picture: here |
Alhamdulillah kini kandungan sudah masuk usia 5 bulan. Berada di trimester kedua, dalam keadaan yang lebih baik. Segala morning sickness hilang semuanya, kecuali yang tertentu saja. Cuma sekarang ni kerap pula diserang sakit kepala dan sakit pinggang. Memang menjadi kebiasaan buat ibu mengandung. Mungkin juga, ibu ibu lain berbeza pula masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh mengandung.
Pengalaman mengandung kan anak ketiga ini juga sama. Aku berhadapan dengan masalah GDM/kencing manis lagi. Bezanya, kali ini lebih awal. Di trimester kedua sudah ada GDM. Berbeza dengan yang pertama dan kedua, di mana masalah GDM dikesan ketika di trimester ketiga.
Alkisah, aku perlu buat ujian MOGTT/minum air gula ketika usia kandungan 17 minggu. Di samping ada sejarah GDM pada kandungan lepas, berat badan juga naik dengan mendadak. Maklumlah, selera makan dah kembali. Makan apa saja yang berkenan di tekak.
Selepas seminggu, result MOGTT keluar. Nurse menghubungi dan menyatakan resultnya. Agak kecewa bila diberitahu aku ada kencing manis lagi ketika mengandung, walaupun tidaklah terkejut sangat dengan keputusan ujian tersebut. Namun kecewa kerana kali ini lebih awal pula berhadapan dengan masalah GDM ni.
Bacaan result MOGTT: 4.0/9.5
Aku kemudiannya diberi tarikh untuk membuat ujian bsp/bacaan gula dalam darah. Ini juga bermakna aku akan lebih kerap ke klinik dan berjumpa doktor selepas ini. Kerana sudah berada dalam kategori ibu mengandung yang 'bermasalah', maka keadaanku perlu lebih dipantau demi untuk kesihatanku dan anak yang ku kandung ini. Redhalah..
Aku membuat ujian bsp buat pertama kali pada 23/05/16 (kandungan 20 minggu).
Bacaan result bsp: 4.9/5.2/4.5/3.6
Esoknya perlu berjumpa doktor pula untuk review bsp. Bacaan bsp normal, cuma yang terakhir tu saja agak rendah. Doktor bagi nasihat macam biasa, seperti yang sebelum ini. Jaga pemakanan, dan sebagainya. Bsp seterusnya ialah 3 minggu kemudian (14/06/16)
Kemudian aku diberi pula borang dan temujanji untuk ujian air kencing (01/016/16) dan bertemu dengan dietitian (15/06/16). Nampaknya perlu ke klinik lagi minggu depan.
Itu saja serba sedikit tentang GDM yang telah aku lalui sepanjang kehamilan ini. Di pertengahan usia kandungan ini, aku perlu lebih berhati hati dan berwaspada, terutama dalam bab pemakanan agar kencing manis semasa hamil ini lebih terkawal. Lebih teruk lagi jika sehingga perlu mengambil suntikan insulin.
Apapun, pengalaman lepas membuatkan aku lebih bersedia untuk menghadapi fasa seterusnya dalam kehamilan ini. Tak perlu nak risau sangat, cuma perlu lebih berjaga jaga dan tidak ambil mudah tentang kesihatan diriku dan anakku. Aku juga amat berterima kasih pada semua nurse di klinik desa rinching tengah yang komited pada kerja mereka dan sangat mengambil berat.
Insya Allah, 20 minggu seterusnya akan berjalan dengan baik sehingga melahirkan anak ketigaku ini. Rindu untuk menatap wajahnya. Semoga sihat Sayang ummi, dan semoga selamat dilahirkan. Aameen.
No comments:
Post a Comment