Thursday, 26 December 2024 By: Naemah

NUHA KHADEEJA: HADIAH TERBESAR 2024


Nuha Khadeeja 

10 months old @25/12/2024


2024 hampir menutup tirainya. Disember ini juga genaplah usia Nuha Khadeeja 10 bulan. Nuha hadir dalam keluarga ini sejak Februari yang lalu, dan 10 bulan sudah berlalu, Nuha semakin membesar sihat dan cerdik, Alhamdulillah!


Nuha Khadeeja, anugerah terbesar 2024 buat keluarga ini. Syukur tak terhingga, yang dinanti (setelah 9 bulan di dalam kandungan) akhirnya dilahirkan ke dunia. Disambut penuh rasa gembira dan bahagia oleh seisi keluarga.


Kehadiran Nuha yang kembali ‘merubah’ rutin harian ummi. Yang menambahkan lagi sibuknya ummi dengan urusan harian.


Faham-fahamlah, ‘baby’ perlukan jagaan rapi dan teliti. Kena berjaga-jaga setiap masa. Dah tak boleh ummi nak bersantai seperti sebelum kehadiran Nuha. 


Sebelum ni ummi ada banyak ruang untuk diri sendiri bila abang kakak Nuha pergi sekolah. 4 tahun setengah beza usia Nuha dengan kakak Suri, membuatkan ummi ‘selesa’ dengan kehidupan tanpa ‘baby’. 


Kemudian Allah takdirkan Nuha hadir, meskipun sedikit lelah dengan urusan Nuha dan abang kakak Nuha, ummi tetap bersyukur. Teramat bersyukur. Hadir seorang lagi ahli dalam keluarga kita ini.


Nuha dari usia baru lahir hingga sekarang ini (10 bulan), banyak perkembangan yang positif yang ummi syukuri. Setiap hari yang berlalu, terasa amat pantas. Dari hanya terbaring dan tahu menyusu sahaja, kini dah jadi tersangat aktif, bergerak merata, menu makan pun dah macam ahli keluarga yang lain, dan agaknya, dah tak lama dah nak berjalan dan berlari. 


Sungguh, 10 bulan berlalu sangat pantas, hingga Nuha sampai ke tahap yang sekarang. 10 bulan yang hanya Allah tahu penat lelahnya ummi, jatuh dan bangunnya ummi, membesarkan anak-anak (bukan hanya Nuha). 


Alhamdulillah, syukur padaNya untuk hadiah terbesar 2024 ini. Dah hampir menutup tahun ini, dan yang baby ni pun tak lama lagi dah tak jadi baby lagi. Ummi menikmati masa bersama baby Nuha. Tahun depan dan seiring masa berjalan, Nuha akan semakin besar juga. Ummi takkan sibuk jaga ‘baby’ lagi. Moga ummi menikmati saat-saat ini dengan sepenuhnya dan sebaiknya. 


Nuha Khadeeja ummi, terus membesar sihat dan cerdas bersama abang dan kakak Nuha, ya! 

Ummi bersyukur dengan kehadiranmu. 



0 comments:

Post a Comment