Tahniah anakanda Anas Zaydan, tahun ni sekali lagi menerima anugerah kecemerlangan di sekolah. Alhamdulillah, syukur sesungguhnya kepada Allah, biarpun diuji dengan pandemik, tak dapat hadir ke sekolah, struggle dengan pdpr sepanjang tahun, masih lagi rezeki memihak kepada Anas dan rakan-rakan yang lain.
Tahun ini Anas menerima 3 anugerah; Anugerah pdpr (kehadiran pdpr terbaik), pbd terbaik akademik (Bahasa Inggeris) dan pbd terbaik agama (jawi/khat/imlak). Alhamdulillah.
Anugerah disampaikan pada 23/2/2022, di mana pada hari tersebut hanya anak-anak yang menerima anugerah (tahun 1,2,dan 3) sahaja yang hadir ke sekolah. Pada esoknya pula untuk murid tahap 2 dan hari seterusnya khas untuk murid tahun 6 sahaja. Sekolah juga sudah mula bercuti.
Pada hari anugerah kali ini, (oleh kerana masih di musim wabak) ibubapa tidak dijemput untuk meraikan anak-anak di sekolah. Tapi masih boleh menonton secara live di channel youtube sekolah. Alhamdulillah. Dapat juga la ummi tengok Anas naik pentas tahun ni. Di sekolah juga, sesuai dengan norma baru, anak-anak tak dikumpulkan di dalam dewan kesemuanya. Masih duduk berjarak dan mengikut SOP yang ketat.
Dengan rasminya, tamat sudah pengajian Anas untuk tahun 3. Bulan Mac nanti akan kembali sebagai murid tahun 4. Sudah berada di tahap 2, maknanya sudah makin besar, akan makin mencabar juga dan perlu lebih fokus belajar. Insya Allah Anas boleh.
Moga anugerah kali ini akan menjadi motivasi buat Anas untuk terus maju dan berusaha lebih lagi di masa akan datang. Ummi bangga dengan Anas. Namun jangan pernah anggap Anas lebih baik dari yang lain. Semuanya rezeki dari Allah. Berada di atas atau di bawah, itu kerana Allah yang telah mengaturkan untuk kita. Namun kita tetap sentiasa perlu mencuba dan berusaha. Setiap usaha pasti dinilai Allah. Jangan rasa lebih hebat dari sesiapa, kerana setiap orang ada peluang untuk cemerlang.
Alhamdulillah, syukur dan terima kasih sebanyaknya kepada warga pendidik SRAIPB terutama yang mengajar tahun 3 Bestari tahun 2021. Menempuhi pdpr, kemudian masuk sekolah secara bergilir pula, sudah tentunya ia agak mencabar juga buat guru-guru untuk memberikan yang terbaik untuk anak didik. Sungguh, jasa guru amat-amat dikenang dan dihargai. Allah saja mampu membalasnya.
Tahniah buat guru-guru, juga pada semua murid yang telah berusaha sebaiknya.
No comments:
Post a Comment