sedikit saja. Ada yang lebih teruk sakitnya. Padaku, aku benar-benar 'menikmati' kesakitan ini dengan penuh keinsafan. Berbanding suami dan anak-anak, aku yang paling jarang demam. Betapa selama ini aku sihat, tiba-tiba Allah datangkan demam. Sehari je, itu pun dah rasa lemah, tak mampu nak bergerak dan selera makan juga hilang. Selama ini, sihat badan, cergas ke sana sini. Betapa nikmat 'sihat' ini jarang disyukuri. Allah mahu aku ingat! Dan sentiasa beringat.

Dan syukur juga, kami satu family tak demam serentak, dalam satu masa. Kalau tak, susah juga. Dengan diri sendiri yang lemah, nak uruskan anak-anak yang demam lagi. Dan aku bersyukur ketika aku tidak sihat, suami masih ada di rumah biarpun dia juga tak sihat. Sekurang-kurangnya hal anak-anak, masih boleh diuruskan bersama. Bayangkan kalau aku keseorangan. Berendam air mata agaknya :,D

Atas segalanya yang berlaku. Aku kembalikan syukur dan pujiku pada Dia yang Maha Pengasih, Maha Bijaksana, yang paling memahami dan mengasihani hamba-hambaNya. Tak pernah menzalimi, tak pernah meninggalkan hamba sendirian dalam suka atau sukar. 

Allah. Aku redha atas segala ujianMu dan aku berlindung denganMu dari segala kemudaratan ke atas diriku dan keluargaku. Dengan segala rahmat dan kasih sayangMu. Ya Allah.




23-8-2017

0 comments:

Post a Comment