11 Disember 2025
Pukul 1 pagi, menaiki keretapi dari Gemas ke Pantai Timur. Sebelum itu menaiki ETS dari Hentian Kajang ke Gemas. 2 jam perjalanan, ada yang sudah ketiduran, dan ada yang masih aktif, termasuk si kecil Nuha yang paling perlu diberi perhatian.
Sampai di Gemas, keretapi ke pantai timur sudah pun sampai. Masing-masing mengambil tempat (katil). Mussaab dan Miqdad di katil atas, manakala yang lain di katil bawah. Sempat lagi ke kantin membeli nasi goreng. Menjamu selera di jam 1 pagi. Kemudian bersedia untuk rehat dan tidur. Nuha yang masih aktif dan tak duduk diam, puas dipujuk untuk tidur. Meronta, menangis, masih nak main. Akhirnya hampir jam 2 pagi, tidur juga.
Subuh di atas keretapi. Sempat pula abi berlari turun beli nasi berlauk di perhentian Gua Musang tadi. Alhamdulillah breakfast nasi berlauk di samping bekalan yang dibawa. Anak-anak masih menyambung lena, Miqdad dan Nuha yang terawal bangun.
Perjalanan masih jauh (lebih kurang 4 jam lagi nak sampai di Hentian Tanah Merah). Insya Allah akan sampai dengan selamat.
Tapi balik kampung tak lama. Kemudian kita akan berpecah tiga. Ummi, Miqdad, Suri dan Nuha akan kembali ke Semenyih esok. Abi juga esok akan ke Terengganu untuk bekerja. Dan Anas dan Mussaab akan stay kat rumah nenek di Kota Bharu. Buat pertama kali, berpisah jauh dan entah untuk berapa lama. Belum pasti.
Dan hari ini (11 Disember 2025) genaplah 15 tahun usia perkahwinan ummi dan abi. Alhamdulillah syukur padaNya atas nikmat kerukunan yang dikecapi bersama.
Alhamdulillah untuk hari ini yang Allah masih takdirkan kita hidup bersama-sama.
Hari ini, sekali lagi mencipta kenangan pulang ke kampung menaiki keretapi. Kali pertama buat Nuha, dan kali yang ketiga buat anak-anak yang lain. Dan kali ini lebih mencabar, dari satu stesen ke satu stesen, dan di dalam train juga, asyik berkejaran dengan Nuha yang sangat tak boleh duduk diam. Mujurlah abang-abang dah besar boleh jadi bodyguard jaga adik.
Apapun syukur untuk pengalaman hari ini. Dan syukur Allah permudahkan perjalanan kita. Semoga selamanya kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Selamat ulangtahun perkahwinan buat ummi dan abi.
Dan selamat hari lahir buat abi.
Alhamdulillah atas seluruh nikmatNya.
Memori yang kita cipta bersama;














0 comments:
Post a Comment