Saturday, 16 September 2017 0 comments By: Naemah

MIQDAD: 11 MONTHS OLD



September ini, genap usia Miqdad 11 bulan. Lagi sebulan cukuplah usia Miqdad setahun. Alhamdulillah. Memang cepat masa berlalu kan.

Miqdad sekarang dah makin cerdik. Comel sudah semestinya :) comel tersenyum dan ketawa. Menangis pun comel :)

Miqdad masih belum boleh berjalan sendiri, tapi dalam usaha nak berjalan. Miqdad masih perlukan sokongan untuk melangkah. Langkah Miqdad laju bila ada 'sesuatu' untuk berpaut. Kadang-kadang Miqdad berjalan dengan menolak kerusi/bakul/kotak. Kadang-kadang dengan bergantungan di baju/seluar abi atau ummi. Sesekali tanpa disedari Miqdad berdiri sendiri tanpa sokongan untuk beberapa saat :)

Sehingga usia 11 bulan, Miqdad kerap travel balik kampung. Perjalanan jauh dah jadi perkara biasa buat Miqdad. Dan pernah sekali Miqdad travel menaiki kapal terbang pada usianya 4 bulan setengah. Antara tempat yang sudah Miqdad jejaki ialah Sabah, Penang, Melaka, dan Cameron Highland. 

Alhamdulillah, kesihatan Miqdad baik walaupun pernah diuji dengan demam beberapa kali. Pernah terkena jangkitan kuman di hidung. Pernah jatuh di dalam kereta hingga luka berdarah, dan batuk selesema biasa. Alhamdulillah atas segalanya. 

Selera makan Miqdad juga baik. Namun sesekali ada juga menolak makanan yang disuap. Tapi oleh kerana Miqdad masih menyusu badan sepenuhnya dan menyusu dengan baik, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Insya Allah ummi akan teruskan penyusuan badan hingga umur Miqdad 2 tahun atau lebih, seperti Anas dan Mussaab. Semoga rezeki Allah sentiasa ada untuk Miqdad :)

Syukur ummi panjatkan pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah, Allah kurniakan Miqdad kesihatan dan kecerdikan. Semoga membesar bersama abang-abang dengan baik, saling menyayangi, mengambil berat dan saling mendoakan. Ummi sayang semuanya kerana Allah.




Harta ummi dan abi dunia akhirat

Thursday, 14 September 2017 0 comments By: Naemah

IKTIBAR DARI SEBUAH MUSIBAH

14/9/17: Malaysia digemparkan dengan berita kebakaran sekolah tahfiz darul quran ittifaqiyah, keramat dengan jumlah kematian melebihi 20 orang. Innaalillah wa innaa ilaihi roojiun.

Dengan jumlah kematian yang sangat besar, ia pastinya sangat menyentap dan menyayat hati setiap orang yang mendengarnya. Insya Allah, syurga buat anak-anak penghafaz alQuran semuanya. Insya Allah, mereka sedang berbahagia di sana.

Tak tergambar perasaan setiap ibubapa mangsa. Tak mampu untuk aku meletakkan diriku di tempat mereka. Sayu, syahdu, sedih, segala rasa yang mencengkam jiwa. Terbayangkan anak-anak sendiri. Berat rasanya ujian sebegini.

Namun Allah lebih mengetahui. Segala takdirNya terkandung hikmah. Dan Dia menguji hanya pada yang mampu menanggungnya. Maka aku percaya, setiap ibubapa yang berhadapan dengan ujian kehilangan anak ini mampu menghadapinya bersama kekuatan yang tak lain, dari Allah juga.

Video insiden kebakaran tersebar, gambar mangsa tersebar, namun satu pun aku tak tergamak untuk melihat dan menontonnya. Biarlah yang berlaku, sudah memang ditakdirkan berlaku. Tak perlu dipanjangkan dengan cerita atau gambar. Biar yang berkewajiban saja menjalankan tugas selanjutnya. 

Allah maha Kuasa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang sudah pergi, insya Allah damai dan bahagia di sana. Yang kehilangan, kita doakan kekuatan dan ketabahan buat mereka. Dan kita pula, ambil semua ini sebagai pengajaran, peringatan dan muhasabah. Yang hidup akan mati. Dan ujian Allah pasti datang dalam apa jua bentuk. 

Semoga kita semua dilindungi dari segala musibah dan ujian yang tak mampu kita tempuhi. Allah. Ujilah kami dengan kebaikan, yang lebih mendekatkan kami kepadaMu. Aameen.
Monday, 11 September 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 120917



Hari ini Miqdad bangun lebih awal dari kebiasaan. Pukul 5 lagi dah terjaga dari tidurnya. Ummi yang mengantuk masih mahu melayan lena. Ummi pangku Miqdad yang sekejap diam dan sekejap bercakap sendiri. Seluar Miqdad dah basah, bocor akibat banyak kencing. Ummi bangun akhirnya jam 5.30 dan tukarkan pampers Miqdad. Miqdad memulakan harinya dengan cergas :)

Abang-abang Miqdad menyusul bangun kemudiannya. Dimulai dengan Mussaab dan Anas. Siap mandi dan berpakaian kemas. Bersarapan dan menonton tv. Juga menunggu masa untuk ikut ummi dan abi ke Tesco untuk membeli keperluan. 

Ummi perhatikan Mussaab yang seperti sedang menahan sakit dan memegang tangannya. Rupanya jarinya terkena kuku Olly yang tajam dan berdarah. Abi segera sapukan ubat dan membalut jari Mussaab. Moga cepat sembuh, dan moga jadi pengajaran buat Mussaab agar tak bermain kasar lagi dengan Olly :)

Miqdad yang tadinya bangun awal, tidur semula sekitar jam 9 pagi. Anas dan Mussaab yang baru memulakan hari, ceria dan cergas bermain dan menonton tv. 

Miqdad bangun jam 9.30. Semua bersiap untuk ke Tesco Kajang. Pagi ini membeli belah segala keperluan di tesco, dan makan tengahari di medan selera tesco. Jam 12.30, bergerak balik ke rumah. Miqdad lena di dalam perjalanan pulang.

Jam 1, sampai di rumah. Anas bersiap untuk ke sekolah. 1.15, bergerak ke sekolah ditemani Mussaab. Miqdad tinggal di rumah bersama abi.

Balik rumah, ummi cuba lelapkan mata. Mussaab dan Miqdad bermain di bilik. Miqdad yang tadi dah lena dalam kereta kini cergas bermain dan tak mengantuk lagi. Penat bermain, Mussaab juga lena di sebelah ummi. Miqdad menangis mahu disusukan. Entah pukul berapa, Miqdad juga lena selepas disusukan. 

Ummi bangun jam 4, bersiap untuk ambil Anas di sekolah. Ummi tinggalkan Mussaab dan Miqdad yang masih lena bersama abi. 

Jam 4.30, Anas keluar dari kelas. Terus balik ke rumah. Anas makan donat yang dibeli di tesco tadi. Jam 5, Miqdad bangun dari tidur, diikuti Mussaab. Abi buka tv dan sambung menonton movie the Martian yang tertangguh semalam. Ummi masak untuk makan malam.

Jam 6.30, makan malam sama-sama. Lepas makan, Anas, Mussaab dan Miqdad mandi bersama abi. Riuh rendah bilik air seperti biasa. Ummi kemaskan meja makan hingga semua selesai mandi. Lepas mandi, siap berpakaian malam. 

Lepas maghrib, ummi ajar Anas baca al-Quran. Miqdad dan Mussaab bermain sendiri sendiri. Abi balik dari masjid, sama-sama kemas rumah yang bersepah dengan mainan dan makanan tertumpah. Lepas kemas, menonton video lagi di hp dan laptop. Miqdad juga join sekali. 

Jam 8.30, ummi tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab buat hal sendiri. Abi balik dari masjid, Mussaab turun ke bawah. Anas menonton video kesukaannya yang berkaitan dengan tornado, hurricane dan yang sewaktu dengannya melalui youtube. Ummi turun ke bawah, dia juga turun. Abi sibuk install netflix di tv. Hmm.. agak-agak makin kuat la anak menonton tv ni. Ya Allah... jauhi dari kemudaratan. 

Miqdad menangis, ummi naik ke atas dan susukan Miqdad. Tinggal Anas dan Mussaab bersama abi di bawah. Entah pukul berapa naik ke bilik semuanya. Ummi dah lena di sisi Miqdad terlebih dulu. Mungkin dalam jam 11 malam, semuanya sudah lena. 

Alhamdulillah untuk hari ini. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik buat Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah.

CAMERON HIGHLAND: AKU JATUH CINTA

5/9/17: sekali lagi kami sekeluarga diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama di Cameron Highland. Entah kali ke berapa kami ke sini, aku juga sudah lupa. Namun aku sudah lama jatuh cinta pada tempat ini :)

Kali pertama 
Aku mula menjejakkan kaki ke Cameron Highland ketika aku masih belajar di matrik Uia ( tahun 2005). Ketika itu aku hanya mengikut abang sulungku dan keluarganya ke sana untuk meraikan family day anjuran sekolahnya. 

Kali pertama datang, aku dah mula jatuh cinta. Aku sukakan tempatnya yang sejuk dan tenang. Hingga terlintas di hati, satu hari nanti nak honeymoon kat sini. Haha.




Honeymoon 
Allah kabulkan 'rasa ingin'ku tanpa pernah aku duga. Selepas berkahwin (2010), suamiku membawaku ke sini lagi. Ya, selepas yang pertama dulu, ini yang kali kedua buatku. Dulu bersama abang, kini bersama suami pula. Bersama yang tercinta, segalanya terasa lebih indah di sini :)





Anas 6 bulan
Selepas honeymoon, kami tak jejak Cameron Highland lagi, hinggalah kami mempunyai anak. Untuk pertama kali, Anas menjejakkan kakii ke Cameron Highland pada usianya 6 bulan (2012). Dulu berdua, kini bertiga pula. Antara tempat yang kami kunjungi di Cameron Highland bersama Anas ialah Time tunnel cafe, Cactus point dan singgah di lata iskandar.




Mussaab 9 bulan
Seterusnya datang ke Cameron Highland lagi, membawa Mussaab pula yang berusia 9 bulan (2014). Tempat yang menjadi persinggahan kami juga sama seperti sebelumnya iaitu time tunnel cafe dan cactus point. Pertama kali juga kami masuk ke time tunnel yang menyimpan khazanah dan cerita sejarah Cameron Highland. Selain itu kami juga ke ladang teh Bharat, dan singgah lagi di lata iskandar.


Selepas itu kami mula sering mengunjungi Cameron Highland. Selain berempat, pernah juga kami datang bersama ahli keluarga yang lain termasuk mak mertua dan adik beradik suamiku. Entah sudah berapa kali. Aku juga sudah lupa :)


Miqdad 2 bulan
Miqdad menjejakkan kaki ke Cameron Highland pada  usianya 2 bulan (2016). Kali ini hanya singgah sebentar saja di time tunnel cafe dan lata iskandar. Menyambung perjalanan kami dari Kelantan ke Semenyih.



Apa yang menjadi kesukaan kami di Cameron Highland ialah menikmati kopi strawberry di time tunnel cafe, makan jagung dan ubi rebus, dan strawberry bersalut coklat. Dan pastinya kami sangat sukakan kesejukan di tanah tinggi itu :)

Antara tempat lain yang pernah kami kunjungi juga ialah seperti Kea Farm, pasar sayuran dan barang hasil Cameron Highland, Big Red Strawberry farm, ladang teh boh, taman rama-rama, taman permainan di tanah rata, taman agro mardi, dan juga pasar malam di Brinchang.

Sebenarnya walaupun kerap ke sana, masih banyak lagi tempat yang masih belum kami jejak. Suamiku berhasrat untuk naik ke gunung Brinchang. Mungkin di masa akan datang kami juga akan sampai ke situ pula. 

Yang pastinya Cameron Highland menyimpan 1001 kenangan indah buatku dan keluargaku. Aku jatuh cinta pada tempat ini sejak pertama kali menjejakkan kaki. Dari mula berkahwin, hingga anak 3, ia masih menjadi tempat persinggahan yang tak pernah menjemukan. 

Insya Allah. Ada rezeki akan datang lagi.



The latest moments






Sunday, 10 September 2017 0 comments By: Naemah

SELAMAT PENGANTIN BARU: POOH DAN NORLY




Aidiladha lepas aku menerima seorang lagi anak saudara baru iaitu dari perkahwinan anak saudaraku Firdaus dan isterinya Rosmalylyana. Alhamdulillah.

Selain meraikan aidiladha, kami sekeluarga meraikan juga majlis perkahwinan anak saudaraku itu pada hari raya ke-3 dan ke-4. Agak sibuk juga setiap ahli keluarga. Maklumlah, nak sambut orang baru :)

Ini juga merupakan majlis perkahwinan pertama di rumah abang keduaku (menantu pertama). Majlis juga sederhana saja :) Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, dan pengantin diraikan dengan penuh kesyukuran.

Selamat pengantin baru buat Firdaus dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke syurga. 




Monday, 28 August 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 290817

Hari ini abi terbang ke Bintulu. Anas, Mussaab dan Miqdad berada di kampung, di rumah mek untuk menyambut hari raya Aidiladha. Insya Allah abi akan balik pada hari raya nanti.

Miqdad bangun awal seperti biasa, temankan ummi solat subuh. Lepas ummi solat, susukan Miqdad dan Miqdad lena sekejap. Kemudian masuk ke dapur bersama ummi untuk sediakan breakfast. Abang masih lena. 

Anas bangun jam 7, ummi suapkan Anas dan Miqdad makan nasi. Mussaab juga bangun kemudiannya. Hanya minum susu strawberry dan keropok. Kak zana datang untuk berkawan dengan Anas dan Mussaab. Anas melukis, Mussaab main blocks. Suasana agak kecoh bila abang suka mengusik adik-adik. Miqdad pula tak boleh nak berenggang dengan ummi. Menangis kalau ummi bergerak ke mana-mana. Adoi la.

10 pagi, lepas mandi, Anas dan Mussaab menonton video bersama kak zana. Ummi tidurkan Miqdad dan masak roti cheese untuk Anas dan Mussaab. Miqdad tidur agak lena. Sempat ummi buat kerja yang tertangguh sejak tadi. Mata ummi terasa mengantuk sangat *_* abi masih di dalam penerbangan ke Bintulu.

Jam 11, Miqdad dah bangun. Tak dapat dah ummi nak bergerak bebas. Berkepit dengan Miqdad je. Sambil masak, sambil Miqdad menangis bergantungan di kain ummi. Mencabar betul. Siap makan, suapkan Miqdad, Anas dan Mussaab makan. Kak zana juga makn sekali. Semuanya makan sedikit saja. Lepas makan, kembali menonton video di luar. Abang Faris juga datang. Ummi susukan Miqdad yang masih merengek tak boleh ditinggalkan.

Lepas susukan Miqdad, ummi masuk ke dapur untuk makan. Mencabar juga, Miqdad asyik nak berkepit. Sambil makan, sambil layan Miqdad. Abang-abang leka dengan video dan kawan-kawan. Ummi gorengkan nugget untuk Anas dan Mussaab makan bersama kak zana dan abang faris. 

Ummi solat zohor dan cuba tidurkan Miqdad. Miqdad masih mahu bermain, tapi tak boleh berenggang dengan ummi. Kain yang dibasuh tadi masih belum berjemur. Tak dapat tidak, kena tunggu Miqdad tidur dulu. Tapi ummi dulu yang terlena. Miqdad bermain sendiri, kemudian menangis dapatkan ummi. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad lena akhirnya. Ummi terus bangun dan menjemur kain. Anas dan Mussaab masih menonton video bersama kak zana dan abang faris. Kertas juga bersepah di lantai, sambil menonton sambil melukis juga.

Ummi sambung tidur di sebelah Miqdad. Miqdad terjaga, ummi susukan Miqdad lagi, dan Miqdad tidur bersama ummi. Mussaab juga masuk ke bilik dan tidur.

Jam 4, tinggal Anas keseorangan di luar. Kak Zana dan abang faris dah balik. Anas ambil handphone ummi. Dah bosan, kejutkan ummi bangun. Miqdad dan Mussaab juga bangun. Ummi solat asar. Anas, Mussaab dan Miqdad bermain dan keluar masuk bilik.

Masuk ke dapur untuk makan. Ummi suapkan Anas, Miqdad dan Mussaab. Habis tertumpah makan dan minum. Lepas suap semua, ummi pula makan. Pok muda sampai bersama family. Anas dan Mussaab main dengan sepupu. Meriah rumah mek jadinya. Cik juga datang.

Maghrib, Anas dan Mussaab masih bersama sepupu. Menonton video volcano pula. Miqdad tak merengek seperti tadi lagi. Ada orang yang tolong jagakan Miqdad. Senang ummi nak makan, mandi dan solat.

Jam 8.15, ummi tidurkan Miqdad yang dah mengantuk.  Mussaab pula makan nasi goreng dengan cik. Lepas Miqdad tidur, Anas pula minta roti cheese. Ummi masakkan 2 keping untuk Anas. Kemudian sambung menonton video dan bermain dengan sepupu. Masih tak mahu tidur.

Jam 9.30, Mussaab masuk ke bilik untuk tidur dengan adik. Anas juga masuk ke bilik lepas berkali-kali ummi ajak tidur. Jam 10 lebih, semuanya sudah lena dibuai mimpi. Alhamdulillah.

Semoga esok menjanjikan yang lebih baik dan lebih indah untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. InsyaAllah :)







Saturday, 26 August 2017 0 comments By: Naemah

DEMAM SATU FAMILY

Cerita minggu lepas: First time demam satu family. Tapi syukur, bukan demam serentak. Mussaab yang mula start demam, esoknya Anas, lepas tu ummi dan abi (hari yang sama), dan yang terakhir Miqdad.

Mussaab demam pada malam hari. Panas badannya, tapi tak terlalu panas, dan dia pun tak meragam. Elok je main. Cuma makan je tak berselera. Esoknya panas dah kurang. Tapi naik bintik-bintik kecil di badan Mussaab, di bahagian dada. Demam  makin kebah.

Malam seterusnya Anas pula yang demam. Macam Mussaab juga, demam biasa yang tak menyebabkan dia meragam dan masih aktif bermain. Ada sekali/dua dia muntah. Esoknya dah makin sihat. Esoknya lagi naik juga bintik di badan. Risau juga, tak tahu bintik apa. Bintik halus dan kecil. Di badan Mussaab dah makin hilang. Anas pula makin banyak di badannya. Ada yang membesar kemerahan. 

Seperti biasa, bertanya pada birasku Dr Nasibah. Katanya bintik biasa je, yang akan hilang lepas beberapa hari. Alhamdulillah bintik tu makin hilang. Lepas tu tangan Anas pula menggelupas teruk. Entah apa sebabnya. 

Lepas hari Anas demam, ummi dan abi pula diuji demam pada hari yang sama. Allah, dah lama tak diuji dengan demam. Lemah, lemau, lembik, semua rasa ada. Abinya juga terbaring je kerjanya seharian. Tekak juga sakit dan perit. Telan panadol dan rehat. Anak-anak buat hal sendiri. Namun sesekali minta dilayan juga. Ummi dan abi layan dalam lemah.

Esoknya demam ummi dah makin baik. Abi masih pening dan panas badan. Dan hari ini juga perlu kembali bekerja. Pergi juga dengan badan lemah. Berehat di hotel la jawabnya. Alhamdulillah ummi dah sihat, hari ni boleh uruskan anak-anak dengan baik biarpun keseorangan. 

Beberapa hari lepas tu Miqdad pula demam. Panas badan dan kurang aktif. Tak meragam sangat, tapi sukar nak ditinggal untuk buat kerja. Tinggal sekejap-sekejap boleh lah. Bila abi dah balik, abi pula yang tolong jagakan Miqdad bersama. Abi pun dah sihat. Alhamdulillah :)

Sekarang semuanya dah sihat. Alhamdulillah. Dah balik kampung pun, untuk raikan aidiladha :)

Bila dikenang balik, takdir Allah tetap yang terbaik. Ujian tidak sihat badan ini hanya sedikit saja. Ada yang lebih teruk sakitnya. Padaku, aku benar-benar 'menikmati' kesakitan ini dengan penuh keinsafan. Berbanding suami dan anak-anak, aku yang paling jarang demam. Betapa selama ini aku sihat, tiba-tiba Allah datangkan demam. Sehari je, itu pun dah rasa lemah, tak mampu nak bergerak dan selera makan juga hilang. Selama ini, sihat badan, cergas ke sana sini. Betapa nikmat 'sihat' ini jarang disyukuri. Allah mahu aku ingat! Dan sentiasa beringat.

Dan syukur juga, kami satu family tak demam serentak, dalam satu masa. Kalau tak, susah juga. Dengan diri sendiri yang lemah, nak uruskan anak-anak yang demam lagi. Dan aku bersyukur ketika aku tidak sihat, suami masih ada di rumah biarpun dia juga tak sihat. Sekurang-kurangnya hal anak-anak, masih boleh diuruskan bersama. Bayangkan kalau aku keseorangan. Berendam air mata agaknya :,D

Atas segalanya yang berlaku. Aku kembalikan syukur dan pujiku pada Dia yang Maha Pengasih, Maha Bijaksana, yang paling memahami dan mengasihani hamba-hambaNya. Tak pernah menzalimi, tak pernah meninggalkan hamba sendirian dalam suka atau sukar. 

Allah. Aku redha atas segala ujianMu dan aku berlindung denganMu dari segala kemudaratan ke atas diriku dan keluargaku. Dengan segala rahmat dan kasih sayangMu. Ya Allah.




23-8-2017