Saturday, 3 June 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 030617




Hari ini 8 Ramadhan 1438h. Dah seminggu berpuasa rupanya. Cepat sungguh. Hampir seminggu juga Anas, Mussaab dan Miqdad berada di kampung. 

Hari ini juga abi terbang ke Bintulu seperti biasa, kerana tugasnya. 

7.30 pagi, Anas, Mussaab dan Miqdad sudah bangun dari tidur. Ummi suapkan makan yang telah siap dimasak awal pagi tadi. Bubur untuk Miqdad dan nasi ayam kicap untuk Anas dan Mussaab. Alhamdulillah kenyang kesemuanya.

Anas kemudian buka video 'Home' dan menonton bersama Mussaab. Miqdad main sendirian sementara ummi buat kerja. Bila Miqdad menangis, ummi perlu layan Miqdad dan tangguhkan kerja dulu. Alhamdulillah, Miqdad ok saja hari ni tak banyak menangis. 

Jam 9.30, belajar. Anas buat aktiviti maths, Mussaab baca buku shapes and colours. Miqdad menemani abang-abang :)

10.30, kak zana datang rumah. Anas sambung menonton video. Ummi tidurkan Miqdad. Alhamdulillah, abi juga dah selamat sampai Bintulu. 

Pukul 11, Miqdad dah bangun dari tidur. Sempat juga ummi uli adunan untuk buat donat yang dah berkali-kali diminta Anas. Miqdad ummi letakkan di kedai mek. Kak Zana yang tolong jagakan Miqdad. Ummi suapkan Anas dan Mussaab makan. Kemudian suapkan Miqdad pula. Dah selesai, ummi siapkan donat pula. Alhamdulillah Miqdad tak meragam. Hanya sesekali menangis dan tenang bila dipujuk dan dilayan kak zana, Anas dan Mussaab.

Pukul 12, selesai gorengkan donat untuk Anas dan Mussaab makan. Yang selebihnya disimpan dan diberikan pada kak zana. Cik juga datang ke rumah dan bermain sekejap dengan Miqdad. Anas dan Mussaab ikut cik balik. Ummi tidurkan Miqdad sementara menunggu waktu zohor.

2 petang, Anas dan Mussaab balik. Ummi solat dan bersedia untuk tidur bersama Miqdad. Anas dan Mussaab menonton video lagi. Kemudian Mussaab masuk tidur bersama ummi dan Miqdad. Anas ulang alik masuk dan keluar bilik. Bosan, tiada siapa yang melayan. 

Jam 4 petang ummi bangun dari tidur. Anas masuk ke bilik berbual dengan ummi dan membuka video di hp. Miqdad dan Mussaab juga bangun. Lepas azan asar, Ummi mandikan Anas dan Mussaab.  Miqdad juga ditukarkan pampers. Selesai solat, masuk ke dapur gorengkan donat untuk Anas dan Mussaab. Miqdad main sendiri.

Jam 5.30 masuk ke bilik semula. Hari ini dilakukan semburan nyamuk di sekitar kampung. Ummi bawa anak-anak berkurung di bilik. Selesai semua, masuk ke dapur lagi. Ummi suapkan makan malam. Anas, Mussaab dan Miqdad makan bersama.

Jam 7, ummi cuba tidurkan Miqdad tapi Miqdad masih tak nak tidur. Hampir waktu berbuka, ummi letakkan Miqdad di lantai, bermain ditemani abang-abang. Ummi dapat berbuka dengan tenang memandangkan Miqdad tak menangis :)

Lepas solat maghrib, ummi tidurkan Miqdad. Hampir masuk waktu Isyak, Miqdad akhirnya lena. Masuk ke dapur gorengkan keropok lekor pula. Anas makan lagi. Mussaab hanya minum air. Lepas makan, keduanya tidur dengan lena. Ummi solat isyak dan membaca al-quran. Tak berterawih malam ni. 

Alhamdulillah, anak-anak ummi sudah lena dibuai mimpi. Semoga mimpi yang baik-baik. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. 

Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad.

0 comments:

Post a Comment