Friday, 25 October 2024 By: Naemah

NUHA KHADEEJA: 8 BULAN



Alhamdulillah Nuha dah berusia 8 bulan. Alhamdulillah terus membesar baik, sihat dan cerdas.


Nuha kini yang makin lasak, merata tempat ditujunya. Bermacam hal ingin dicubanya. Menangis pun makin kuat dan lantang.


Ya, Nuha kini dalam fasa ‘melasak’ yang perlukan ummi untuk selalu berjaga-jaga. Bila diletak, akan merangkak merata. Akan kutip apa saja dan masukkan dalam mulut, akan paut apa saja untuk berdiri (dan dah pandai panjat tangga!). 


Ada ketikanya boleh dibiar untuk main sendiri. Ada ketika akan memanggil dan mencari-cari ummi hingga ke dapur. Lambat dilayan, akan menangis semahunya. 


Begitu juga bila letak dalam carseat, kerap menangis tak mahu duduk lama. 2 minggu ini (abi di laut), setiap hari menahan telinga mendengar tangis Nuha pada setiap kali pergi dan balik hantar dan ambik abang-kakak sekolah. Trip pula banyak. Syukurr amat time Nuha tidur dan boleh tenang kat dalam carseat tu.


Bab makan pula, tiada masalah. Nuha makan apa saja yang ummi masak dan suap. Dengan gigi 6 batang tu, Nuha dah rasa banyak jenis makanan dah. Tapi masih setiap hari ummi masakkan bubur untuk Nuha. Ummi tak pandai sangat nak cuba resepi lain untuk baby. Aneka bubur boleh la. Syukur Nuha makan je apa yang ummi masak. Sentiasa berselera.


Bulan ni Nuha tak ada temujanji di klinik. Bulan depan pulak. Insya Allah perkembangan Nuha baik dan positif saja.


Dah 2 minggu Nuha tak jumpa abi. Bulan ni abi banyak masa di laut. Dengan cuaca yang kurang baik, sukar untuk abi laksanakan tugasnya di laut. Kita doakan abi sihat, baik-baik, dapat sempurnakan kerja, dan cepat balik jumpa Nuha, ya! Insya Allah. Dah tak lama.


Nuha ummi yang comel, cantik dan baik..

Sungguh masa baby yang Nuha jalani tak sama dengan abang-kakak Nuha. Dari awal lahir dah selalu kena ikut ummi hantar ambik abang-kakak sekolah. Maklumlah, abang-kakak semua dah besar. Membesarlah Nuha kat dalam carseat tu selama 8 bulan ni. Time abi ada jelah Nuha tak perlu ke sekolah. Dan bila semua dah ke sekolah, berdua sajalah Nuha dengan ummi di rumah. Pagi sepi, petang harinya kembali riuh rendah. Begitulah kehidupan harian Nuha.


Apapun syukur untuk segalanya. Nuha sihat dan ceria, ummi bahagia. Tak ada sakit-sakit, tak ada hal yang mencemaskan, ummi lega amat. Biarpun tika waktu sukar tanpa abi untuk uruskan semuanya. 


Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat Allah. Semoga Nuha Khadeeja terus membesar sihat dan cerdik. Hidup dengan sangat baik bersama abang-kakak Nuha. Terus bahagia dan selesa bersama-sama. insya Allah.


Ummi love you. 

0 comments:

Post a Comment