Monday 29 April 2019 By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: GDM MOM (PART 2)



Sudah masuk usia 23 minggu kandunganku. Alhamdulillah, dah nak masuk 6 bulan. Masa berlalu tanpa sedar. Pejam celik-pejam celik lahirlah si kecil ni. Insya Allah :)

Kali ni nak catat tentang ‘masalah utama’ aku masa mengandung ni iaitu GDM, atau kencing manis ketika mengandung. Dulu masa mengandungkan Miqdad dah pernah tulis;

Ni kira part 2 lah :) tapi yang sebenarnya, mengandungkan anak pertama dan kedua pun sama juga masalahnya; gdm juga.

Kisahnya, pada minggu ke 15 kehamilan (1/3/19) aku membuat temujanji untuk MOGTT (minum air gula). Memang lebih awal dari yang sebelum ni. Dan 2 minggu kemudian dapatlah resultnya seperti yang berikut:


Fasting: 5.0 (normal <6.1)

2 jam lepas minum air gula: 8.9 (normal <7.3)


Maknanya? Sekali lagi aku berdepan dengan masalah gdm. Bermakna juga kerap lah lepas ni kena buat bsp (blood sugar profile) dan kerap juga kena datang ke klinik untuk review bsp. Hmm.. redha dan pasrah sajalah.

Sehingga hari ini sudah 5 kali membuat bsp. 4 bacaan result bsp yang pertama seperti berikut;


1st bsp (25/3/19) 5.8/5.3/5.1/5.1

2nd bsp (1/4/19) 5.5/4.4/5.2/6.2

3rd bsp (8/4/19) 6.1/4.1/5.4/6.5

4th bsp (9&10/4/19) 5.9/4.4/6.3/6.3


Info: bsp perlu dilakukan sebanyak 4x sehari (pagi sebelum breakfast/2 jam selepas breakfast/2 jam selepas lunch/2 jam selepas dinner)

Bacaan gula yang normal (<5.3/<7/<7/<7)


Daripada 4 bacaan gula berikut, bacaan pada waktu pagi (sebelum breakfast) semuanya melepasi had yang sepatutnya iaitu 5.3. Dan oleh kerana dah 4 kali resultnya tak memuaskan, doctor decide untuk aku ambil insulin pada waktu malam.

Aduhai, ya Allah tak sangka sampai ke tahap kena cucuk insulin pula kali ni. Kandungan lepas aku hanya perlu control diet saja. Nak tak nak, terpaksa ikut apa yang doctor sarankan. Aku percaya, itulah yang terbaik untuk ku dan anakku ini. 

Maka pada 11/4/19 (minggu ke 21 kehamilan) aku mula mengambil insulin sekali sehari pada waktu malam (selepas jam 10 malam)

Bsp pertama selepas mengambil insulin dibuat pada 15/4/19 resultnya seperti berikut;


5th bsp (15/4/19) 5.3/4.8/5.5/5.1


Ok, kali ni bacaan gula pada waktu pagi sudah menurun, tapi betul-betul atas pagar ,:) doktor nasihatkan untuk aku teruskan pengambilan insulin pada dos yang telah ditetapkan sebelum ini. Dan aku perlu membuat bsp seterusnya dalam tempoh 2 minggu yang akan datang (1/5/19). Lega sikit rasanya sebab sebelum ni seminggu sekali kena buat. Kali ni dapat ‘rehat’ lebih lama sikit :) harap-harap resultnya nanti pun akan cantik saja. Insya Allah.

Itulah serba sedikit catatan tentang gdm, dan ujian bsp yang telah aku lakukan setakat ini. Kali ni memang lagi ‘teruk’ bila lebih awal berdepan masalah ni, dan lagi frust bila kali ni kena ambil insulin pula. 

Namun tetap redha dan pasrah. Aku percaya ini yang terbaik untuk aku dan anak yang ku kandung ini. Masih jauh perjalanan ini, tapi aku perlu terus positif untuk mengharung semuanya. Insya Allah akan baik-baik saja. Anakku ini bakal dilahirkan sihat dan sempurna seperti abang-abangnya juga. Insya Allah :)



Diet seorang gdm mom

0 comments:

Post a Comment