Sunday, 23 April 2017 0 comments By: Naemah

3 HERO KESAYANGAN

 


Anas, Mussaab dan Miqdad. 
3 hero ummi yang sangat ummi sayang. Alhamdulillah anak-anak ummi membesar dengan baik. Cuma ummi tak sempat nak catat satu persatu, perkembangan demi perkembangan. Ikutkan hati ummi, setiap detik mahu rakam, untuk kenangan sepanjang membesarkan anak-anak ummi.

Anas dah 5 tahun 3 bulan. Sudah hampir 4 bulan belajar di Genius Aulad. Alhamdulillah, ok saja walaupun agak kurang excited nak ke sekolah. Mungkin sebab apa yang diajar di sekolah, hampir semuanya Anas dah tahu. Mungkin juga Anas lebih happy di rumah, bersama ummi, abi dan adik-adik. Take your time. Di sekolah ada teacher dan kawan-kawan. Ummi selalu doakan agar Anas sukakan sekolah. Semoga diberi ilmu yang bermanfaat buat Anas. 

Mussaab pula sudah berusia 3 tahun 3 bulan. Makin petah bercakap, dan pandai berjenaka. Selalu buat lawak yang menceriakan keluarga. Mussaab teringin nak ke sekolah macam Anas. Tapi apa boleh buat, belum masanya. Mussaab sentiasa excited nak hantar dan ambil Anas dari sekolah. Dia juga menggalas begnya sendiri, gaya dia juga bersekolah :) bila Anas balik, sering pula diselongkar beg sekolah Anas untuk 'membaca' buku Anas. Hai. Kesian. Insya Allah, ada rezeki Mussaab juga akan ke sekolah next year :)

Miqdad pula kini dah berusia 6 bulan setengah. Dah makan solid food. Ummi suapkan bubur dan puri buah dan sayur untuk Miqdad. Miqdad juga dah ada 4 batang gigi. Masih dalam posisi meniarap, dan cuba-cuba nak angkat punggung. Perlu usaha lebih lagi, insya Allah nanti boleh merangkak dan duduk sendiri. Miqdad suka sangat bila diletakkan pada posisi berdiri. Gagah kakinya, tapi masih perlu disokong. Miqdad is always comel dengan senyuman yang sering terukir. Alhamdulillah, Miqdad juga membesar dengan sihat. 

Itu saja, serba ringkas yang sempat ummi catat tentang hero-hero ummi. Ummi doakan Anas, Mussaab dan Miqdad sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membesar menjadi hamba Allah yang berilmu dan taat. 

Ummi sayangkan Anas, Mussaab dan Miqdad. Sayang semuanya, tiada berbeza. Semoga Allah sentiasa merahmati anak-anak ummi. Aameen.
Saturday, 22 April 2017 0 comments By: Naemah

JATUH CINTA PADAMU



Jatuh cinta. 
Jatuh cinta padamu. 
 
Jatuh cinta sejak bergelar isterimu. 
Entah. Tiada sebab khusus untuk aku nyatakan mengapa aku jatuh cinta.

Pertama, mungkin kerana dirimu adalah suamiku. 

Bukan kerana hari yang kita lalui bersama, indah semuanya. Tidak juga. Kerana ada masa kita bertelingkah dan tak sehaluan juga.

Aku dengan egoku. Kamu dengan sikapmu yang tersendiri :)

Kedua, mungkin kerana besarnya nilai sabarmu melayan karenahku yang kadang-kadang kurang matang.

Ketiga, mungkin kerana aku sedar bahawa kau berupaya dan berusaha untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik. Ya, tak lepas dari kekurangan, sama sepertiku. Namun dirimu sudah menjadi yang terbaik untuk kami.

Dirimu yang sering berlawak jenaka menghiburkan, banyak menolong kerja-kerja rumah, melayan anak-anak dengan sabar, cakna pada keperluan isi rumah, faham kepenatan isteri, dan bermacam lagi yang tak kucatat satu persatu. Aku mengerti, itu bukti kamu benar-benar mencintai, dan cuba memikul amanah sebaiknya.

Aku juga mahu menjadi yang terbaik buatmu. Aku tahu aku sering gagal. Dan aku sedar dirimu sentiasa memaafkan, mendoakan dan memberi ruang untukku berubah menjadi yang lebih baik. 

Terima kasih sayangku. Aku sukakan dirimu yang sangat berlemah lembut dengan isteri dan anak-anak, dan sangat penyayang.

 Aku jatuh cinta lagi padamu. Semoga akan jatuh cinta lagi dan kekal cinta. Hanya padamu.

Suamiku. Aku mahu bahagia bersamamu di dunia dan di akhirat. Pimpinlah langkahku, bersama anak-anak, meski kadangkala amat sukar buatmu. Semoga kita dapat beriringan berjalan bersama, selamanya. Insya Allah.



Saturday, 15 April 2017 0 comments By: Naemah

TERLALU BANYAK KHILAF INI

Akan ada satu saat, kita akan merasakan; kita adalah seorang isteri dan ibu yang sangat TERUK.

Ya, sekarang ini beginilah rasaku. Saat merasakan tidak mampu menjadi yang terbaik pada suami dan anak-anak. Saat merasakan watakku, jauh dari watak seorang isteri dan ibu yang layak dibanggakan.

Terlalu teruk. Hingga terasa luluh hatiku. Terlalu banyak dosaku pada mereka.

Aku hanya mahu menangis. Menangis semahunya sendirian. Biarlah hati terawat sendiri, dan aku sedaya upaya mencuba lagi, untuk jadi yang lebih baik.

Aku sedar, seteruk mana sekali pun, aku masih disayangi dan dicintai. Dan aku percaya, aku masih DIPERLUKAN dalam hidup mereka. Kerana aku isteri. Kerana aku ibu. Aku wanita penting dalam kehidupan mereka.

Maafkan aku suami. Maafkan ummi wahai anak. 
Thursday, 13 April 2017 0 comments By: Naemah

IG STATUS: KEPERLUAN HARIAN UMMI

From my instagram;


Pagi2 celik mata, apa yang dimahukan oleh seorang ibu anak 3 dan suri rumahtangga ini? Yang utama, mahu SIHAT, mahu TENAGA dan mahu SEMANGAT. 


Kalau ummi tak sihat, sapa nak tolong jagakan hero3? Kalau ummi tak ada tenaga, bagaimana nak uruskan anak3 dan rumah dari pagi ke malam balik? Kalau tak ada semangat, buat apa kerja pun tak rasa happy dan tak dapat kepuasan. 


Dan yang lebih utama lagi. Ummi mahu IKHLAS sentiasa tetap di hati. Bakti ini untuk memastikan anak3 dan rumahtangga terjaga rapi dan baik walaupun jauh dari sempurna. Ia amanah Allah. Ia amanah suami.


Biar penat fizikal, mental dan emosi, semua tu boleh recharged bila tengok anak3 happy, keperluan mereka dipenuhi, kerja2 rumah dapat dilakukan dengan baik walaupun ada yang tak siap2😅 


Tak pinta dipandang, tak minta dibalas. cukup redha Allah. Redha Allah membantu urusan dipermudahkan. Redha Allah membuatkan diri tak bosan mesti mengulangi rutin harian yang sama. Insya Allah-yang penting jaga niat.


Sedari pagi, adventure dah bermula sebenarnya. Sambil meriba si kecil yang tak mahu duduk sorang, menaiplah ummi kerjanya☺️


Abang2? Sedang dengan aktiviti sendiri😏baru sekejap tadi huru hara sekejap rumah ni😌


#tanggungjawabbukanbebanwalauamatberat


Wednesday, 12 April 2017 0 comments By: Naemah

MIQDAD: READY FOR SOLID FOOD

 

Hari ini genap usia Miqdad 6 bulan. Dah makin besar dan sihat anak ummi. Alhamdulillah:)

Miqdad juga dah bersedia untuk makan selain susu ibu. Actually dah 2 minggu start bagi makan pada Miqdad yang dah bergigi 2 batang ni :) tu pun atas cadangan abi dan consult dengan doktor peribadi ;)

Ummi mula suapkan Miqdad makan pada 1 April 2017 (Miqdad 5 bulan setengah). Mulakan dengan bubur nasi kosong, puri ubi keledek, pisang dan sekarang apple. Alhamdulillah Miqdad dah merasa makan selain dari susu. 

Ummi harap ummi akan rajin masak untuk Miqdad, dan tak bergantung pada makanan proses di luar. Ummi mahu sediakan yang terbaik dan berkhasiat untuk anak ummi. InsyaAllah. Semoga ummi mampu.

Ada juga abi belikan biskut teether bila tengok Miqdad suka menggigit. Tapi selalu gigit tak habis dan buang je. Dan ada juga abi belikan puri di supermarket. Setakat ni masih disimpan dalam peti ais, belum disuapkan pada Miqdad. Maybe next time.

Abi yang selalunya paling tak sabar nak tengok anak makan. Ada saja yang dia nak beli, nak suapkan pada anak :)

Miqdad now masih meniarap dan dalam cubaan mengangkat punggung. Moga cepat boleh merangkak ye sayang. Miqdad comel sangat, dengan gigi 2 batang dan selalu senyum dan ketawa. Very cute boy :D

Ummi love u. 


 


Monday, 3 April 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 040417




Hari ketiga abi di Bintulu. Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi seperti biasa. 

Miqdad bangun awal seperti kebiasaan. Lebih awal dari ummi :) baik saja bergolek tepi ummi dan tak menangis. Selesai solat subuh, ummi turun bersama Miqdad. 

Kemudian Mussaab bangun, diikuti Anas. Mussaab dah breakfast dengan biskut. Ummi gorengkan donat kurma untuk Anas dan Mussaab. Mussaab makan lagi, sambil menonton movie Rio. Miqdad juga baik, duduk bersama abang-abang. Sempat ummi buat sedikit kerja. 

Jam 9 pagi, ummi tidurkan Miqdad. Ummi sambung kerja, Anas dan Mussaab masih menonton video. Jam 9.30, Miqdad dah bangun. Kerja ummi belum selesai. Layan Miqdad dulu. 

Pukul 10, Anas dan Mussaab buat aktiviti puzzles. Sekejap je, lepas tu kecoh ada yang tak kena. Mussaab menangis, Anas merajuk. Miqdad pun tak mahu diletakkan. Ummi minta Anas jagakan Miqdad sekejap,ummi layan Mussaab buat puzzle. Anas menyanyi lagu tepuk amai-amai untuk hiburkan Miqdad. Nyanyi macam abi ;)

Mussaab juga dah ok lepas tu. Ummi masak dan lunch sama-sama. Ummi terpaksa cepatkan suapan bila Miqdad dah mula menangis. Anas dan Mussaab makan berselera berlaukkan sup, ikan goreng dan kicap :D ummi juga suapkan Miqdad sweet potato lenyek. Dah masuk hari ke-4 Miqdad mula makan solid food.

Lepas makan naik ke atas. Ummi susukan Miqdad, dan bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Anas, Mussaab dan Miqdad juga bersiap. Jam 12.50, ke sekolah Anas.

Seperti biasa, ummi masih perlu hantar Anas ke kelasnya di tingkat 3. Kemudian balik bersama Mussaab dan Miqdad. Ummi tidurkan Miqdad, dan biarkan Mussaab menonton video Train. Ummi solat dan tidur bersama Miqdad. Mussaab tak nak tidur.

Jam 3, ummi bangun. Miqdad juga bangun. Semua turun ke bawah. Mussaab minta nak makan. Ummi masakkan burger dan makan bersama Mussaab. Miqdad menanti di sofa. Sesekali dia memanggil, minta perhatian :)

Pukul 4.30, ambil Anas di sekolah. Anas tunjukkan gambar roket yang diwarnakannya. Singgah di gerai membeli pisang goreng dan keropok. Singgah pula di kedai runcit membeli cili. Terus balik ke rumah. Berkelah di halaman rumah, makan sama-sama. Kemudian Anas dan Mussaab berbasikal. 

Jam 6 petang, masuk ke dalam rumah. Anas dan Mussaab mandi. Ummi mandikan dan susukan Miqdad. Miqdad tertidur. Anas dan Mussaab melayan video lagi. Melukis dan bermain mainan juga.

Solat maghrib dan turun ke bawah makan nasi. Cuba call abi tapi abi tak jawab. Lepas makan, naik ke atas dan siap untuk tidur. Miqdad sesekali terjaga menangis. Ummi susukan dan tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab yang sudah sangat mengantuk juga terlelap akhirnya jam 9.30. Rumah dah sunyi sepi tanpa suara ceria anak-anak ummi. 

Semoga lena anak-anak ummi. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik buat kalian. Insya Allah.
Saturday, 1 April 2017 0 comments By: Naemah

PERMULAAN APRIL INI

Siap berangkat ke Klia


020417: musafir suami tercinta untuk menyambung tugasan setelah lama bercuti. Menaiki teksi seawal jam 6.30 pagi menuju ke klia dan akan terbang ke Labuan buat kesekian kalinya. Semoga Allah menjaga dan melindunginya. Insya Allah.

Anak-anak masih hanyut dibuai mimpi di saat abi berangkat pergi. Hari ini akan meneruskan hari tanpa abi di rumah. Untuk beberapa hari, akan merindui abi yang jauh. 

Sudah biasa, sudah selalu. Memang kerjayanya menuntut kami untuk selalu jauh. Tetapi setiap perpisahan sentiasa menjanjikan pertemuan. Alhamdulillah, terubat rindu di hati.

Kali ini juga hendaknya begitu. Tenang melepaskan dia pergi, kerana percaya pada pertemuan selepas ini. Kerana percaya ada yang Maha Kuasa yang sentiasa menjaganya. Kerana percaya ada hikmah di setiap takdir yang Allah tentukan.

Hari ini juga akan sibuk dengan rutin biasa, tanpa suami di sisi. Sebagaimana sebelum ini aku mampu lakukan, insya Allah kali ini juga sama dan lebih baik.

Setiap kali melepaskan dia pergi, hanya doa yang mengiringi. Semoga Allah sentiasa menjaga dia untuk kami. Semoga selepas perpisahan ini akan ada lagi pertemuan. Semoga diberkati rezeki, dan semoga keluarga kecil kami ini akan sentiasa bersatu dan hidup dengan cinta dan rahmat Allah.

Aameen