Sunday, 13 October 2024 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ILHAM MIQDAD




Selamat hari lahir acik!

Alhamdulillah hari ni genap usia Miqdad 8 tahun. Dah makin besar dah Miqdad kan?


Masuk bulan Oktober Miqdad dah excited dah. Sebab dah tak lama birthdaynya. Menghitung hari dan waktunya. Dah request nak makan apa. Katanya tak nak kek…


2 hari sebelum birthday Miqdad abi balik dari laut. Abi balik pun sekejap je. Dan pada esok harinya pula nenek, makde dan maksu datang ke rumah. 


Sehari sebelum birthday Miqdad, keluar jalan-jalan di Masjid Putraya dan naik cruise. Jalan-jalan dengan nenek, makde, maksu dan Eiman (sepupu). 


Hari lahir Miqdad (13/10/2024) jatuh pada hari Ahad. Sudah tentu ummi orang pertama ucapkan selamat hari lahir buat Miqdad. Tapi hari ni tak menjanjikan yang manis dan indah buat Miqdad. Namun syukur seadanya. 


Hari ni nenek, maksu dan makde bersiap untuk ke airport. Hari ni dah nak balik kampung. Abi pula, bersiap nak ke Terengganu. Balik sekejap je, nak kembali ke laut lagi. Pagi ni perlu mengucapkan ‘selamat jalan’ dan kembali kepada hanya kita-kita. Sebelum pergi abi hulurkan jam loceng untuk Miqdad. Hadiah birthday kata abi. Senyum lebar Miqdad dapat hadiah dari abi.


Makan tengahari ummi belanja makan nasi lemak Marrybrown seperti yang Miqdad nak. Itulah saja ‘celebration’ birthday Miqdad. Seadanya. Semoga Miqdad happy sentiasa. Dan ketahuilah, bahawa ummi tak lupa. 


Miqdad menjalani hari yang biasa bersama adik beradik. Di rumah semata, menonton tv dan beraktiviti sendiri. Esok akan kembali ke sekolah. 


Miqdad, semoga hari ini dan selamanya, Miqdad jalani hidup dengan baik-baik. Jadi lebih berani, lebih tabah, lebih berusaha, lebih baik dalam segala hal dan urusan. Miqdad akan terbang lebih tinggi, hidup dengan lebih baik, dan sentiasa beroleh kecemerlangan dan kebaikan dalam apa jua yang Miqdad lakukan, insya Allah. 


Semoga Miqdad jadi hamba Allah yang soleh. Taat Allah dan Rasul, taat ibubapa, hormati adik beradik, sayangi keluarga, dan berjuanglah sentiasa untuk agama. 


Ummi love you Miqdad.

Love you always dan forever! 

Selamat hari lahir Miqdad sayang. 

0 comments:

Post a Comment