Wednesday, 18 May 2016 By: Naemah

ANAK ANAK UMMI

Anak anak ummi, Anas Zaydan dan Abdullah Mussaab :)

Comel, baik, cerdik, cerdas, semestinya. Insya Allah :)

Anak anak ummi, membesar hari ke hari. Belajar banyak perkara dalam hidup.

Anas abang yang sulung. Dah berusia 4 tahun 4 bulan. Tetapi masih anak ummi yang manja. Belum pernah berpisah dengan ummi (kecuali sewaktu ummi di wad untuk melahirkan adik), dan tak boleh berpisah. Meski di dalam rumah, Anas tetap akan turut ke mana ummi pergi, dan perlu tahu apa aktiviti yang ummi buat. Pantang ummi hilang dari pandangan, atau tak tahu ummi di mana, akan pasti cemas mencari dan menangis. 

Mussaab sedikit berbeza. Kini berusia 2 tahun 4 bulan.Tidak sangat bergantung dengan ummi dan tak mengapa sesekali ummi hilang dari pandangan. Asalkan ada sesuatu yang boleh melekakan dia, maka tak mengapa ummi nak ke mana dan nak buat apa. Pun begitu, sehingga hari ini ummi dan Mussaab belum pernah berpisah lama. Sehari juga belum pernah.

Anak anak ummi, setiap hari berdua bersama. Belum pernah berpisah dan insya Allah tak akan terpisah. Setiap hari bermain bersama, adakala sendiri sendiri. kadang baik dan mesra, kadang bergaduh dan menangis. Namun tetap sayang dan ambil berat. Cuma usia masih kecil untuk mengenal erti sabar, beralah dan bertimbangrasa.

Anas hari ini, minatnya pada lukisan, buku bergambar, dan permainan kereta. Setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan dengan minatnya. Mussaab sesekali menyertai Anas bermain dan membaca. Tapi tak suka melukis. Lebih suka menonton video tertentu. Anas suatu ketika dulu juga minat menonton video, kini minat dah berkurang. Tapi kerap juga bergaduh untuk menonton video kesukaan masing masing. Hai...dah besar, dah ada pilihan dan minat sendiri.

Anak anak ummi. Keduanya istimewa buat ummi dan abi. Keduanya ummi sayang dan cinta. Tanpa Anas, keluarga kita tak sempurna. Tanpa Mussaab, kita semua tak ceria. Anas manja, tapi bijak dan tak banyak karenah. Mussaab lebih berdikari, tapi banyak meniru dan belajar dengan Anas juga. 

Anak anak ummi. Tak lama lagi akan mendapat adik. Insya Allah. Moga moga, Anas dan Mussaab akan sayang adik yang bakal lahir. Belum tahu adik boy atau adik girl, tapi mesti sayang adik ya :)

Insya Allah tak lama lagi keluarga kita akan bertambah ahlinya. Anak anak ummi akan bertambah bilangannya. Dan insya Allah ummi akan sentiasa sayang semuanya. Kerana kalian anak anak ummi. Susah payah ummi mengandung dan melahirkan. Allah saja yang mengerti cinta ummi pada anak anak ummi.

Anak anak ummi. Kalian terlalu ummi sayang dan kasih. Meski kalian tidak mengerti, cukup Allah yang menilainya. Meski bersama kekurangan yang banyak ini, ummi sentiasa mahu menjadi ummi yang terbaik buat kalian. 

Semoga anak anak ummi semuanya menjadi anak yang soleh dan diredhai Allah. Semoga kalian menjadi hamba Allah yang sentiasa benar di jalanNya. Semoga kalian menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati ummi dan abi. Semoga kalian bahagia, cemerlang dan mulia dunia dan akhirat.

Aameen...







0 comments:

Post a Comment