Sebelum ni ada cerita pulut kuning kan. Kali ni cerita pulut manis/wajik pula. Bak kata Anas; ummi ni pulut lagi! Hehe.
Alkisahnya, tadika Little Diamond mengadakan majlis sambutan hari jadi kali kedua pada 31/07/18 untuk meraikan pelajar yang lahir pada bulan April-Julai. Jika majlis sebelum ini Anas dan Mussaab antara yang diraikan, kali ini kawan-kawan yang lain pula :)
Seperti sebelum ini juga, ibubapa menyenaraikan menu yang akan dibawa ke sekolah untuk majlis tersebut. Dan kali ini, seperti yang sebelum ini juga abi tiada di rumah. Ketika dimaklumkan tentang majlis ini memang abi dah tak ada kat rumah, bekerja di Bintulu. Kalau tahu dari awal memang dah decide awal-awal apa yang nak dimasak, seterusnya mencari bahan yang diperlukan. Senang. Nak dijadikan cerita lagi, kereta sekarang berada di bengkel, maka tak ada kenderaan nak keluar. Nak tak nak, masak saja menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Pada mulanya nak masak bihun goreng saja. Tapi oleh kerana ‘terlambat’’, parents lain yang listkan dulu menu tersebut. So, terpaksa fikir menu lain. Banyak juga dapat idea masakan, dan semua yang terlintas adalah yang tak pernah dimasak pun sebelum ini :) Akhirnya decide nak masak wajik. Nak mencuba untuk pertama kali. Sebab tengokkan bahannya yang simple, dan ‘macam’ senang sangat caranya :)
Maka pada malam hari, selepas anak-anak tidur, bermulalah acara memasak wajik. Rupanya memang senang, satu jam dah siap. Cumanya, dek kekurangan bahan (gula melaka tak cukup), tahap ‘manis’ wajik tu pun kurang juga la. Sruktur pulut pun agak kurang cantik. Dan sebab dah pernah rasa yang sedap, yang ummi punya ni kira biasa-biasa saja :) tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terhasil juga satu menu air tangan ummi. Walaupun ummi tahu mungkin kurang sesuai dan kurang menarik minat kanak-kanak macam Anas dan Mussaab, tak apalah, sekadar ini saja yang ummi mampu dalam kekangan masa dan bahan yang ada :)
Apapun majlis sudah pun berakhir. Majlis yang bertemakan ‘garden party’ berlangsung dengan jayanya. Anak-anak sudah pasti happy meraikan bersama kawan-kawan. Satu lagi kenangan manis tercipta bersama. Anak-anak Little Diamond yang berpakaian ala ‘prince and princess’ kelihatan sangat comel semuanya.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada guru Little Diamond yang berusaha meraikan setiap pelajarnya dan mencipta momen-momen indah di masa kecil mereka ini.
Alhamdulillah :)
Antara gambar yang dikongsikan di fb Little Diamond Kindergarten;
No comments:
Post a Comment