Wednesday, 13 July 2016 0 comments By: Naemah

CORETAN RAYA: INDAHNYA HARI RAYA 2

Walau tidak dapat beraya bersama, aku turut merasakan kemeriahan aidilfitri di kampung halamanku. Meskipun kami cuma 5 beradik, dan hanya 3 beradik yang ada bersama mek, namun ianya tetap meriah kerana mek mempunyai cucu yang sangat ramai termasuk seorang cicit. Meski tak dapat berhari raya bersama, tetap kami saling berkongsi ucapan dan gambar raya :) Tak lupa juga pada abangku yang saban tahun menyambut hari raya di Sabah, ingatan tulus ikhlas dan doa juga buat mereka sekeluarga.\



gambar family mek :)

anak menantu, cucu dan cicit mek



abang sulung, kedua dan kakakku bersama mek



family abang di Sabah



Anas dan Mussaab d rumah nenek, KB

CATATAN RAYA: INDAHNYA HARI RAYA




9 Shawwal 1437H

Alhamdulillah aidilfitri disambut meriah, bersama yang tersayang. Kami sekeluarga menyambut aidilfitri di rumah ibu mertuaku di Kota Bharu. Daripada 10 orang adik beradik suamiku, 6 beradik dapat bersama. Termasuk ipar dan anak anak kami, sudah lebih dari meriah. Alhamdulillah :)

Syukur kepada Allah dipertemukan Ramadhan kali ini. Dapat berpuasa, dan merasakan nikmat berbuka, seterusnya meraikan hari kemenangan buat seluruh umat Islam, iaitu hari raya Aidilfitri.

Seronok, dapat saling menziarahi, berjumpa saudara dekat dan jauh yang sudah lama tidak bersua. Jika hari hari lain, masing masing sibuk dan sukar untuk bersua, di hari raya ini adalah peluang untuk saling bersilaturrahim. Begitulah indahnya hari raya :)

Hari ini sudah kembali ke Semenyih :)



Gambar raya kami 

family kak Yah (anak sulung)


family abg Eki (anak ke-4)



family kami (anak ke-5)


family Azim (anak ke-6)



family Sajidah (anak ke-8)



Family Asma (anak ke-9)


Nor, mak dan Aisyah (anak ke-7 dan ke-10)
Anak mak yang masih single dan solehah, Insya Allah :)


Yang tiada dalam gambar, family abg Din dan family abang Man (anak ke-2 dan ke-3)








ANAS MULA MENULIS

JUNE 2016
(Anas Zaydan: 4 tahun 5 bulan)

Anas sudah mula menunjukkan minat untuk menulis. Jika sebelum ini dia lebih fokus pada lukisan, kini perhatiannya beralih pada tulisan pula. Dah start menulis ABC, 123, dan alif ba ta. Dah pandai menulis nama sendiri, menulis ummi, abi dan adik juga. Juga ada keinginan untuk mengeja sesuatu perkataan dan membina ayat dengan pertolongan ummi/abi.

Sememangnya sebagai ibu, aku punya impian untuk melihat anak anak pandai menulis, membaca, mengira, mengaji, dan pandai segalanya. Tetapi semua itu tetap perlukan masa dan ruang. Mengikut rentak si anak, dan terus memberi kebebasan kepadanya, bukan dengan memaksa atau memberi tekanan kepadanya. Kerana kita tahu, masa kecil mereka adalah masa untuk mereka bermain sepuasnya tanpa diberi tekanan pada mereka, semata mata untuk memenuhi impian kita sebagai ibu/bapa. YA, itu jugalah yang sering aku ingatkan pada diri. 

Kuncinya, biarlah anak anak belajar kerana mereka seronok belajar, dan bukan kerana dipaksa ummi atau abi untuk belajar dan pandai itu dan ini. 

Antara langkah awal untuk menghadirkan minat untuk Anas (juga Mussaab) menulis ialah dengan menampal kertas mahjong di dinding rumah setiap hari, dan menyediakan alat tulis untuk mereka senang mencapainya. Nak bagi dia minat melukis pun, begini juga caranya. Bukan sekadar membiarkan mereka menconteng dan mencoret sesuka hati, sesekali bantu mereka menulis di kertas tersebut. Pegang tangan mereka, dan tulislah (atau lukislah) bersama mereka. Dah penuh kertas tu, buang dan gantikan dengan yang baru pula :)

Tapi itu cerita setahun yang lalulah :) sejak berpindah rumah ni terlupa pula nak belikan kertas mahjong. Dah ganti dengan whiteboard dan blackboard. Sama juga fungsinya, tapi rasanya kertas mahjong lebih menyeronokkan untuk mereka. 

Selain itu, antara usaha untuk menggalakkan anak menulis iah dengan sentiasa menyediakan kertas/ buku serta pen/pensel untuk mereka, dan rajin rajin menawarkan atau menghulurkan peralatan tersebut kepada mereka bila mereka dah puas bermain. Mula mula mereka tak tahu nak buat apa, tapi lama kelamaan, akan adalah hasilnya. yes, perlukan masa juga. Yang penting kita jangan putus asa, jangan juga memaksa. 

Kini, agak berpuas hati bila banyak buku aktiviti (yang memerlukan anak menulis) yang dulu perlukan pertolongan ummi untuk menulis jawapannya, kini Anas mampu tulis sendiri. Daripada tulisan yang kurang cantik, dah semakin cantik. Malah, semakin tekun pula Anas dengan pen/pensel dan buku aktivitinya. 

Namun yang pasti, Anas masih diperingkat permulaan dan Insya Allah akan terus belajar, meskipun perlukan masa. Anas boleh menulis, tapi ada sesetengah huruf/nombor yang Anas tak boleh nak imagine sendiri ketika menulis dan perlukan contoh untuk ditiru. Begitu juga untuk menulis huruf alphabet (ABC), Anas hanya mahir menulis huruf besar (UPPERCASE), dan masih belum mahir menulis huruf kecil (lowercase). 

Lagi satu, bila dah pandai menulis Anas akan menulis di mana saja yang dia suka. Di pintu, dinding, almari, dan sebagainya (tanpa pengetahuan ummi dan abi). Mussaab juga tumpang sekaki membuat corak corak yang digemari *_* sabar jelah... meski berulangkali dipesan untuk menulis di kertas atau buku shaja, masih lagi menulis di merata tempat. Ok, ummi dan abi tak marah, cuma akan terus ingatkan Anas. Mungkin lebih seronok menulis di tempat tempat begitu kerana boleh menulis dengan gaya tersendiri, dan mengikut saiz yang disukai :D

Begitulah kisah 'Anas mula menulis'. Tak lain, hanya berkongsi pengalaman dan cerita, semoga ada manfaatnya. Tetap anak anak kita tak sama dan pasti berbeza. Mussaab masih belum menunjukkan minat pada pena dan kertas. Tapi jika dihulurkan, akan menconteng di sana sini termasuk pada badannya :D Mussaab mungkin sedikit berbeza dengan Anas, tapi Mussaab juga pasti ada pencapaiannya tersendiri. Anak anak tak sama kan, raikan minat dan cara masing masing. Insya Allah :D




 Antara hasil tulisan Anas :)













Monday, 4 July 2016 0 comments By: Naemah

CORETAN RAYA: JAGA HATI IBU

30 Ramadhan 1437H

Sudah di hari terakhir Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Esok umat Islam akan menyambut Syawal pula. Insya Allah, hari kemenangan seluruh umat Islam.

Aku masih menanti kepulangan suami tercinta yang sudah di dalam perjalanan pulangnya. Namun tak pasti jam berapa akan sampai. Tak tahu sekarang dah sampai mana, jalan raya jem atau tidak.. tak mahu ganggu dia yang tengah memandu dengan pertanyaan demi pertanyaan. Cuma berdoa dan berharap, suamiku akan selamat sampai ke rumah. insya Allah.

Kalau ikutkan, tahun ni turn kami beraya di rumah ibu mertuaku di Kota Bharu. Kalau suamiku cepat sampai, insya Allah kami sekeluarga akan balik ke rumah mak. Lagipun tahun ni tak ramai anak mak yang balik beraya bersama, kerana beraya di rumah mertua masing masing. Tinggal anak perempuan mak 3 orang, dan insya Allah suamiku seorang lagi sebagai wakil anak lelaki mak :)

Walaupun anak mak 10, belum pernah sekalipun aku dapat menikmati hari raya dengan kesemua mereka. Yalah, 8 orang sudah berkahwin, giliran beraya juga tak sama. Kalau tahun ni semua dapat berkumpul di hari raya, tahun depan mungkin sunyi pula rumah mak bila giliran anak anak beraya di rumah mertua masing masing pula. So, tak mengapalah... asalkan setiap kali raya anak anak mak ada bersama walaupun tak semua.

Cuba menyelami hati seorang ibu.. sudah pasti mengharapkan anak anak pulang beraya bersama. Kalau boleh, nak semua ada sebab hati ibu pastinya sangat rindu pada anak anak. Tak kira anak sikit, anak ramai, kalau boleh nak tengok semua ada depan mata. Aku pun suatu hari akan rasa macam tu juga. Hmm.. hari ni pun dah mula fikir. Sedihnya bila anak anak dah jauh, dah berumahtangga, dah ada kehidupan sendiri... tapi begitulah lumrahnya hidup ini kan???

Namun sebagai anak/menantu, kita cubalah sedaya upaya untuk tidak membuatkan hati ibu terasa jauh dari kita. Jangan pula sampai buat ibu kecil hati dengan kita. Sering sering pulang menjenguk mereka, meski bukan di hari raya. Jadi, kalau di hari raya kita tak dapat bersama, tidaklah ibu terasa sangat.

Ibu, memang setiap masa rindukan anak anak. Cuma nak luahkan tu mungkin tidak. Hanya pendam di hati. Ibu faham anak anak ada kehidupan sendiri. Setiap hari doa ibu mengalir dalam kehidupan kita, meski kita tak pernah sedar. Percayalah, kesenangan, kebahagiaan, dan apa saja kebaikan yang kita dapat dalam hidup kita hari ini adalah berkat doa dan restu ibu yang tak pernah putus. Itu adalah rahsia yang tak pernah kita ambil tahu. Ya, selagi ibu ada, keberkatan itu sentiasa ada. Asal ibu tak terkecil hati dengan kita.

Apalagi sebagai anak lelaki, ibu adalah yang sepatutnya menjadi kepentingan utama dalam hidupnya. Aku adakala risau,  kalau ada mak terasa hati dengan suamiku ini tanpa kami sedar. Aku tahu, aku bukan menantu yang baik sangat. Takut dalam tak sedar, aku yang menjadi punca mak kecil hati dengan suamiku. Na'uzubillah.

Raya ni, aku harap dapat raikan mak di sana. Aku harap suamiku akan cepat sampai. Aku tahu mak masih menanti kalau ada anaknya yang akan pulang beraya bersama, meski pun mak tak tanya. Bukan mak tak ambil peduli, mak cuma tak nak berharap.

Tidak hanya memikirkan tentang ibu mertuaku, ibuku di sini juga pasti harapkan yang sama. Tapi setiap tahun tiada beza sangat di rumah ibuku ini. 2 abangku ada keluarga besar mereka sendiri, rumah juga dekat. Beraya di rumah masing masing, dan setiap tahun mereka ada di sini. Kakakku juga sama. Setiap tahun beraya di sini juga, walaupun rumah sendiri. Abangku yang seorang lagi sudah banyak tahun tak balik beraya kerana berada di Sabah. Dari bujang sampai anak sudah 5, di sanalah tempat mereka. Hanya balik pada cuti panjang setiap hujung tahun.

Yang sedikit membezakan raya ibuku setiap tahun ialah antara aku ada dan tiada. Kerana setiap tahun aku bergilir raya antara rumah ibuku dan ibu mertuaku. Itu saja bezanya. Yalah, aku hanya ada 5 beradik, suamiku pula 10, pasti berbeza situasi di sini dan di sana.
Namun cuba menyelami hati ibu yang semakin tua. Keduanya menyimpan rasa rindu pada anak anak, dan setiap masa menanti kepulangan anak anak, meski bukan di hari raya. Cuma, kalau hari raya feel dia lainlah sikit kan :)

Aku juga semakin hari semakin tua, anak anak semakin besar dan dewasa, suatu hari akan berada di tempat ibu seperti ibu dan ibu mertuaku. Aku tak mahu membuat mereka kecil hati, sebagaimana aku juga tak mahu diperlakukan yang serupa. Aku sayang ibuku, juga sayang ibu mertuaku. Apa yang lebih aku harapkan, jangan sampai ada tindakan dan perlakuan suamiku yang mengguris hati ibu mertuaku. Kerana suamiku anak lelakinya. Di mana lagi keberkatan hidup ini ingin dicari selain dari redha ibunya sendiri. Sungguh, redha itu sangat mahal untuk kami menjalani kehidupan berkeluarga ini. Betapa redha dan restu ibu itu sangat kami damba, demi sebuah keberkatan dalam rumahtangga kami.

Pesananku, jagalah hati ibu, jangan pernah buat dia terguris dan menangis kerana perbuatan kita :'(

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba :)



Saturday, 2 July 2016 0 comments By: Naemah

DI LAUTAN MEMBIRU ITU

Bayangkan lautan yang sangat luas itu. Bayangkan lautan biru yang tak bertepi itu. Bayangkan lautan yang sangat dalam itu. Bayangkan lautan yang adakala tenang, dan ada ketikanya bergelora itu..

Ya, itulah medan dan pentas, di mana suamiku berjuang mencari rezeki. Bukan hanya suamiku, bahkan semua yang bergelar 'pelaut' seperti dia. Tak kira jawatan dan kedudukan, tak kira pendapatan tinggi atau rendah, itulah tempat keringat mereka tercurah.

Aku pernah menjejakkan kaki ke medan itu. Bukan untuk mengerah keringat, sekadar menumpang dan menikmati rasa bagaimana hidup dikelilingi lautan luas. Aku merasa kagum dan indahnya kekuasaan Tuhan. Saat dikelilingi lautan yang membiru tenang.

Bahkan ada ketika merasakan takutnya, andai ombak gelora datang membadai.

Namun yang pasti, lautan yang luas membiru, memberi 1001 rasa ketenangan di hati. Melihat indah dan ajaibnya ciptaan Tuhan, membuat diri bertambah kagum akan keagunganNya.

Suamiku, semoga dunia lautan itu menjadi tempatmu mencari ketenangan di samping mengerah keringat. Sikap tenang dan sabarmu hari ini, mungkin lahir dari tenangnya lautan biru itu. Sikap hikmahmu dalam berhadapan dengan kekalutan rumahtangga hari ini, mungkin hasil dari kecekapan dan tawakkalmu dalam menghadapi gelora ombak di lautan.

Suamiku, sungguh lautan itu menjarakkan kita, namun jarak ini juga hakikatnya mendekatkan hati kita, dan menguatkan rasa pergantungan kita pada yang Esa. Kerana di kala dirimu tak dapat menjaga dan melindungi kami, dan di kala aku gundah memikirkan keadaan dirimu di sana, kita hanya ada Allah tempat kita berharap dan bergantung.

Sebagaimana Allah memberi setiap kebaikan pada hamba yang Dia kehendaki, begitu juga tidak akan ada mudarat kecuali jika Allah kehendaki ia berlaku. Maka doa dan tawakkal kita hanya pada Dia.

Semoga baik dan tenang ditemani lautan biru itu :)


Friday, 1 July 2016 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 010716

Hari ini 26 Ramadhan 1437h. Hari ke-11 abi di Bintulu. Juga masuk hari ketiga tanpa khabar berita abi yang jauh di lautan. Semoga Allah menjaga abi.

Anas bangun dari tidur sebaik ummi selesai makan sahur. Ummi keluar teman Anas tidur di sofa. Mata Anas dah tak mengantuk untuk tidur semula. Ummi solat subuh, Anas baring pula di sebelah ummi. Juga masih tak mahu tidur. Ummi baring sekali di antara Anas dan Mussaab. Akhirnya Anas tidur lena semula.

Jam 8.30 pagi, Mussaab bangun dari tidur diikuti Anas. Keduanya bangun dengan keadaan ceria. Namun masih tak berganjak dari tempat tidur. Anas dan Mussaab mencari ipad. Akhirnya Anas yang dapat dulu, dan terus leka sebentar dengan ipad. Ummi buatkan susu untuk Mussaab.

9.00 pagi, Anas dan Mussaab mandi dan gosok gigi. Siap berpakaian dan keluar kembali. Ummi siapkan sarapan untuk Anas dan Mussaab. Pagi ini makan nasi berlaukkan ikan goreng dan kicap saja. Mussaab tak makan banyak, mungkin dah kenyang minum susu.

Pukul 10, mulakan aktiviti sebagaimana biasa. Anas dan Mussaab bergilir bermain ipad, membuat aktiviti di buku Hidden Things, melukis, dan menulis juga. Sempat juga ajar Anas tentang 'time'. Ummi rasa mengantuk sangat pagi ni. Layan tak layan je, segala permintaan Anas dan Mussaab. I'm sorry :(

Jam 11 pagi, ummi tak tahan rasa mengantuk dan rasa lemah sangat badan. Ummi masuk ke bilik. Anas dan Mussaab turut serta. Anas leka lagi dengan ipad. Mussaab juga sesekali membuka hp ummi. Ummi terlelap seketika.

Ummi bangun semula jam 12. Anas dan Mussaab masih setia di sisi, tak ke mana mana. Tak lama kemudian cik datang. Anas dan Mussaab keluar dapatkan cik di dapur. Minta cik buatkan susu pula. Cik pun layan saja. Lepas cik balik, ummi suapkan Anas dan Mussaab makan tengahari. Masih nasi dan lauk yang sama. Anas makan banyak, Mussaab makan sedikit saja. Yelah, kenyang minum susu lagi. Lepas makan nasi, minta kek Apollo pula. Anas dan Mussaab share sekeping kek. Lepas tu masuk bilik semula.

Ummi baring di katil, sementara menanti azan zohor. Masih terasa lemah badan. Rasa mahu baring dan rehat saja. Anas dan Mussaab melompat dan bermain riang di atas katil. Habis bersepah bilik, ummi masih tak daya nak kemas. Biarkan dulu Anas dan Mussaab yang masih nak bermain. Happy sangat sangat dapat buat sesuka hati. Geram juga ummi, tapi sabar jelah...

1.30, ummi solat zohor. Anas leka kembali dengan ipad. Mussaab sudah bosan tak tahu nak buat apa. Keseorangan tak ada yang melayan. Lepas solat, ummi baring semula di atas katil. Anas masih dengan ipad. Mussaab minta nak tengok video dalam hp ummi. Ummi layan video bersama Mussaab hingga Mussaab terlena akhirnya. Ummi juga turut tidur selepas Mussaab. Dah nasihatkan Anas untuk berhenti bermain ipad, tapi tak nak lepaskan ipad juga.

Ummi bangun jam 3.45. Anas mundar mandir seorang. Beg yang disusun dah terjatuh dipanjat Anas yang tak mahu tidur. Ipad sudah kehabisan bateri. Anas panjat tingkap dan buka tingkap pula. Mata kiri bengkak lagi. Tak tahu kenapa mata asyik bengkak dan berair je sejak akhir akhir ni. Mungkin allergic pada habuk, mungkin juga kerana terlalu lama menatap ipad.

Hampir jam 4 petang, Mussaab pula bangun dari tidur. Keluar ke ruang tamu. Lepas tu Anas dan Mussaab mandi.

Anas dan Mussaab ambil kertas dan minta lukiskan rainbow. Maka terhasil rainbow, sementara ummi tunggu untuk solat asar. Lepas tu tampal ke dinding seperti biasa. Azan asar, ummi mandi. Anas dan Mussaab main berdua. Habis tumpah air pula. Mussaab basah kuyup bermain air. Ummi marah lagi.

Ummi masih rasa tak berdaya. Anas dan Mussaab terus cergas bermain dan berlari hingga ke luar rumah. Ummi tak larat nak control. Kesian, ummi tak mampu nak beri perhatian pada Anas dan Mussaab yang lincah ke sana sini. Ambil lagi kek Apollo di kedai Mek. Ummi rehat si sofa. Rasa tak larat nak buat apa apa. Nak masak untuk berbuka pun rasa malas. Kebetulan Mek akan berbuka di surau hari ni. So, ummi masih berfikir nak makan apa. Mungkin yang paling senang dan simple.

5.50 petang, Anas dan Mussaab masih di dapur bersama Mek. Ambil keropok pula. Hai..kalau dengan ummi memang ummi takkan bagi. Anas datang kepada ummi untuk belajar 'time' lagi.

Jam 6 petang, ummi masuk ke dapur untuk memasak serba ringkas. Anas dan Mussaab masih di dapur berbual dengan Mek. Tak tahu apa yang dibualkan. Oklah, ada juga kawan buat Anas dan Mussaab berbual. Keduanya tak berbaju. Mussaab hanya berpampers :) bila ummi masak, semuanya sibuk nak tengok.

Jam 6.30, suapkan Anas dan Mussaab makan. Jam 7 malam, mandi lagi kerana badan dah berpeluh peluh kerana bermain dan berlari.

Jam 7.15, abang faris pula datang singgah. Anas dan Mussaab bermain di luar rumah lagi sehingga abang faris pergi. Ummi dah masuk dapur untuk berbuka. Tapi rupanya Mussaab dalam diam mengikut abang faris. Ummi tersedar bila terdengar tangisan Mussaab yang kuat, dan suara Anas yang memanggilnya. Bergegas ummi keluar dan turun dari rumah. Mujurlah abang faris datang hantar Mussaab semula. Ummi sambung berbuka puasa. Hati panas juga, kenapalah buat ummi risau macam ni. Anas dan Mussaab setia di dapur menemani ummi berbuka puasa.

Selesai berbuka ummi tunaikan solat Maghrib, kemudian ajar mengaji seperti biasa. Tak lepas lagi ummi dari rasa marah. Anas silap baca sikit ummi dah naik angin. Ya Allah.. kenapalah ummi macam ni hari ni. Kesian Anas. 

Lepas mengaji Anas buat aktiviti dalam buku Hidden Things lagi. Ummi turut membantu. Mussaab hanya memerhati seperti biasa. Kadangkala memanjat almari dan meja kerana bosan tak tahu nak buat apa. 

Hingga ummi selesai solat isyak dan terawih, Anas juga menutup bukunya. Anas dah mengantuk sangat, siang tadi tak tidur. Namun masih mahu mengikut ummi ke sana sini. Ummi jemur kain, Anas dan Mussaab makan kerepek pisang pula. Kemudian ummi kemas tempat tidur, tutup lampu dan bersedia untuk tidur.

Jam 10 lebih, Anas terlebih dahulu lena. Diikuti Mussaab kemudiannya. Ummi juga, dah mengantuk dan mahu tidur juga.

Alhamdulillah hari ini sudah berlalu. Anak anak ummi tetap riang menjalani hidup. Cuma ummi merasakan ummi sangat 'teruk' hari ini. Mudah marah, dan tak ikhlas melayan. Kerana penat dan tak berdaya, ummi lakukan sekadarnya. Maafkan ummi sayang. Ummi tak tahu apa rasamu. Ummi harapkan hari esok akan lebih baik buat kita semua. Ummi perlu menjadi ummi yang lebih baik. Semoga ummi mampu.

Tak lupa pada abi yang terus dirindui. Semoga Allah menjaga abi sebagaimana Allah menjaga kita. Baik baiklah semua kesayangan ummi :')




UJIAN SEBUAH KERINDUAN

Dah 5 tahun setengah usia pernikahan kami. Mula berkenalan dan bercinta sebaik sah bergelar suami isteri. Faham fahamlah perasaan bahagia and sweet tu macamana ;)

Tapi tak sampai sebulan lepas tu suami terpaksa kembali ke medan kerjanya. Dia orang kapal, kerjanya belayar di lautan hingga berbulan bulan. Tahukah bagaimana rasa resah untuk berpisah dengan kekasih hati? Setiap masa memujuk hati yang berduka kerana bakal ditinggal kekasih.

Perpisahan sudah pasti mengundang rindu berpanjangan. Hanya emel pengganti diri. Nak call,sms, semua tak boleh bila dia di laut. Seminggu sekali, terubat rindu mendengar suara sang kekasih yang berlabuh di pelabuhan. Rindu...Allah saja yang tahu :')

Tapi itu cerita lama. Suami nekad meninggalkan kerjayanya itu demi untuk dekat dengan anak dan isteri. Alhamdulillah pasangan kekasih akhirnya dapat hidup berdua, berbahagia bersama selepas itu. Dikurniakan zuriat menambahkan lagi seri hidup :)

Namun hari ini, episod perpisahan berulang lagi. Dah lama tak merasakan perpisahan yang begini lama, seumpama ini. Berjauhan dengan kekasih hati, malah tanpa khabar berita, hati kembali rindu dan gundah. Sekali lagi, hanya Allah yang mengerti kerinduan ini.

Begini ujian buat insan yang sedang bercinta. Sakit rindu menjadi indah kerana dia insan yang halal dan layak dirindui. Ya, rindu kekasih yang sudah terikat melalui jalan pernikahan yang insya Allah, diredhai dan diberkati.

Sedang cinta kekasih buat kekasih yang belum halal buatnya, hanya sekadar mengundang rasa sakit dan resah di hati yang berpanjangan.

Beginilah cinta.. cinta menghadirkan rindu di kala dua kekasih berjauhan. Namun cinta dan rindu hanya akan memberikan kemanisan pada cinta yang halal dan diikat dengan tali pernikahan.

Tak siapa berdosa andai jatuh cinta, tak siapa salah andai hati merindu. Namun cinta yang belum diikat tetap perlu dikawal dengan Iman dan hati yang takutkan dosa.

Ujian rindu ini... semoga Allah tetap mengganjarinya dengan sebuah kebaikan :')