Ogos. 10 hari berlalu. Pun tiada cerita luar biasa untuk ditulis di sini. Sekadar menjalani rutin yang sama setiap hari.
Alhamdulillah abi ada di sisi, dah seminggu balik dari laut. Dan masih ada cuti lagi untuk teruskan hari bersama, ringankan beban kerja di rumah, melayan si kecil yang asyik nak mengekor abi tu, mengangkut anak-anak pergi dan balik sekolah, dan cukupkan kepeluan rumah yang dah menyusut. Alhamdulillah.
Sabtu (9/8/2025) hari temasya sukan SKKR. Mussaab terlibat dengan perbarisan (tapi tak masuk acara). Datang jugalah tengok Mussaab buat perbarisan. Miqdad pula setiap Sabtu training bola sepak untuk perlawanan minggu depan (wakil seksyen 6 Bandar Rinching 8-10 tahun).
Ahad (10/8/2025) pula, hari sukan SRIPN. Mussaab tak pergi sebab katanya tak main apa-apa. Kebetulan pula hari ni nak hantar Kak Zawiah (anak saudara abi yang datang ke rumah) ke Shah Alam, maka decide terus ke Shah Alam pagi ni, hantar Kak Zawiah dan balik semula ke Semenyih.
Ahad dah hampir menutup hari. Esok Isnin, akan kembali semula ke sekolah. Ulangi lagi rutin yang sama. Cuma Mussaab masih bercuti esok (cuti peristiwa SKKR dan SRIPN). Boleh la rehat sehari lagi.
Alhamdulillah untuk permulaan Ogos ini yang meskipun biasa, tetap lancar segala urusan. Dikurniakan kesihatan, dan dicukupkan rezeki. Dapat meneruskan hari ke hari seterusnya dengan baik, dan sudah tentu pada setiap harinya ada ujian dan cabaran yang tersendiri yang perlu ditempuh.
Tetap bersyukur pada Allah yang masih memberi peluang untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki diri pada setiap harinya. Semoga peluang yang ada ini tidak kita sia-siakan. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment