Monday, 5 June 2017 By: Naemah

060617: AKTIVITI PLAYDOH

Hari ini berkesempatan membuat playdoh bersama anak-anak. Kali yang kedua untuk tahun ini. Bahannya simple, dan buatnya juga senang. Tapi yang tak tahan ialah, dari mula membuat hingga dah jadi playdoh, rumah dan lantai akan bersepah.

Demi tak nak anak leka dengan video sahaja, ummi ajak Anas dan Mussaab membuat playdoh dan biarkan hari ini mereka bermain playdoh sepuasnya. Lantai kotor? Hmm.. sabar banyak-banyak. Nanti boleh bersihkan :)

Oh ya, sekarang masih di kampung, di rumah mek. Kak Zana, sepupu Anas dan Mussaab juga join sekali. Ummi hanya sediakan bahan dan memberi arahan. Dari awal hingga akhir, Anas, Mussaab dan Kak Zana yang buat sendiri. Ada juga ummi tolong uli adunan. Tapi tak boleh lama sebab Miqdad perlukan ummi.

Dah siap, semuanya leka dan seronok bermain playdoh. Mussaab paling obses dengan playdoh. Pandai pula membentuk 'sesuatu' yang ada dalam fikirannya. Dari pagi bawak ke malam, Mussaab tak lepaskan playdoh bahagiannya.

Resepi playdoh:

2 cawan tepung gandum
1 cawan garam halus
3 sudu minyak masak
1 cawan air suam
Pewarna

Cara-cara: satukan tepung, garam halus dan minyak. Gaul sebati. Kemudian masukkan air dan pewarna. Uli sehingga menjadi playdoh (jika lembik tambah tepung)











0 comments:

Post a Comment