Wednesday, 25 October 2023 By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: 21 MINGGU

Pejam-celik pejam-celik. Sudah berusia 21 minggu kandungan ummi. Sudah kurang dari separuh perjalanan lagi untuk mengakhiri penantian ini.


Pertamanya syukur padaNya, sudah menempuh hari yang boleh dikatakan ‘amat mudah’ biarpun ada liku-likunya. 


21 minggu, tiada masalah besar yang perlu ditempuh, biarpun ada ketikanya sibuk dan penat dengan urusan anak-anak sendirian ketika abi bekerja. 


Berada di trimester kedua ini, badan masih bertenaga untuk menjalankan rutin walaupun ada ‘malas’nya. Alhamdulillah, yang perlu settle segera, masih boleh settlekan. Urusan makan minum anak-anak, persiapan sekolah semua, masih boleh diuruskan dengan baik. Alhamdulillah, tak ada yang terabai, biarpun mungkin ada banyak kekurangan dari ummi.


Kesihatan juga amat baik. Hanya sesekali diuji dengan sakit kepala, cramp kaki, sakit pinggang, tapi tidaklah teruk sangat. Tidaklah juga mengganggu aktiviti harian. Selera makan juga baik, tapi perlu control makan minum (maklumlah kencing manis).


Yang paling tak best sebenarnya ialah bila ada temujanji di klinik. Setiap 2 minggu, perlu hadir ke klinik untuk dipantau keadaan diri. Dah tak terkira berapa kali temujanji. KK Rinching Tengah, KK Beranang, dan Hospital Kajang, itulah 3 tempat yang perlu dikunjungi, dan tak pernah miss untuk hadir, demi untuk kebaikan diri dan baby. Bukan tak suka jumpa nurse dan doktor, tapi penat nak menunggu giliran. Tapi yelah, untuk kebaikan, sabar sajalah apa nak buat. Lagipun dah biasa. Bukan tak biasa. 


Gerakan baby semakin hari semakin terasa. Ujian ultrasound sudah dibuat beberapa kali. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah dari segi pembesarannya, cuma belum dipastikan jantinanya. Masih rahsia :)


Cukup dulu catatan tentang kehamilan kali ini. Ya, dah tak sampai separuh perjalanan lagi. Bersabar, berdoa, bertenang. Insya Allah terus mudah melalui hari. Sebagaimana harapan dan doa dari awal kehamilan dulu; semoga Allah jadikan kehamilan ini paling mudah untuk dilalui. Paling mudah dari awal hingga akhirnya. Semoga begitulah yang Allah takdirkan dan kabulkan. Ameen. 




(4+1) Insya-Allah






0 comments:

Post a Comment