Friday, 27 December 2024 By: Naemah

CUTI SEKOLAH: KENDURI DAN BALIK KAMPUNG




Cuti sekolah seminggu bermula pada 21/12/2024 sehingga 29/12/2024. UASA dah tamat, result pun banyak yang dah dapat, kini masa untuk berehat pula. Tapi belum cuti panjang lagi. Masih berbaki 3 minggu untuk tamatkan sessi persekolahan 2024/2025 ini.


Bila cuti, sudah tentu ‘kampung’ menjadi pilihan pertama yang ingin dituju. Maklumlah, di sana masih ada ‘orang tua’ yang mengharapkan kepulangan anak cucu. Anak-anak pula, terbayang meriahnya bersama sepupu.


Tapi cuti kali ini, perlu memenuhi jemputan kenduri di 2 tempat. Satu di Melaka (kawan abi yang buat aqiqah dan makan-makan sempena nak tunaikan umrah) dan satu lagi di Kuantan (sepupu abi kawin).


21/12/2024

Bertolak ke Melaka selepas menikmati sarapan pagi. Jamak Zohor dan Asar di Masjid Selat, Melaka dan terus menghadiri kenduri. 


Lebih kurang jam 3 petang, bertolak terus ke bandar Kuantan dan bermalam di hotel yang ditempah. Malam ni sempat lagi jalan-jalan menikmati suasana di bandar Kuantan dan membeli makanan di pasar malam berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad Shah. Dah penat, balik berehat dan tidur. Esok nak berjalan jauh lagi.


22/12/2024

Pagi ni anak-anak ikut abi solat Subuh di Masjid Sultan Ahmad Shah. Lepas tu main di taman depan hotel, dan sarapan di medan selera berdekatan. Santai-santai saja. Menunggu masa untuk ke majlis kenduri. 


Jam 11 pagi ke kedai eco beli pembalut hadiah dan barang-barang lain. Terus ke majlis, kat sana jumpa nenek, makde, dan adik-beradik abi dan ahli keluarga yang lain.  Lepas makan, keluar dari dewan dan bergerak untuk balik kampung.


Sebelum tu singgah sekejap di rumah anak saudara ummi di Chendor, dan teruskan perjalanan. Berhenti solat dan makan malam, dan sampai di rumah mek jam 9 malam. 


23/12/2024

Ummi dan abi ke Pejabat Tanah Jeli untuk selesaikan hal geran tanah. Lepas tu membeli keperluan di pasaraya Pantai Timur. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri dihantar ke rumah p.long. Pagi ni seronok main dengan anak sepupu; Mohd, Hamzah dan Hilman. Sehingga zohor, baru balik semula rumah mek. Spend masa kat rumah mek hingga malam. Malam meriah lagi, bila family p.muda pula datang. 


24/12/2024

Pagi masih di rumah mek. Jam 12, lepas makan tengahari bertolak ke rumah nenek di KB. Dalam perjalanan, singgah ambik anak-anak pak cu di Morak dan bawa ke rumah nenek. Kat rumah nenek dah ada Eiman, Adwa dan Ibrahim. Dah makin ramai, makin bising dan meriah la dengan suara-suara. Seronok dapat jumpa, main game, main bola, dan ke masjid bersama. Siang hingga ke malam, masih bersama-sama. 


25/12/2024

Cuti Krismas. Ummi dan abi keluar cari baju melayu untuk Anas di Mydin Tunjung. Baju melayu untuk majlis apresiasi bulan depan. Alhamdulillah dapat sepasang. Beli juga baju untuk ummi dan Suri. Baju untuk rayalah tu kiranya. 


Anak-anak masih di rumah nenek dengan sepupu. Miqdad dan Suri ikut makcu dan pakcu main di pantai PCB. 


Satu hari lagi spend masa di rumah nenek bersama-sama. Hari ni juga abi dapat arahan untuk tugasan di Kemaman esok hari. Terpaksa balik cepat, plan nak balik rumah mek terpaksa cancel.


26/12/2024

Bertolak dari KB ke Kemaman sekitar jam 11.30 pagi. Berhenti solat, dan check in di Riverine Garden Hotel jam 5 petang. Makan malam simple-simple saja. Bermalam sekeluarga di sini malam ni. 


27/12/2024

Lepas breakfast, hantar abi ke Kemaman Supply Base untuk inspection kapal. Lepas tu balik hotel, tunggu sehingga abi selesai. Oleh sebab kerja abi mengambil masa lebih lama, terpaksa extend masa check out. Keluar makan tengahari kejap, dan check out jam 3.45 petang. Main sekejap kat taman permainan depan hotel, lebih kurang 4 petang abi masej dah selesai kerja. Terus bergerak untuk ambik abi. 


Abi drive balik Semenyih. Lepas perhentian demi perhentian, akhirnya sampai di rumah hampir jam 11 malam. Sebelum tidur settlekan permohonan ke  tingkatan 1 (JAIS) Anas, dan lepas tu rehatlah. Tapi bukan rehat yang sebenarnya buat abi, esok pagi perlu kembali ke Kemaman lagi dan akan ke laut untuk beberapa hari pula. 


28/12/2024

Jam 7.15 pagi, selesai breakfast hantar abi ke stesen MRT Sungai Jernih, Kajang. Abi turun di Cheras dan tumpang kawannya ke Kemaman. Boleh la abi rehat, tak perlu drive dah. 


Berbaki hari ini dan esok sahaja cuti sekolah. Anak-anak spend masa dengan bermain game dan menonton video. Dah tak kemana-mana, berehat di rumah sajalah 2 hari ni. Main sesama sendiri. Nak suruh belajar pun, dah tamat exam. 


Alhamdulillah, melalui satu minggu ini dengan hal dan urusan yang berbeza dari rutin biasa. Dapat memenuhi jemputan kenduri, dan dapat balik kampung. Dapat jumpa orang tua dan keluarga (walaupun bukan semua), dapat makan-makan sedap (terlebih makan dah) dan sebagainya. Bermusafir jauh yang memenatkan, tapi memberi erti yang banyak. Alhamdulillah.


Anak-anak perlu kembali ke sekolah yang berbaki hanya 3 minggu lagi sebelum bercuti panjang. Santai-santai saja, semua dah habis exam. Tapi tetap perlu penuhkan kehadiran. Semoga 3 minggu terakhir tetap terisi baik dengan aktiviti bermanfaat. Insya Allah. 



Pagi Sabtu-masa untuk bertolak



Breakfast dulu









Di Masjid Selat, Melaka



Malam di Kuantan. Jalan-jalan cari makan







Beli makan di pasar malam dan berkelah depan masjid





Pagi Ahad






Kenduri mak saudara abi



On the way balik rumah mek



On the way balik rumah nenek


Pak cu dan makcu bawa main di pantai


Bermalam di Kemaman



Hantar abi kerja



Hantar abi ke stesen MRT untuk kerja lagi. 




0 comments:

Post a Comment