Friday 17 February 2023 By: Naemah

SRAI PEKAN BERANANG: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2022/2023



16 & 17/2/2023

Majlis khatam al-Quran, anugerah kecemerlangan murid dan hari kualiti 2022/2023 SRAI Pekan Beranang.


Alhamdulillah tahun ni Anas masih tersenarai sebagai penerima anugerah kecemerlangan di sekolah. Kali ketiga Anas naik pentas terima anugerah; tahun 1, tahun 3 dan tahun 4 (tahun 2 tak ada majlis anugerah kecemerlangan oleh kerana pkp). 


Tahun ni (sessi 2022/2023) Anas dapat anugerah terbaik akademik bahasa Inggeris. Alhamdulillah masih terbaik dalam subjek ni, macam tahun lepas juga. Cumanya, Anas frust sikit la sebab hanya dapat satu (berbanding 3 anugerah tahun lepas). Tambahan pula, kawan dapat banyak kan? Takpelah Anas, syukurlah Anas dapat juga. Tahun ni (untuk tahap 2) just anugerah untuk terbaik akademik, dan 3 terbaik keseluruhan untuk setiap kelas.(Ketiganya dirangkul pelajar perempuan). Dan tak ada anugerah untuk terbaik subjek agama (kalau tahap 1 ada anugerah tersebut). 


Majlis hari ini adalah untuk pelajar tahap 2 sahaja (semalam untuk tahap 1). Ummi sorang je yang hadir ke sekolah untuk raikan Anas, sementara abi jaga adik-adik kat rumah. 


Majlis bermula dengan majlis khatam al-Quran murid tahun 6, kemudian mendengar ucapan dan kata-kata aluan dari guru besar dan tetamu jemputan, dan akhir sekali penyampaian anugerah kepada pelajar yang cemerlang. Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Alhamdulillah selesai sudah. Dan dengan ini tamat sudahlah sessi pengajian 2022/2023. Anas bakal melangkah ke tahun 5 bulan Mac nanti.


Tahniah atas anugerah yang Anas dapat hari ni. ummi tetap berbangga dan akan terus mendoakan kejayaan Anas. Semoga pencapaian hari ini, akan terus menjadi motivasi buat Anas untuk terus berusaha dan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang. Insya Allah.


2 tahun berbaki, sebelum Anas menamatkan pengajian di sekolah rendah. Semoga Anas dapat memanfaatkan masa belajar di SRAIPB ini dengan sebaiknya. Anas perlu lebih tekun dan rajin, untuk bersaing dengan kawan-kawan yang tak kurang hebatnya. Anugerah kali ini, Alhamdulillah rezeki yang Allah hadiahkan buat Anas. Namun usaha tetap perlu dipertingkatkan, untuk mendapat lebih kecemerlangan di masa akan datang.


Tahniah buat Anas dan rakan-rakan. Terima kasih buat semua guru yang telah mendidik Anas. Jasa guru sekalian tak ternilai dengan apapun. 













Semalam (16/2/2023) terima sijil pengawas



.

.

.

V


ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 1 (2019)


ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 3 (2021)

0 comments:

Post a Comment