13/7/2020 genap usia Miqdad 3 tahun 9 bulan. Pada 7/7/2020, bila sekolah dibuka semula (selepas PKP) ummi daftarkan Miqdad di Little Diamond Kindergarten, sekolah yang sama dengan Anas (2018) dan Mussaab. Pada mulanya ummi memang tak berhasrat nak hantar Miqdad bersekolah pada tahun ni. Memang kalau boleh tahun depan jelah, tak perlu awal sangat.
Tapi, dari tahun lepas lagi Miqdad asyik minta nak ke sekolah. Seronok tengok Mussaab ke sekolah, dan selalu bawa balik macam-macam-hasil aktiviti di sekolah. Dan seringkali juga dipujuk-pujuk supaya sabar dulu, belum masanya Miqdad boleh ke sekolah.
Pada awal tahun ni, oleh sebab nak potty train, ummi dan abi siap janji nak hantar Miqdad ke sekolah bila Miqdad dah tak pakai pampers. Memang suka sangatlah bila cakap macam tu. Akhirnya berjaya bebas pampers pada bukan Mac. Tapi kebetulan pula diumumkan PKP, Miqdad tak dapat juga ke sekolah. Tapi oleh sebab Anas dan Mussaab pun hari-hari ada kat rumah, Miqdad faham situasi yang dia memang belum boleh ke sekolah.
Pada bulan Julai sekolah dibuka kembali. Abi suruh ummi tanyakan kalau ada kekosongan di sekolah Mussaab. Alhamdulillah, ada. Ummi tak fikir panjang, terus daftarkan Miqdad yang ‘teringin’ sangat nak sekolah. Hari pertama dan kedua boleh dikatakan baik- walaupun sebenarnya menangis nak duduk sekali dengan Mussaab (6 years kelas kat bawah). Tiba hari ketiga, dah tak nak ke sekolah. Allah.. kenapalah pula. Hari seterusnya dan minggu seterusnya. Terus enggan, tak nak ke sekolah dah!
Sikit sebanyak, ummi rasa frust, ummi rasa stress. Yelah, dah bayar pendaftaran semua, uniform pun dah dapat, tiba-tiba tak nak sekolah dah. Dah la ummi seorang nak kena uruskan semua. Pujuk tak jalan, marah-marah apatah lagi. Makin buat ummi stress adalah. Last-last ummi ikut je la. Tak nak pergi sudah lah Miqdad. Tak daya pagi-pagi nak ‘berperang’ suruh mandi dan pakai baju sekolah semua. Walhal, malam tadi baru cakap ok, esok nak sekolah. Paginya tak bak pulak.
Dah berakhir minggu kedua. Seminggu lagi baru abi akan balik. Tengok macam mana abi pujuk pula. Jalan ke tidak?
Ummi tak expect yang akhirnya situasi jadi macam ni. Ummi confident betul Miqdad akan suka ke sekolah melihatkan kesungguhan Miqdad yang sering meminta untuk ke sekolah.
Hmm.. barangkali normal baru di sekolah yang buat Miqdad kurang rasa seronok ke sekolah. Ummi tak pasti, tapi ada kemungkinan. Sepertinya anak-anak tak ‘bebas’ berkawan dan bermain dengan rakan seperti sebelum ini. Ada ‘jarak’ antara mereka. Juga mungkin juga dengan guru-guru. Rasa seronok tu mungkin berkurang pada jiwa seorang kanak-kanak.
Ummi tak pasti sampai bila Miqdad akan ‘begini’. Ummi masih nantikan ‘sinar’nya. At least sampai abi balik, mungkin. Jika tetap juga Miqdad begini, ummi tiada pilihan lain. Tangguhkan saja persekolahan Miqdad hingga tahun depan. Mungkin itu lebih baik.
Sampai di sini dulu coretan tentang Miqdad. Ummi jangka, ummi akan tulis cerita yang best pasal minggu pertama Miqdad masuk sekolah. Tapi nampaknya.. yang sebegini sajalah. Ummi cuba untuk tenang dan faham, walaupun sebenarnya ummi harapkan yang selainnya. Tak apalah Miqdad. Ummi yang patut beri Miqdad masa dan ruang. Ummi pun tahu, Miqdad masih kecil. Belum pun masuk 4 tahun. Ummi cuba untuk positif. Insya Allah nanti Miqdad akan kembali ke sekolah dengan rela hati, dan akan seronok bersekolah.
Hari pertama Miqdad di Little Diamond Kindergarten
0 comments:
Post a Comment