Gambar sekadar hiasan
Sejak balik dari kapal pada 12/9, suamiku bercuti panjang. Sebab dia ada, boleh balik kampung lama sikit pada cuti penggal hari tu. Kemudian dia ambil tugas hantar dan ambil anak sekolah, dan banyak hal yang lain juga. Pendek kata, bila dia ada memang aku banyak releks. Bab masak pun dia rajin juga walaupun tak selalu.
Sehingga terjadi hal tak terduga 2 minggu yang lalu di mana aku diserang pening kepala yang teruk (vertigo), di mana kepala dan sekelilingku terasa berpusing-pusing hingga aku tak mampu bangun. 2 hari yang ‘gelap’ aku rasakan, hanya mampu baring dan pejam. Sesekali gagahkan diri untuk ke toilet dan tunaikan solat. Makan juga tak berselera. Berlanjutan sehingga 2 minggu (ya, hingga hari ni), namun insya Allah semakin baik. Panjang pula nak tulis pasal vertigo ni (lain kalilah).
Balik kepada kisah tak sihat tadi, syukurlah (amat bersyukur padaNya) kerana ia terjadi ketika suami ada di rumah. Pagi yang ‘teruk’ itu, dialah yang terpaksa buat dan urus segala termasuk hal anak-anak, masak dan lain-lain seharian.
Hari berikutnya dia terpaksa ‘cancel’ meeting di KL kerana keadaan aku yang masih tak mampu bangun. Hari ketiga dan seterusnya keadaanku lebih baik, dan mampu buat kerja sikit-sikit. Tak boleh buat banyak, pening masih menyerang tiba-tiba. Oh ya, hari first tu dah pergi klinik, dapat ubat pening dah. Tapi rasa keadaan masih sama walau makan ubat.
Ada satu hari, suamiku berurusan kerja di KL. Dia pergi selepas hantar anak-anak sekolah. Suri di’cuti’kan, tak sempat nak urus dia. Mussaab pula ambil transit hari ni. Tak fikir dah nak ambik dia tengahari ni. Miqdad balik petang, sempatlah abinya ambil. Anas takde masalah, naik basilal saja. Dan aku pula, ada temujanji klinik, terpaksa order grab sebab tak mampu drive lagi. Nuha tinggal sekejap dengan Anas.
Dan hari-hari seterusnya suami ada di rumah, senang dan mudahlah segala. Aku pun dah boleh buat kerja, boleh masak, cuma itulah, kepala masih pening-pening pada keadaan tertentu (selalunya bila berubah posisi badan/kepala). Nak drive tu memang tak mampu lagilah. Syukurlah urusan sekolah anak-anak tak terganggu, kerana abi ada. Pulak tu bulan Oktober adalah bulan UASA (dan UPKK trial) untuk semua, tak boleh la tak datang sekolah.
Sehinggalah pada 4/10 suami diminta ke Bintulu (2 hari) untuk ship inspection (bukan untuk pilot seperti kebiasaan, jadi tak lama). Alhamdulillah kebetulan hari Sabtu dan Ahad, maka tak risau bab sekolah anak-anak. Walaupun aku rasa keadaan lebih baik, nak memandu masih lagi rasa tak berani.
Hari Ahad, buat pertama kalinya drive keluar beli nasi lemak di gerai tak jauh dari rumah. Alhamdulillah takde masalah. Cuma, perlu ambil masa nak keluar dari kereta tu. Kalau cepat keluar, memang berpusinglah kepala.
Hari berikutnya (suami dah balik), try drive ke KK Beranang untuk ambik ubat (dalam 6km dari rumah). Alhamdulillah selamat pergi dan balik, walaupun ada rasa ‘terganggu’ sikit kat kepala ni. Dan sama juga, tak boleh segera keluar dari kereta bila dah sampai. Perlahan-lahan…
Dan cabaran seterusnya bermula, bila suami dah perlu kembali bekerja. Hari Selasa dia perlu ke Kemaman (mungkin untuk seminggu), bertolak selepas hantar Suri. Dan selepas itu tanggungjawab sepenuhnya kembali kepadaku setelah sekian lama berehat dari tugas memandu kereta (sejak dia balik hari tu). Ya Allah, hanya padaMu aku bergantung dan berpaut. Sungguh, masih takut, masih trauma, masih teragak-agak nak memandu. Macam-macam dalam fikiran ni. Suamiku pula, bila dipanggil memang perlu pergi, kerana itu tugas dan kewajipan. Aku reda melepaskan, dan yakin bahawa keadaan diri bertambah baik. Ada juga fikirkan pasal van sekolah semua, tapi tak sempat nak berurusan dengan semua tu. Maka perlu kembali kepada realiti yang biasa.
Selasa dan Rabu. Alhamdulillah 2 hari ini ditempuhi dengan baik dan jaya. Maksudnya, selamat hantar dan ambil anak-anak sekolah. Selasa just ambil (sebab paginya abi sempat hantar). Hari Rabu, paginya sangat lancar dan mudah, Alhamdulillah. Cuma Suri tak dihantar kerana cirit birit (dah 2 hari dan semakin baik dah). Mussaab pula, balik dari sekolah pagi mengadu tak sihat. Aduh risau pulak dengan musim influenza ni. Jadi tak dihantar dia ke sekolah petang. Tinggal ambil Miqdad jam 3.30 dan selesailah untuk hari ini. 2 hari permulaan ni, pemanduan lancar saja walaupun sesekali rasa ‘tersentak’ kat kepala (tak reti nak describe rasa tu). Tapi boleh terus memandu.
Alhamdulillah. Berbaki 2 hari lagi (hari sekolah). Hanya Allah saja yang mengerti hati ini. Masih takut, masih terbayang macam-macam di kepala, bagaimana nak teruskan 2 hari lagi. Namun hati terpujuk bila ingat Allah sentiasa ada untuk diri ini. Dan kemudian takut lagi, dan pujuk hati lagi. Begitulah…
Dan sehingga catatan ini tamat ditulis, keadaanku masih seperti ini. Baik saja pada banyak ketikanya. Boleh masak, boleh cuci pinggan mangkuk, boleh jemur kain, boleh kemas sekadarnya, dan ada ketikanya pening-pening itu masih mengganggu walaupun tak kerap. Dan kena selalu ingatkan diri untuk tidak terlalu pantas dalam segala hal. Nak bangun duduk, nak buat kerja, semua kena perlahan-lahan, tak boleh macam biasa. Yang tak mampu buat, tinggal dulu, buat kemudian. Yang boleh minta anak-anak buat, suruh mereka buat. Dah rasa ok, boleh sambung semula kerja. Masak pun sekadar yang simple dan cepat dimasak saja. Panjang lagi kalau nak cerita, tapi cukuplah…
Alhamdulillah, untuk hari yang telah kujalani. Dalam sukar, tetap Allah permudahkan segalanya. Semuanya dilalui baik, tak ada yang buruk. Syukur padaMu ya Allah. Dan semoga aku tetap memilih untuk bersyukur atas takdir hidup ini ya Allah.
Aku juga tahu, bukan hanya aku yang sedang mendepani ujian hidup. Bahkan semua hambaNya di dunia ini, ada ujian tersendiri. Oleh itu aku mendoakan semoga setiap orang yang sedang berdepan dengan ujian masing-masing, akan ditemukan jalan keluar untuk setiap kesulitan, diterangkan jalan yang gelap, disembuhkan dari sakit, dilepaskan dari hutang piutang, dilapangkan rezeki, dan berjaya mengharungi segala ujian dariNya.
Percayalah, tak lama. This too shall pass! Insya Allah.
Untuk hari esok, positif saja! Aku bertawakkal sesungguhnya kepada Allah.