Hari Pembentangan Prestasi SRI PERMATA NUSAYBAH-SRIPN (31/5/2025)
Berlangsung pertemuan pertama dengan guru kelas Mussaab iaitu Ustazah Husna dan menerima rekod prestasi Mussaab untuk ujian penilaian 1.
Alhamdulillah, result OK. A,B dan C semuanya ada. Sederhana saja, tidaklah teruk. Ustazah pun tak komen yang negatif. Alhamdulillah, dan perlu usaha lebih lagi, sudah tentunya.
Hari Bual Bicara Akademik SK KAMPUNG RINCHING-SKKR (15/8/2025)
Abi hadir untuk terima rekod prestasi Mussaab untuk Ujian Pertengahan Tahun (UPSA). First time abi hadir, selalunya ummi sorang je yang jumpa cikgu. Abi jumpa dengan guru kelas 5 Opal iaitu cikgu Nor Azlina dan banyak bertanya (kata Mussaab) berkenaan Mussaab di sekolah. Ummi pun tak tahu apa yang abi tanya. Antara yang abi cerita, Mussaab ni agak ‘berat mulut’ kat dalam kelas. Susah nak menjawab dan kurang penyertaan dalam kelas. Ummi dah sedia maklum dah pasal tu.
Dari segi result, sama juga, A, B, dan C semua ada. Alhamdulillah lulus semua. Matematik adalah yang paling rendah markahnya. Result PBD pula di antara TP3-TP5, oklah juga. Masih di tahap yang sederhana, perlu kepada usaha keras nak dapatkan yang lebih baik.
Dan baru-baru ini selesai ujian pertengahan tahun di SRIPN (belum ada result).
Kesimpulannya, dari segi result, belum di tahap cemerlang untuk keseluruhannya (tapi ada subjek yang score dan dapat A). Namun tidaklah pula terlalu lemah dan tiada yang gagal setakat ni.
Sungguh, semua bergantung apa yang Mussaab dapat dalam kelas semata. Kat rumah, susahnya nak disuruh belajar. Masih dengan sikap main-main dan tak endahnya. Geramnya ummi ni, Allah sajalah yang tahu
UPKK pun dah tak lama. Bulan depan dah pra percubaan. Ummi hanya mampu memdorong dan berdoa. Semoga Allah terangkan hati Mussaab untuk menjawab exam nanti. Baik UPKK, baik UASA. Semoga Allah anugerahkan yang terbaik buat Mussaab. Ameen.
Usaha lebih lagi angah! Ummi percaya angah boleh. Yang penting perlu ada motivasi untuk belajar dan ada keinginan untuk berjaya dan cemerlang. Tiada siapa yang mampu tolong kita kecuali diri kita sendiri. Ingat pesan ummi dan abi sentasa ya!
Result;
0 comments:
Post a Comment