Tuesday, 26 March 2019 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: BEZANYA DULU DAN KINI





Bila pregnant, klinik desa/klinik kesihatan menjadi destinasi yang kerap dikunjungi. Doctor dan nurse jadi seakan ‘teman rapat’. Yelah, makin dekat due makin kerap kita kena menghadap mereka (dan mereka pun kena hadap muka kita :D)


Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-19 kehamilan. Kesihatan baik, segalanya baik. Cuma... biasalah, masalah gdm (kencing manis ketika hamil) akan sering menghantui di setiap kehamilan dari anak pertama lagi. Kali ni lebih awal buat ujian MOGTT, dan lebih awal berdepan dengan masalah ini. Bila sudah kencing manis, jawabnya perlu kerap buat bsp, kerap ke klinik dan keraplah perlu berjumpa nurse dan doctor. Pendek kata, perlu sentiasa peka dengan tarikh temujanji di klinik. 


Namun Alhamdulillah apa yang berbeza tahun ini aku tak perlu pening kepala nak ‘ganding’kan tarikh temujanji dengan jadual kerja suami. Sebab pregnant kali ni aku dah boleh drive sendiri ke klinik. Berbeza dengan tempoh mengandung yang lepas, di mana setiap kali temujanji di klinik, suami perlu menghantar aku (sebab memang aku takut nak drive!)


Bezanya lagi, dulu kalau suami bekerja dan pada masa yang sama aku perlu ke klinik, dia akan hantar aku balik kampung sebab di sini klinik desa dekat dengan rumah, klinik kesihatan pun tak jauh dan selalunya akan ada je orang yang boleh tolong hantarkan. Tapi.. perlu bawa sekali lah anak-anak (entahlah, dulu bukan main susah nak tinggalkan anak dengan orang lain sebab mereka tak nak). Tapi sekarang, tak boleh kerap balik kampung dah, sebab anak-anak sekolah, bila time temujanji at least kalau suami takde, perlu bawa Miqdad jelah buat ‘teman’ :) Alhamdulillah setakat ni tarikh temujanji semuanya berkebetulan suami ada di rumah. Maka bawa diri jelah. Mudah...


Hari ni (cuti sekolah) aku ‘menumpang’ klinik di kampung, suami pula jauh di Labuan. Anak-anak semua dijaga oleh kakakku. Alhamdulillah, Anas pun dah besar boleh tolong jagakan adik-adik. Takdelah semuanya merengek nak ikut. Mudah sangat urusan check up di klinik kali ini :) Alhamdulillah.


Itulah serba sedikit bezanya dulu dan kini. Dah banyak (sangat) Allah permudahkan untuk aku tempuh semua. Dalam penat, ada leganya. Dalam payah ada senangnya. Ya, Allah itu sangat baik dan sangat kasih. Moga aku tak memilih untuk mengeluh di saat berhadapan dengan sedikit kesukaran. 


Masih jauh perjalanan ini. Barangkali masih banyak yang perlu ditempuh sepanjang tempoh kehamilan ini. Makin menghampiri masanya, makin tambah ‘beban’ penat mengusung perut yang semakin membesar. Ah, aku sudah lalui semua itu dulu. Dengan izin Allah dapat harung semuanya dengan baik, hingga lahirnya cahaya mata yang dikandung dengan susah payah, dengan kasih sayang. Dan pasti kali ini dapat ditempuh dengan baik juga, dengan izin dan pertolongan Allah.


Buat anak ummi yang sedang ummi kandung ini, ummi sayang kamu dan sangat menanti kehadiranmu. Semoga sihat dan baik-baik saja sayang. Insya Allah kita pasti bertemu :)

Sunday, 24 March 2019 0 comments By: Naemah

SELAMAT JALAN SAYANG





Penatnya sayang. 

Itu saja yang terungkap. Demi tanggungjawab,  segalanya perlu kau tempuh. Moga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.


Jam 2 pagi (23/3/19) bertolak dari Semenyih ke Kota Bharu. Menempuh jem dan perhentian demi perhentian, sampai juga di Kota Bharu sekitar jam 10 pagi. Fuh! Panjang sungguh perjalanan kali ini. 


Pagi ni pula melayan anak-anak dan anak saudara bermain di pantai. Sebab dah nak travel jauh, hari ni lah yang sempat untuk gembirakan anak-anak. Boys day out, sebuah kereta bersama 10 orang penumpang :) serahkan pada suamiku dan adiknya Azim untuk uruskan anak-anak semua :)


Pukul 4 petang tadi bertolak balik ke Jeli, untuk hantar aku dan anak-anak di rumah Mek. Pukul 6 sampai rumah Mek, lepaskan penat. Jam 8.30 bertolak balik ke Semenyih pula kerana esok akan ‘terbang’ ke Labuan. 


Panjang langkahmu :) itu sudah hakikatnya. Dalam satu hari boleh berada pada banyak destinasi. Ke sana dan ke sini, jalani hidup bermusafir. Penat yang amat kan! Tapi aku percaya kamu akan tetap kuat dan gagah. Doaku akan sentiasa mengiringi. Moga Allah sentiasa dekat denganmu, dalam hatimu. Sentiasa...


Terima kasih sayang untuk segalanya. Pengorbanan, susah payah dan kesabaran yang tak jemu-jemu.


Allah pasti menjagamu setiap masa dan ketika. Itu yang menghapuskan gusarku. 


Insya Allah, segalanya akan baik-baik saja. Sampai bertemu lagi...



Siang tadi sebelum bertolak balik rumah Mek;

 





















Saturday, 23 March 2019 0 comments By: Naemah

ROTI JALA UNTUK BIRTHDAY PARTY LITTLE DIAMOND





22/3/19


Hari ini diadakan ‘Birthday Party’ di Little Diamond Kindergarten untuk students yang lahir pada bulan Januari-Mac. Mussaab  adalah antara yang diraikan. Ini merupakan kali ke-2 untuk Mussaab, meraikannya bersama kawan-kawan Little Diamond. Dan kali ini majlis bertemakan ‘emoji’. 


Alhamdulillah kebetulan abinya ada di rumah kali ni (sebelum ni setiap kali majlis di sekolah abinya tiada), senang sikit nak decide menu yang nak dibawa untuk jamuan tu :) awal-awal lagi ummi dah letak ‘roti jala’ dekat senarai menu tu sebab ummi tahu abi mesti boleh masak punya :D


Roti jala dan kari ayam, itulah menu untuk majlis birthday Little Diamond kali ni. Abi masak roti jala, ummi pula masak kari ayam. ‘Kerjasama’ yang membuahkan hasil yang memuaskan. Alhamdulillah :) 


Tak pasti sejauh mana tahap ‘sedap’nya tapi semoga ia tetap memberi ‘rasa’ yang tersendiri, bila beriringan dengan hidangan yang lain. 


Sudah pastinya tahun ini lebih meriah, oleh kerana students pun lebih ramai berbanding tahun lepas. Makanan pun beraneka, pasti kenyang dan happy semuanya ibarat berhari raya!


Terima kasih abi yang menyiapkan hidangan dan uruskan semuanya sampai hantar ke sekolah (sebab ummi berpagian meninggalkan rumah untuk urusan di klinik), sekali-sekala abi sibuk di dapur dan uruskan anak-anak, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan juga :)


Terima kasih pada guru-guru Little Diamond Kindergarten kerana meraikan anak-anak kami dan mencipta kenangan yang indah di masa kecil mereka bersama kawan-kawan. Sudah pasti ini antara kenangan manis buat mereka yang akan kekal dalam ingatan. 


Terima kasih untuk semuanya. Mussaab seronok balik bercerita :) Dia jugalah penggemar roti jala abi sejak dulu. Seronok bila abi nak masak roti jala untuk majlis birthday di sekolah :)


Alhamdulillah sudah tamat cerita roti jala dan majlis birthday Little Diamond Kindergarten yang pertama untuk tahun ini. Cerita lain pula bakal menyusul ;)




Sebahagian gambar dari fb Little Diamond Kindergarten;













Ini pula cerita birthday celebration LD tahun lepas;


CERITA PULUT KUNING


CERITA PULUT MANIS/WAJIK


Majlis yang satu lagi Anas dan Mussaab tak dapat hadir sebab dah balik kampung untuk cuti akhir tahun :)




Wednesday, 20 March 2019 0 comments By: Naemah

UJIAN SAKIT KEPALA


Semalam diuji sakit kepala. 

Sakit yang biasa dirasa. Biasanya lepas telan panadol akan baik. Dan panadol akan sentiasa ada dalam simpanan, lebih-lebih lagi time pregnant ni lagi kerap diserang sakit kepala. Tapi kebetulan semalam panadol tinggal sebijik je. Tapi sebiji panadol Actifast selalunya membantu juga untuk melegakan sakit kepala. Pukul 8.30 malam telan panadol, solat isyak dan baring sampai terlelap (anak-anak juga tidur sekali)


Kerap terjaga dari tidur. Sakit kepala masih belum hilang. Allah. Nak lelap pun susah dah. Nak telan panadol pun takde dah. Pukul 3 pagi turun minum air dan ambil minyak angin, sapu-sapu di kepala. Sekadar bagi rasa ‘berangin’ sakit kepala memanglah tak hilang. Lama juga baring pusing kiri kanan, anak-anak dan suami sedang lena dibuai mimpi masing-masing. Akhirnya dapat lelap juga sampai ke pukul 6 pagi. 


Bangun pagi, masih terasa sakit kepala. Tak reda juga sakitnya. Memang ‘seksa’ sikit nak kejutkan anak-anak dan uruskan mereka. Uruskan Anas sekadarnya, uruskan Mussaab dan Miqdad juga sekadarnya. Alhamdulillah ada suami yang boleh tolong buat apa yang sepatutnya. Bayangkan jika dia tiada!


Lepas hantar Anas suami singgah belikan panadol. Lepas telan sebiji panadol, lelapkan mata dan bangun sekitar jam 9.30 pagi. Miqdad sarapan bersama abinya. Dah bangun rasa sedikit lega dan ringan kepala ni. Tapi masih belum ok sepenuhnya. Sarapan pagi (nasi lemak yang suami beli) dan minum kopi. Miqdad sendirian melayan video ‘Babybus’. Lepas tu duduk bersama Miqdad. Pagi ni belum buat apa kerja, fikir nak rehat dan biar betul-betul sihat dan bertenaga dulu.


Begitulah cerita ‘sakit kepala’. Sakit kepala je kot! Tapi rasa ‘sukar’nya tu Allah saja yang tahu. Kesian anak-anak pagi ni tak terlayan sebaiknya. Banyak yang tak kena. Itu belum diuji dengan sakit yang lebih teruk. Nau’zubillah!!


Namun tetap syukur aku panjatkan kerana ketika diuji sebegini suami ada bersama. Kalau aku seorang memang tak daya. Bagaimana dalam sakit kepala begitu nak siapkan anak-anak sekaligus, bagaimana nak memandu lagi, nak siapkan makan minum lagi, apatah lagi nak buat kerja rumah. 


Syukur aku tak selalu sakit. Tapi tiap kali diuji tak sihat, memang akan banyak yang aku fikirkan, especially hal anak-anak. Bagaimanalah mereka??  Memandangkan di sini aku benar-benar bersendirian. Tak ada keluarga dekat, entah pada siapa nak meminta tolong jika suami tiada di rumah berhari-hari. 


Tapi aku tetap yakin dan percaya pada DIA. Takdir hidup ini Dia yang telah tetapkan. Baik yang kita jangka atau tak terjangka, yakin pada hati ini aturan yang terbaik dari DIA untuk kita. Percaya, berserah, akur, di samping tidak jemu meminta pertolongan dan petunjuk. Insya Allah segalanya baik-baik saja untuk kita. 


Dan setiap episod dalam kehidupan ini. Banyak hikmah dan pengajaran untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Moga hati tetap mahu bersyukur. Moga akal bijaksana berfikir dan mengambil pelajaran pada setiapnya.



Monday, 18 March 2019 0 comments By: Naemah

WEEKEND: GOTONG ROTONG, ICITY, PERTANDINGAN MEWARNA


Weekend terakhir sebelum cuti sekolah- pertengahan penggal 1 minggu depan. Bermula dengan gotong royong di sekolah Anas SRAI Pekan Beranang pada hari Sabtu, 16/3/19, lepas tu ke Shah Alam pada petang harinya, dan esoknya pula menyertai pertandingan mewarna di surau al-Mukhlisin Taman Pelangi Semenyih 2. Alhamdulillah terisi juga masa dengan aktiviti berfaedah, takdelah melepak dan menonton video saja di rumah :)


Gotong Royong di SRAI Pekan Beranang diadakan pada hari Sabtu, 16/3/19 di mana semua ibubapa dijemput hadir untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan sekolah. Ia bermula dari jam 8.00 sehingga 12.30 tengahari.


Pada pagi ini suamiku masih berada di Bintulu,  menanti penerbangannya jam 11.30 pagi. Makanya dia tak dapat menyertai aktiviti gotong-royong ini. Kalau ikutkan aku pun ‘malas’ juga nak pergi (dah tentulah kena bawa semua anak-anak) tapi kalau tak pergi rasa serba salah juga. Dahlah mesyuarat PIBG hari tu pun tak pergi (suami kerja juga). Dalam rasa serba salah tu akhirnya pergi juga, bawa bersama anak-anak yang memang tak boleh ditinggalkan ni.


Kami berada di sekolah dari jam 8.30 pagi sehingga 11 pagi. Sempat buat kerja mana yang patut, Anas dan Mussaab turut membantu walaupun sekejap, selebihnya bermain sajalah. Sudah dijangka :) maklumlah bila dah bertemu kawan-kawan. Miqdad pun Alhamdulillah ok je, ikut rentak abang-abang bermain dan tak kacau ummi buat kerja. 


Jam 11 pagi, bila parents dah start nak buat kerja mengecat aku mengajak anak-anak balik. Bimbang juga bila ramai-ramai bermain dan bergurau nanti mengganggu kerja mengecat pula.













Lebih kurang jam 2.30 petang suamiku sampai. Sudah plan nak ke Shah Alam, ada jemputan kenduri kawan suamiku di sana. Alang-alang, kami plan nak bawa anak-anak ke icity selepas ke rumah kawan suamiku itu. 


Jam 5 petang sampai di rumahnya yang terletak di Seksyen U2, makan-makan sekejap selepas itu terus ke icity Shah Alam.


Icity Shah Alam- sudah agak lama tidak ke sini. Rasa-rasanya tahun 2015 kali terakhir ke sini. Miqdad belum ada, makanya kali pertama buat Miqdad. Anas excited, Mussaab pula ingat-ingat lupa barangkali :)


Kami berada di sini dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Anak-anak gembira dapat spend masa di sini. Tak semua permainan dapat main, especially Miqdad yang masih kecil. Tapi ‘terbang’ juga la rm150 untuk bermain di sini. Tak termasuk makan minum lagi tu :)


Sampai masanya, semua pun dah mengantuk (walaupun tak puas main lagi) maka beransur baliklah kami. Ketiganya yang memang sudah penat dan mengantuk, lena di dalam perjalanan. Aku dan suami tak kurang penatnya, belum sempat berehat lagi sejak dari pagi. 


















Esoknya (Ahad) pagi, lepak di rumah saja. Jam 2-3.30 petang Anas dan Mussaab menyertai pertandingan mewarna di Surau Al-Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2. 


Pertandingan mewarna ini dianjurkan oleh pihak masjid, dan ini kali kedua Anas dan Mussaab menyertainya selepas yang pertama dulu (Mac, 2018). Tahun lepas Anas menyertai pertandingan azan juga, tapi tidak tahun ni :) 


Tamat mewarna, sempat membeli keropok lekor dan air yang dijual di gerai di perkarangan masjid sementara menunggu penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna. Alhamdulillah dapat juga hadiah walaupun tak menang :D 


Selepas Anas dan Mussaab mengambil hadiah masing-masing, terus balik ke rumah. Dah lama tinggalkan Miqdad bersama abinya di rumah. 















Tamatlah sudah cerita aktiviti di hujung minggu ini. 2 hari yang terisi baik, insya Allah. Jarang dapat ‘keluar’ pada hujung minggu memandangkan suamiku banyak bekerja pada hari tersebut. Alhamdulillah minggu ni dia ada di rumah. Dapatlah ‘berjalan’ jauh sikit. 


Tinggal lagi seminggu sessi persekolahan. Lepas tu cuti sekolah pula seminggu. Insya Allah, kampung halaman jadi destinasi pilihan. Semoga dipermudahkan semuanya.

Thursday, 14 March 2019 0 comments By: Naemah

SYUKUR DAN SEDIA MENDEPANI CABARAN




Dah masuk bulan ke-3 (2019). Rasanya sudah semakin serasi dengan rutin baru. Tambahan pula kini kandungan sudah masuk 4 bulan, segala morning sickness beransur pergi, aku dah rasa makin sihat bertenaga. Selera makan pun, sama macam sebelum mengandung dulu :D (ini yang bahaya ni!)


Tika suami ada di rumah dan tiada di rumah, ia dua cerita yang berbeza. Ketika dia tiada, sudah tentulah lebih mencabar, tapi insya Allah masih dalam keupayaan.


Rutin bermula sebaik bangun dari tidur, kejutkan anak seawal yang boleh, dan inilah part mencabar bila masing-masing susah nak buka mata. Pulak tu ketiganya perlu dikejutkan sekaligus sebab perlu ‘angkut’ semua ke sekolah. Dah bangun, masuk bilik air, susah pulak nak keluarnya. Dah siap mandi berbungkus dalam tuala mandi, kena sound banyak kali barulah bergerak pakai uniform sekolah . Pastu panggil pulak breakfast, pastikan semua keperluan ke sekolah lengkap, barulah bergerak ke sekolah. Lepas dah hantar dua beradik tu, tamatlah drama di awal pagi. 


Di rumah melayan Miqdad pula. Layan selagi nak dilayan. Baca buku, melukis, main toys, sampai dia boleh ditinggalkan buat hal sendiri.   Tv, sebolehnya cuba elakkan. Kalau dia sihat, Alhamdulillah tak susah nak jaga. Tapi jika kurang sihat, alamatnya banyak kerja tertangguh sebab dia sentiasa nak ummi ada dekat. Masa nilah nak mengemas rumah, masak, buang sampah, basuh dan jemur kain, siram pokok dan sebagainya-bergantung pada kemampuan dan kesempatan yang ada. 


Pukul 12 ambik Mussaab dari sekolah, layan makan minum Mussaab dan Miqdad, lepas tu biarkan buat aktiviti sendiri. Mussaab yang dah pandai buka YouTube kadang-kadang melekat depan tv tu. Kadang-kadang buat aktiviti dan main dengan adik. Masa ni releks sikitlah, Miqdad dah ada kawan bermain. Sempat juga la nak lelapkan mata sekejap sementara tunggu masa nak jemput Anas pula.


Pukul 3.30 Anas tamat sessi  sekolahnya (kalau jumaat sampai pukul 12). Hampir jam 4 sampai rumah, petang hari siapkan makan malam, dan buat apa yang patut ikut kerajinan :D anak-anak masa ni asyik depan tv. Tak pun keluar main sekejap di luar. Dan kerap juga kawan Mussaab (Hafiz) datang bermain di rumah. Ummi just perhatikan, ada yang tak kena ‘bebel’ juga. Biasalah tu. Seorang diri nak contol semua memang tak boleh duduk diam sangatlah ummi :D


Jam 7 malam kerah semua askar naik mandi dan bersiap untuk solat, baca Quran dan tidur. Tak boleh turun bawah dah. Lepas isyak ‘wajib’ tidur semua. Alhamdulillah semua senang tidur sebab siang hari memang tak tidur (kecuali Miqdad). Dan biasanya jam 9 malam dah sunyi sepi dah rumah. Ummi pun slowly dapat bernafas lega, lepaskan penat semua, dan buat apa yang suka (atau sambung kerja yang belum siap) sebelum tidur.


Alhamdulillah. Bukan nak merungut, bukan mengungkit, bukan rasa terbeban. Bahkan bersyukur atas kehidupan yang dilalui seharian bersama anak-anak. 


Syukur ada anak-anak menemani setiap hari. Syukur anak-anak sihat, sedangkan ramai di luar sana ibu-ibu dalam kesedihan menjaga anak yang sakit. Syukur masih ada suami yang banyak membantu di ketika adanya, sedangkan ramai wanita kuat dan gigih di luar sana teruji dengan suami yang tak sudi untuk memahami apalagi membantu, bahkan ada yang terpaksa berdiri di kaki sendiri menguruskan anak-anak lantaran ketiadaan suami asbab kematian atau perceraian. Syukur pada rezeki yang sentiasa mencukupi, sedangkan masih ramai yang hidup cukup-cukup makan di luar sana, bahkan ada yang hidup dengan menagih simpati orang.


Banyak nikmat yang tak terhitung, untuk aku syukuri dan ingatkan diri setiap masa. Apalah sangat ‘susah’ yang sedang aku depani ini berbanding nikmat dan kelebihan yang Allah kurniakan. Bahkan setiap kesusahan pasti disusuli dengan kesenangan. Berganda-ganda lagi...


MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGIKAH YANG INGIN AKU DUSTAKAN???









Wednesday, 13 March 2019 0 comments By: Naemah

WEEKEND: BALIK KAMPUNG

9/3/19-11/3/19 


Balik kampung kali ke2 untuk tahun ini. Alhamdulillah. Balik weekend saja, 3 hari 2 malam termasuk perjalanan. Singkat saja masanya. Tapi ini sajalah kesempatan yang ada. Sejak Anas masuk darjah satu, perlu terima hakikat tak boleh ‘bebas’ bercuti dan berjalan ke sana ke mari lagi. Sudah terikat dengan masa dan waktu.


Tapi kenapa cepat sangat nak balik, sedangkan cuti sekolah lagi 2 minggu je lagi? Sebabnya sepanjang minggu cuti sekolah suamiku mungkin terpaksa bekerja, nak hantar aku dan anak-anak balik pun entah kan sempat entahlah tidak. Itu sebab lah dia ambil keputusan untuk balik dulu, walau sekejap saja. Ada rezeki nanti, insya Allah balik lagi cuti sekolah. 


Agak penat dan tergesa-gesa juga, terutamanya suamiku yang pada malamnya sampai ke rumah, dari Labuan, esok jam 12 pm memandu balik Kelantan. Dari rumah ibuku, esoknya pula ke rumah ibu mertuaku, dan lusanya pula memandu balik Semenyih. Begitulah..


Risau juga bila dia mengadu lenguh tangan, sudah beberapa hari tak hilang lenguhnya. Hanya ku mampu berdoa, moga akan kembali sihat dan kuat tangannya, kerana hari ini sudah perlu kembali bekerja.


Balik kampung tempohari, walau sekejap tetap bermakna. Dapat menjenguk orang tua kami yang sudah uzur benar. Ibuku dengan sakit lututnya sejak sekian lama, makin lemah langkahnya. Ibu mertuaku yang kadang-kadang kelihatan baik, dan kadang-kadang pula lemah dan ada waktunya diserang lelah, agak merisaukan juga. Lagipun dia memang ada masalah jantung. Kedua ibu kami tinggal sendirian di rumah, bila anak-anak bekerja. Semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati ibu kami. Yang hanya mereka berdua saja yang kami ada hari ini.


Untuk anak-anakku pula, puas hati mereka dapat jumpa ‘best friend’ merangkap sepupu paling rapat dengan mereka; Umar, Uwais dan Urwah buat pertama kalinya pada tahun ini. Balik hari tu tak sempat jumpa :) apa lagi, main sakan dari petang sampai ke malam. Kalau ikutkan tak puas lagi bermain. Tapi apa boleh buat, masa tetap mencemburui :)


Dan hari ini sudah pun kembali ke rumah dan menjalani rutin seperti biasa. Anas dan Mussaab ke sekolah, abi kembali bertugas, dan ummi bertemankan Miqdad di rumah. Petang hari berkumpul dan bersama, dan untuk beberapa hari menjalani rutin tanpa abi, dan Insya Allah akan kembali bertemu lagi dengan abi. Bertemu dan berpisah, itu sudah kebiasaannya. Insya Allah segalanya akan baik-baik. 



Masjid Gua Musang-tempat persinggahan yang paling digemari anak-anak.

Di sini lah baru mandi dan menukar pakaian




Anas, Umar dan Uwais- dah besar dah sahabat baik ni



Mussaab, Miqdad dan Urwah- serbu reban ayam nenek



Perjalanan balik 

Yang seorang tu releks je tak berbaju kan :D


Tuesday, 5 March 2019 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 050319




Hari ni abi bertolak ke KLIA jam 5.30 pagi, untuk penerbangan ke Labuan. Miqdad yang terbangun ketika abi siap untuk pergi, menangis mahu mengikut abi. Semahunya menangis, sampai abi pergi dan ummi tidurkan Miqdad, sebelum bersiap solat subuh dan kejutkan Anas dan Mussaab.


Azan subuh, ummi kejutkan Anas dan Mussaab. Seperti biasa, bab kejutkan tidur sedikit mencabar. Dah bangun, mandi, pakai baju sekolah, solat subuh, sarapan dan menunggu masa untuk ke sekolah. Miqdad masih lena. Nampaknya sepanjang minggu ini ummi yang perlu hantar dan ambil Anas dan Mussaab sekolah. Maknanya, semua kena bangun pagi dan ‘diangkut’ ke sekolah sekaligus. Sebelum ini agak bernasib baik sebab kerja abi selalu ‘kena’ pada weekend, tapi minggu ni lain pula jadualnya. Maka ‘busy’ dan mencabar sikitlah untuk ummi minggu ni.


Pukul 7 keluar dari rumah. Mussaab minta hantar dia dulu di sekolah. Walaupun masih awal, takpelah hantar Mussaab dulu. Lepas tu terus hantar Anas. Singgah beli nasi lemak untuk Miqdad, dan terus balik ke rumah. Sampai di rumah sekitar jam 7.40 pagi. Suapkan Miqdad makan, mandikan Miqdad dan melayan Miqdad main iPad dan baca buku. 


Jam 10.30, tidurkan Miqdad pula. Lena Miqdad tidur. Sempat ummi jemur kain dan masak. Jam 12, ummi kejutkan Miqdad sebab dah sampai masa untuk ambik Mussaab di sekolah. Miqdad bangun dan menangis seketika. Belum puas tidur, tapi ikut juga ummi naik kereta. Lepas ambik Mussaab terus balik dan makan tengahari bersama. Bertiga saja hari ni. Alhamdulillah kenyang semua. Sempat video call abi yang tengah berehat di hotel. Lepas makan Mussaab buka tv dan menonton video upin ipin bersama Miqdad. 


Masuk waktu zohor, ummi naik ke atas dan bersiap untuk solat. Mussaab dan Miqdad juga naik sekejap, lepas tu turun balik dan menonton video lagi. Ummi terlena sendirian di atas. Biarkan saja Mussaab dan Miqdad di bawah. Asyik keduanya, langsung tak naik mencari ummi. 


Jam 3 ummi turun ke bawah. Tengah menonton video lagi. Mainan dan barangan lain juga terusik dan sedikit bersepah, maknanya sempat buat ‘aktiviti’ time ummi tidur. Mussaab panjat sana sini mencari salotape tapi tak jumpa. Bersiap nak ambik Anas pula di sekolah. 


Keluar dari rumah jam 3.10 petang. Cuaca sangat panas, macam biasa. Sampai di sekolah jam 3.25. Lebih kurang 15 minit menunggu, Anas keluar dari kelasnya. Terus balik ke rumah. Sampai rumah hampir jam 4 petang. Main sebentar, kemudian giliran Anas pula menonton video. Mussaab dan Miqdad tumpang sekaki walaupun bukan video favourite. 


Lepas solat asar semua mengadu kelaparan. Ummi goreng ayam, makan dengan bihun goreng. Nasi pun masak juga. Semua makan bersama. Lepas makan lepak depan tv lagi sementara ummi kemaskan meja dan dapur. Lepas tu keluar bermain di halaman dan berbasikal di luar rumah. Lepas main masuk rumah dan sambung video lagi, sambil beraksi depan tv. 


Jam 7 naik mandi, bersiap untuk solat Maghrib, baca Quran, Iqra’, hafazan, dan reading session untuk Mussaab. Sekali lagi video call dengan abi yang masih di hotel. Esok pagi abi akan ke laut, tak dapat dah nak video call. Dah selesai semua, sambung baca buku, menulis ‘dairi’, dan menunggu waktu untuk solat isyak. Lepas solat isyak, bersedia untuk tidur. Miqdad yang pertama lena, kemudian Mussaab dan akhir sekali Anas. Jam 9.30 dah lena semua. Sunyi sepi sudah rumah. Alhamdulillah. Semoga bermimpi indah semuanya. 


Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga Allah menjaga abi dan kita semua. Moga bersatu dan berbahagia kita hingga syurgaNya. آمين